Selain perubatan moden, adakah rawatan jantung tradisional boleh dijadikan pilihan buat mereka yang menghidap masalah kesihatan ini?
Jika ya, apakah antara kaedah yang boleh dicuba? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Pilihan rawatan jantung tradisional
Sistem kardiovaskular anda boleh dipertingkatkan fungsinya melalui rawatan tradisonal atau disebut sebagai alternatif dan perubahan gaya hidup.
Diet yang sihat dan gaya hidup adalah penting dalam mengurangkan faktor risiko serangan jantung, dan ia juga penting untuk memastikan bahawa perubahan gaya hidup tidak akan mengganggu ubat-ubatan yang mungkin anda ambil.
Oleh itu, selalulah berbincang dengan profesional perubatan sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif.
Simptom harus segera dirawat oleh penyedia perubatan kecemasan yang profesional.
Walaupun rawatan yang disenaraikan di bawah tidak digunakan semasa serangan jantung, ia boleh digunakan untuk mengurangkan risiko mengalami serangan jantung.
Rawatan-rawatan berikut juga boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan komprehensif selepas anda mengalami serangan jantung.
Meditasi
Penyelidikan telah menegaskan bahawa meditasi harian boleh melegakan tekanan dan menurunkan tekanan darah, yang merupakan dua faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari dan serangan jantung.
Jenis meditasi yang boleh dianggap sebagai rawatan tradisional masalah jantung, termasuklah:
- Meditasi kesedaran;
- Meditasi berpandu;
- Meditasi Mantra;
- Qigong;
- Tai Chi;
- Yoga.
Mana-mana jenis meditasi seperti di atas memberi manfaat untuk menurunkan tekanan jantung.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu mengikuti sebarang bentuk meditasi secara khusus, anda mungkin hanya perlu duduk dengan selesa, tutup mata anda, kemudian membuat ulangan kata atau frasa selama 20 minit.
Tujuan kaedah ini adalah untuk menenangkan dan menenangkan fikiran anda serta membiarkan minda dan badan anda untuk berehat.
Rawatan jantung tradisional #Terapi pemakanan
Diet yang sihat adalah aspek penting dalam kesihatan jantung dan perlu untuk mencegah penyakit arteri koronari dan serangan jantung.
Secara amnya, diet yang sihat yang mempunyai pelan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein tanpa lemak adalah cara yang berkesan untuk mengekalkan jantung yang sihat.
Kaedah ini juga bagi memastikan diri anda untuk menjauhi makanan yang diproses dan yang tinggi lemak dan gula.
Persatuan Jantung Amerika (AHA) mengesyorkan untuk mengambil asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Omega-3 adalah sejenis lemak yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Lemak ini boleh didapati daripada ikan air sejuk seperti herring, salmon, sardin, dan makarel.
Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mendapat asid lemak omega-3 yang cukup dalam diet mereka.
Suplemen Omega-3 boleh dipertimbangkan untuk diambil bagi memastikan pengambilan omega-3 yang mencukupi.
Tetapi ini harus di bawah pengawasan oleh seorang profesional perubatan, kerana dos yang tinggi dapat menyebabkan pendarahan.
Oleh itu, pastikan anda mengambil suplemen asid lemak dengan berhati-hati jika tubuh anda mudah lebam, mempunyai masalah pendarahan, atau mengambil ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah seperti warfarin atau aspirin.
Senaman secara kerap, antara rawatan jantung tradisional
Senaman juga sangat penting dalam mengekalkan kesihatan jantung, kerana ia membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan mengawal berat badan.
Tiddak perlu melalui program senaman berat yang rumit. Hanya dengan aktiviti berjalan cepat selama 30 minit, lima kali seminggu akan membuat perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda.
Baca juga: