Sebarang kerosakan atau kecederaan pada sendi boleh menjadi punca sakit sendi. Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot & Tulang, anda boleh klik di sini.
Punca sakit sendi yang dialami kebanyakan individu
Artritis pada sendi
Seperti yang dijelaskan di atas, sakit sendi yang paling biasa terjadi selalunya merujuk kepada penyakit arthritis atau arthralgia.
Simptom utama arthritis itu sendiri adalah sakit sendi dan kekejangan yang biasanya bertambah buruk seiring pertambahan usia .
Jenis arthritis yang paling biasa adalah osteoartritis dan rheumatoid arthritis. Ayuh semak apakah itu osteoartritis dan juga rheumatoid arthritis.
Osteoartritis pada sendi
Osteoartritis adalah jenis arthritis yang paling biasa, menjejaskan berjuta-juta individu di dunia. Ia berlaku apabila pelapik tulang rawan pelindung yang menutup hujung tulang semakin lemah dari masa ke masa.
Walaupun osteoartritis boleh merosakkan sendi, gangguan ini paling kerap menyerang sendi di tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang.
Osteoartritis berkembang akibat kerosakan tulang rawan yang berfungsi sebagai pelapik antara tulang sendi “mengering” disebabkan oleh faktor penuaan.
Biasanya masalah sendi ini cenderung mempengaruhi lutut, pinggul, leher, punggung bawah dan jari.
Kesakitan osteoartritis sering berlanjutan daripada rasa sakit buat sementara waktu hingga ke sakit yang berterusan.
Ia bertambah buruk apabila berlakunya pergerakan yang berat atau mendadak, dan reda dengan berehat.
Mengalami kekebasan sendi dan pergerakan terhad juga merupakan antara ciri-ciri sakit sendi osteoartritis.
Rheumatoid arthritis
Apa yang dimaksudkan dengan kondisi rheumatoid arthritis
Apabila sendi perlahan-lahan terjejas, sendi kecil pada bahagian tubuh seperti pada jari tangan dan kaki akan cenderung terkesan terlebih dahulu.
Kesannya, sendi lain contohnya pada pergelangan tangan, siku, pinggul dan tulang belakang turut akan terjejas.
Antara penyebab sakit sendi lain termasuklah:
- Penyakit Adult Still: Sejenis radang yang jarang berlaku dengan gejala demam, ruam dan sakit sendi.
- Ankylosing spondylitis: Penyakit keradangan yang dari masa ke masa boleh mengakibatkan tulang kecil pada tulang vertebra bercantum.
- Avascular necrosis: Kematian tisu tulang kerana pengaliran darah yang terhad.
- Kanser tulang
- Tulang patah
- Bursitis: Keradangan pelindung pelapik di sekitar sendi, dikenali sebagai bursae.
- Sindrom complex regional pain: Kesakitan kronik berpunca daripada sistem saraf tidak berfungsi.
- Tulang terkehel: Kecederaan pada sendi – tempat tulang bersatu – di mana hujung tulang dipaksa keluar daripada kedudukan normalnya.
- Fibromyalgia: Keadaan kesakitan kronik melibatkan peningkatan kepekaan otot meluas, sakit berkaitan saraf, keletihan yang melumpuhkan dan disfungsi kognitif dirujuk sebagai “fibro fog“.
- Gout: Radang sendi yang berlaku pada individu dengan kadar asid urik tinggi dalam darah.
- Hipotiroidisme: Tiroid kurang aktif di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon penting dalam jumlah yang mencukupi.
- Arthritis idiopatik remaja: Masalah sakit sendi yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.
- Leukemia
- Lupus: Penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun menyerang tisu dan organ tubuh.
- Penyakit Lyme: Berpunca daripada bakteria yang disebarkan oleh gigitan kutu hitam yang dijangkiti, dikenali sebagai ‘deer tick’.
- Osteoartritis: Penyakit yang menyebabkan kerosakan sendi.
- Osteomielitis: Jangkitan pada tulang.
- Penyakit tulang Paget: Keadaan yang menjejaskan proses kitaran semula jadi tubuh.
- Polymyalgia rheumatica: Gangguan keradangan yang menyebabkan sakit otot dan kebas, terutamanya pada bahagian bahu dan pinggul.
- Pseudogout: Masalah arthritis yang dicirikan dengan simptom bengkak secara tiba-tiba dan menyakitkan pada satu atau lebih sendi.
- Psoriatik arthritis: Keadaan arthritis yang menjejaskan individu dengan psoriasis.
- Reaktif arthritis: Pembengkakan yang disebabkan oleh jangkitan pada bahagian lain tubuh.
- Demam reumatik: Penyakit radang berkembang ketika radang tekak atau demam merah (scarlet fever) yang tidak dirawat dengan baik.
- Rheumatoid arthritis: Gangguan keradangan kronik yang boleh menjejaskan fungsi tubuh lain.
- Riket: Keadaan yang melembut dan melemahkan tulang kanak-kanak. Selalunya terjadi kerana kekurangan vitamin D yang melampau dan berpanjangan.
- Sarcoidosis: Dicirikan oleh pertumbuhan koleksi sel-sel keradangan kecil (granuloma) pada mana-mana bahagian tubuh.
- Arthritis septik: Jangkitan yang menyakitkan pada sendi. Berpunca daripada kuman yang melalui aliran darah dari bahagian tubuh lain.
- Terseliuh: Regangan atau ligamen terkoyak – tali tisu berserat kuat yang menghubungkan dua tulang bersama sendi. Bahagian paling biasa untuk terseliuh adalah pada buku lali.
- Tendinitis: Masalah keradangan atau kerengsaan tendon yang menyebabkan kesakitan pada bahagian luar sendi tangan, sendi kaki dan lain-lain.