Garam dan Tekanan Darah (Bahagian 1)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Untuk menurunkan tekanan darah, pastikan anda mengurangkan pengambilan garam. Sekiranya anda mengambil garam secara berlebihan, anda terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap penyakit tekanan darah tinggi.

Garam akan menyebabkan badan anda memerlukan banyak air. Tambahan air yang tersimpan didalam badan akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang, arteri, jantung dan otak.

Buah pinggang

Salah satu misi penting buah pinggang ialah untuk menapis darah anda, membuang cecair yang tidak diperlukan. Cecair yang berlebihan akan dikeluarkan dan dihantar ke pundi kencing di mana ia akan keluar dari badan dalam bentuk air kencing.

Untuk menjalankan misi ini, buah pinggang anda menggunakan osmosis untuk menarik keluar air yang tidak diperlukan dari darah anda. Semasa proses ini, keseimbangan potasim dan natrium yang tepat diperlukan untuk menarik keluar air dari dinding sel saluran darah ke saluran pengumpulan yang akan  menyalurkan cecair tersebut ke pundi kencing.

Walau bagaimanapun, kewujudan garam yang terlalu banyak akan memusnahkan keseimbangan ini kerana ia meningkatkan jumlah natrium dalam aliran darah. Akibatnya perkara ini akan melemahkan kekuatan buah pinggang untuk membuang air yang berlebihan.

Kesannya tidak boleh dielakkan. Cecair yang berlebihan serta tekanan kepada salur darah yang sensitif di buah pinggang akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Tekanan tambahan, jika tidak diselesaikan, akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, yang dikenali sebagai penyakit buah pinggang. Hasilnya ialah kelemahan keupayaan buah pinggang untuk menapis produk air berlebihan dan sisa toksik yang akan mula terkumpul di dalam badan anda.

Terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kerosakan yang berlaku akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika anda tidak merawat penyakit buah pinggang dan tekanan darah tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang. Pada peringkat ini, buah pinggang tidak dapat lagi menapis darah, maka produk sisa toksik yang terkumpul di dalam badan secara beransur – ansur meracuni  badan anda.

Arteri

Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan tambahan di dalam arteri, lantas menyebabkan pertambahan tekanan darah.

Jadi untuk menangani tekanan tambahan ini, otot-otot yang sangat kecil di dinding arteri akan menyesuaikan diri dengan menjadi semakin tebal dan lebih kuat. Walau bagaimanapun, dinding arteri yang lebih tebal akan menyempitkan ruang di dalam arteri dan meningkatkan tekanan darah yang lebih tinggi.

Akibat peningkatan tekanan darah secara beransur – ansur dari tahun demi tahun, akan menyebabkan arteri akan pecah atau ruang di dalam arteri menjadi sangat kecil sehingga arteri tersebut akan tersumbat sepenuhnya.

Apabila kejadian ini berlaku, arteri tidak boleh mengalirkan darah ke organ – organ di dalam badan. Kekurangan oksigen serta nutrien – nutrien penting akan menyebabkan kerosakan pada organ tersebut serta boleh menyebabkan organ tersebut mati.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

    Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi adakah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

    Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan emosi ibu mengandung perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Kehamilan, Tips Hamil 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

    Diet seimbang melibatkan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Tapi, bagi penghidap sindrom iritasi usus ada makanan mungkin mencetuskan rasa tidak selesa.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Sindrom Rengsa Usus, Sistem Penghadaman 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

    Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Persediaan, Proses Bersalin 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kehamilan anggur

    Janin Tidak Membesar Dalam Kandungan? Ini Antara Risiko Kehamilan Anggur, Ibu Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    diet dash

    Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit kronik

    Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    mi segera

    Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan