backup og meta

Jenis-Jenis Penyakit Kardiovaskular Yang Akan Beri Kesan Pada Organ Jantung!

Jenis-Jenis Penyakit Kardiovaskular Yang Akan Beri Kesan Pada Organ Jantung!

Jantung adalah antara organ yang paling penting untuk seorang individu itu meneruskan kehidupannya, namun ia banyak berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kardiovaskular.

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan organ yang berfungsi mengawal aliran darah dalam tubuh badan manusia.

Pun begitu, terdapat banyak penyakit kardiovaskular yang boleh berlaku kepada kita yang akan menjejaskan struktur dan fungsi jantung.

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai jenis penyakit kardiovaskular yang mampu menjejaskan jantung.

Jantung manusia hanya bersaiz sebesar penumbuk namun, ia adalah otot yang paling kuat dalam tubuh manusia.

Jantung mula berdegup semasa dalam rahim sebelum kelahiran seseorang dan biasanya 21 hingga 28 hari selepas kehamilan.

penyakit jantung
Jantung, organ yang paling penting.

Purata degupan jantung adalah kira-kira 100 000 kali setiap hari atau kira-kira dua dan setengah bilion kali sepanjang 70 tahun jangka hayat.

Dengan setiap degupan jantung, jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.

Ia berdegup kira-kira 70 kali seminit, walaupun kadar ini boleh bertambah semasa senaman atau ketika terlampau beremosi.

Mengenali maksud kardiovaskular dan penyakitnya!

Penyakit kardiovaskular (CVD) adalah penyebab kematian utama bagi lelaki dan wanita.

Ia merangkumi pelbagai keadaan dan penyakit yang sebahagiannya genetik, manakala kebanyakannya adalah berpunca daripada kesan pemilihan gaya hidup.

CVD adalah istilah umum untuk keadaan yang mempengaruhi jantung dan saluran darah.

Ia biasanya dikaitkan dengan pembentukan lemak di dalam arteri (aterosklerosis) dan peningkatan risiko pembekuan darah.

Selain itu, ia juga dikaitkan dengan kerosakan pada arteri dalam organ seperti otak, jantung, ginjal dan mata.

Apa antara jenis penyakit yang wujud?

Terdapat banyak jenis penyakit yang boleh menjejaskan sistem jantung dan vaskular.

Berikut adalah beberapa keadaan yang paling biasa anda dengar atau baca:

Risiko penyakit kardiovaskular #1. Strok

Strok disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Ini mungkin disebabkan oleh sebarang penyumbatan (stroke ischemic) atau pecah salur darah (stroke haemorrhagic).

#2. Penyakit jantung koronari

Penyakit ini berlaku apabila arteri darah utama badan ke otot jantung bergelut untuk membekalkan darah, oksigen dan nutrien yang mencukupi.

#3. Penyakit jantung reumatik

Penyakit ini berlaku apabila terdapat kerosakan pada injap dan otot jantung akibat demam reumatik yang berpunca daripada infeksi bakteria.

sakit diserang
Langkah elakkan serangan sakit jantung!

Jenis penyakit kardiovaskular #4. Arterial peripheral

Penyakit ini terjadi apabila terdapat keabnormalan pada salur darah yang membekalkan darah, oksigen dan nutrien kepada anggota tangan dan kaki.

Jenis penyakit kardiovaskular #5. Aneurisma aorta 

Penyakit ini terjadi apabila terdapat keabnormalan pada salur darah yang membekalkan darah, oksigen dan nutrien kepada abdomen dan bahagian bawah tubuh badan.

#6. Penyakit jantung kongenital

Malformasi atau kecacatan struktur organ ini yang wujud semasa kelahiran. Ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran atau pendedahan anasir yang buruk semasa kehamilan.

#7. Trombosis vena

Gumpalan darah di urat yang boleh menghalang salur darah daripada menghantar darah ke jantung dan paru-paru.

Kesihatan jantung itu sangat penting. Sentiasa peka dengan punca penyakit kardiovaskular dan gejala penyakit kardiovaskular sebelum ia menyerang dan melarat.

Bagaimana anda boleh menjaga kesihatan organ jantung bagi menjamin kehidupan lebih sihat?

Pastikan anda menjaga kesihatan jantung anda dengan mengamalkan diet dan melakukan aktiviti yang boleh merangsang kesihatan organ jantung!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cardiovascular diseases, https://www.who.int/health-topics/cardiovascular-diseases, Accessed May 21 2021.
  2. What is Cardiovascular Disease?, https://www.heart.org/en/health-topics/consumer-healthcare/what-is-cardiovascular-disease, Accessed May 21 2021.
  3. Cardiovascular, https://www.thedacare.org/Health-Library-and-Conditions/cardiovascular/common-conditions-and-risks/Types-of-Heart-and-Vascular-Diseases.aspx, Accessed May 21 2021.
  4. Cardiovascular Disease, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21493-cardiovascular-disease, Accessed May 21 2021.
  5. Cardiovascular disease, https://www.nhs.uk/conditions/cardiovascular-disease/, Accessed May 21 2021.

Versi Terbaru

27/06/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

Tanda Sakit Jantung Wanita Dan Lelaki Berbeza! Ini 3 Simptom Yang Perlu Diperhatikan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan