backup og meta

9 Minuman Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi, No. 9 Hari-Hari WAJIB Minum!

9 Minuman Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi, No. 9 Hari-Hari WAJIB Minum!

Bacaan darah tinggi anda merisaukan? Tidak mengapa, apa kata anda mencuba dan mengamalkan 9 jenis minuman untuk darah tinggi ini bagi menurunkannya, pasti berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

9 minuman untuk darah tinggi 

Berikut adalah 9 jenis petua turunkan darah tinggi dengan cepat dalam bentuk minuman yang mungkin dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah

1. Air lemon bantu turunkan bacaan darah tinggi

Menurut pakar kesihatan, memulakan hari dengan segelas air lemon amat baik untuk kesihatan dan kecergasan secara keseluruhan.

Air lemon dapat membersihkan sel, menjadikan saluran darah lembut dan fleksibel serta menurunkan tekanan darah, sekali gus menjadikan ia pilihan minuman untuk darah tinggi yang baik!

Vitamin C di dalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan – menghilangkan radikal bebas daripada tubuh.

Ayuh kita amalkan minum segelas minuman penurun darah tinggi dan kolesterol ini setiap hari!

darah tinggi
Kesan jangka panjang darah tinggi.

2. Susu rendah lemak atau tanpa lemak

Kedua-dua pilihan susu ini dapat membekalkan kalium dan kalsium kepada tubuh yang berperanan mengekalkan keseimbangan bacaan darah tinggi.

Tetapi kenapa tidak boleh mengambil susu penuh krim?

Susu penuh krim sebaiknya dielakkan kerana ia mengandungi kuantiti asid palmitik signifikan sehingga boleh menyekat isyarat yang berfungsi mengendurkan saluran darah sehingga tekanan darah meningkat.

3. Jus tomato antara pilihan minuman untuk darah tinggi 

Pengambilan segelas jus tomato setiap hari dipercayai dapat memelihara kesihatan jantung dengan meningkatkan tekanan darah sistolik, diastolik serta kolesterol LDL.

Bagi mengelakkan pengambilan garam berlebihan yang boleh memberi kesan kepada tekanan darah, pastikan jus tomato anda dibuat tanpa campuran garam!

4. Jus delima

Jus delima kaya dengan nutrien seperti folat dan vitamin serta mempunyai kesan antiradang, menjadikan ia pilihan sihat untuk jantung. Jus ini juga dipercayai dapat membantu menurunkan bacaan darah tinggi sistolik dan diastolik.

Sekiranya anda ingin menambah jus delima dalam diet, pastikan ia adalah jus tanpa tambahan gula.

minuman untuk darah tinggi
Jus dilema untuk darah tinggi.

Minuman untuk darah tinggi #5. Jus prun 

Jus prun terkenal dalam membantu mengatasi masalah sembelit. Bahkan pengambilan 3-6 prun juga dapat membantu menurunkan bacaan darah tinggi serta kolesterol LDL.

Untuk mendapatkan sepenuh manfaat daripada prun, anda boleh membuat jus prun dengan mengisar buah yang sudah direndam dalam air.

6. Jus beri

Seperti buah delima, buah beri, terutamanya beri biru, amat terkenal dengan khasiat antioksidannya.

Pengambilan jus daripada buah beri dipercayai dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan kolesterol LDL.

Sekiranya anda memilih minuman untuk darah tinggi ini, pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan.

7. Teh

Walaupun terdapat banyak pilihan teh di pasaran namun bukan semuanya dapat membantu mengawal tekanan darah. 

Jika anda seorang penggemar teh, cuba pilih teh hitam atau teh hijau yang mungkin dapat menjadi penurun darah tinggi alami paling cepat.

Walau bagaimanapun, penurunan tekanan darah adalah lebih ketara untuk teh hijau, jadi sudah tentu ia berita baik buat mereka yang menyukai minuman ini.

8. Jus kranberi 

Buah dan jus kranberi mempunyai sifat antiradang dan antioksidan yang kuat dalam membantu mencegah dan mengurangkan kerosakan di dalam saluran darah, sehingga mampu mencegah peningkatan tekanan darah tinggi.

minuman untuk darah tinggi
Jus kranberi untuk darah tinggi.

Di samping itu, jus kranberi dapat membantu mengurangkan bacaan darah tinggi dengan melebarkan saluran darah dan meningkatkan alirannya.

Jus penurun darah tinggi paling cepat ini juga merupakan sumber vitamin C tinggi yang berperanan dalam menurunkan tekanan darah.

9. Air kosong pilihan minuman untuk darah tinggi terbaik

Benarkah air kosong memang bagus untuk kesihatan? Ya, walaupun ia mungkin ‘kosong’ tetapi cukup kompleks dalam membantu merawat pelbagai penyakit.

Ia tidak dapat menurunkan tekanan darah dengan pantas, tetapi dari masa ke masa ia boleh membantu mengurangkan tahap tekanan darah tinggi yang dialami.

Manfaat air terlalu banyak, namun malangnya masih ramai yang tidak mendapat cukup cecair harian untuk dianggap terhidrat dengan baik.

Ramai di antara kita sebenarnya mengalami dehidrasi kronik yang boleh mengakibatkan tekanan darah pada tubuh. 

Keadaan itu boleh mengurangkan keupayaan badan untuk mengangkut darah dengan cekap, sekali gus memaksa saluran darah mengecil bagi menjimatkan air yang akan hilang melalui fungsi harian lain seperti berpeluh dan kencing.

Kesannya kemampuan tubuh untuk mengepam darah akan terganggu, sekali gus mengakibatkan tekanan darah tinggi!

Jadi, amat penting untuk memastikan tubuh sentiasa mendapat minuman untuk darah tinggi yang secukupnya setiap hari.

Minuman yang baik untuk darah tinggi

  • air lemon
  • susu
  • jus tomato
  • jus delima
  • jus prun
  • jus beri
  • air teh
  • jus kranberi
  • air kosong

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 ways to control high blood pressure without medication. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974, Accessed on Oct 10, 2021 
  2. Hypertension and Nutrition. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4249-hypertension-and-nutrition, Accessed on Oct 10, 2021
  3. How to Prevent High Blood Pressure. https://medlineplus.gov/howtopreventhighbloodpressure.html, Accessed on Oct 10, 2021 
  4. Tips to Lower Your Blood Pressure. https://www.hopkinsmedicine.org/international/_downloads/tipsheet_bloodpressure.pdf, Accessed on Oct 10, 2021 
  5. Tamami Odai,Masakazu Terauchi,Daisaku Okamoto,Asuka Hirose,Naoyuki Miyasaka (2019). Unsalted tomato juice intake improves blood pressure and serum low-density lipoprotein cholesterol level in local Japanese residents at risk of cardiovascular disease. https://doi.org/10.1002/fsn3.1066, Accessed on Oct 10, 2021 
  6. Talat Ahmed, Halima Sadia, Sadia Batool, Ayesha Janjua, Faiza Shuja (2010). Use of prunes as a control of hypertension. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21409897/, Accessed on Oct 10, 2021
  7. Amirhossein Sahebkar, Claudio Ferri, Paolo Giorgini, Simona Bo, Petr Nachtigal, Davide Grassi (2017). Effects of pomegranate juice on blood pressure: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. https://doi.org/10.1016/j.phrs.2016.11.018, Accessed on Oct 10, 2021
  8. Yueyue Wang, Jose Lara Gallegos, Crystal Haskell-Ramsay & John K. Lodge (2020). Effects of chronic consumption of specific fruit (berries, citrus and cherries) on CVD risk factors: a systematic review and meta-analysis of randomised controlled trials. https://doi.org/10.1007/s00394-020-02299-w, Accessed on Oct 10, 2021 
  9. Haohai Huang, Guangzhao Chen, Dan Liao, Yongkun Zhu & Xiaoyan Xue (2016). Effects of Berries Consumption on Cardiovascular Risk Factors: A Meta-analysis with Trial Sequential Analysis of Randomized Controlled Trials. https://doi.org/10.1038/srep23625, Accessed on Oct 10, 2021
  10. Gang Liu, Xue-Nan Mi, Xin-Xin Zheng, Yan-Lu Xu, Jie Lu, Xiao-Hong Huang (2014). Effects of tea intake on blood pressure: a meta-analysis of randomised controlled trials. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25137341/, Accessed on Oct 10, 2021

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Tahu Cara CEPAT Turunkan Tekanan Darah? Jom Periksa Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dimakan!

Ingin Tahu Cara Bacaan Tekanan Darah Rendah? Tak Sama Dengan Darah Tinggi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan