1. Kaitan antara kebimbangan dan darah tinggi
Kebimbangan boleh meningkatkan tekanan darah, tapi cuma sementara dan tidak akan sampai kepada tahap darah tinggi yang kronik. Bila badan anda dalam keadaan stres, ia akan merembeskan hormon yang mengakibatkan peningkatan degupan jantung dan salur darah mula mengendur, mengakibatkan peningkatan tekanan darah. Kesan yang pendek dan mendadak pada tekanan darah ini sangatlah dramatik, tetapi cepat juga untuk reda bila hormon mula kembali ke tahap normal.
Menariknya, pesakit yang mengalami masalah kebimbangan kronik tidak mengalami asalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh kebimbangan. Bagi pesakit ini, badan mereka telah mengadaptasi bila berhadapan dengan hormon stres secara berterusan. Sama seperti kita ketika berada di puncak stres, pesakit ini juga mengalami puncak disebabkan tekanan yang lebih tinggi berbanding jumlah biasa kebimbangan, dan badan akan bertindakbalas dengan cara yang sama pada waktu tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen