Di sebalik bilangan kes dan risiko yang ada, kebanyakan pesakit tidak tahu mereka sedang mengalami hipertensi. Bagaimana ingin tahu jika tiada simptom? Kalau ada pun, selepas mengalami komplikasi.
Pemeriksaan berkala
Menyedari pentingnya untuk mengesan penyakit ini dengan awal, Dr Azani Mohamed Daud, Pakar Perunding Kardiologi di Gleneagles Intan Medical Centre, mengatakan bahawa setiap yang berumur 18 tahun dan ke atas harus memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setahun.
Beliau yang menghadiri kempen ‘HealthinUrHands’ anjuran Omron di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral turut menggesa semua rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat. Pencegahan adalah langkah yang terbaik. Jika seseorang disahkan tekanan darah tinggi, kemungkinan ubat perlu diambil seumur hidup.
Ukur tekanan darah di rumah
Seperti yang disebutkan di atas, penyakit jantung iskemik adalah sebab utama kematian di Malaysia. Ia diikuti oleh strok dan kedua-duanya adalah berpunca daripada hipertensi. Dengan kebanyakan kes berlalu tanpa dikesan, banyak pesakit yang berakhir dengan serangan jantung dan strok.
Mengukur tekanan darah secara berkala di rumah adalah langkah yang baik. Bukan sahaja untuk mengesan awal, ia juga membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan memantau tekanan darah mereka serta keberkesanan ubat yang diambil. Malah menurut kajian, pemeriksaan tekanan darah di rumah membantu pesakit menjadi lebih disiplin mengambil rawatan.
Walau bagaimanapun, masyarakat harus sedar bahawa tidak semua alat pengukur tekanan darah digital adalah tepat dan boleh dipercayai. Pastikan alat yang dipilih telah disahkan oleh badan berautoriti demi mendapatkan bacaan yang betul. Alat keluaran syarikat Omron adalah antara pilihan yang baik.