backup og meta

Kiwi dan Kolesterol

Kiwi dan Kolesterol

Individu yang menghidap tahap kolesterol tinggi perlu banyak memberi perhatian terhadap apa yang patut dan tidak boleh dimakan. Bagi mendapatkan yang terbaik, diet ideal untuk kolesterol tinggi mesti mengandungi oat, kacang, soya, dan tumbuhan sterol, yang memang membosankan jika dimakan setiap hari. Berita baiknya ialah terdapat banyak makanan lain yang dapat menurunkan kadar kolesterol tetapi masih enak rasanya, salah satunya, kiwi.

Bukti saintifik

Satu kajian 2009 yang diterbitkan dalam “International Journal of Food Sciences and Nutrition” menyatakan bahawa makan dua kiwi sehari dalam sepuluh minggu dapat menurunkan tahap LDL (yang “jahat”) sambil meningkatkan tahap HDL (yang “baik”) bagi orang dewasa Taiwan yang menghidap kolesterol darah tinggi. Penyelidik juga membuat kesimpulan bahawa memakan kiwi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Satu lagi kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 dalam “Journal of Nutrition”, menunjukkan bahawa dengan menambah dua biji kiwi untuk diet harian mereka, lelaki boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan mereka dan meningkatkan tahap HDL mereka.

Fakta mengenai kiwi

Lemak tepu

Lemak tepu adalah faktor utama yang mempengaruhi jumlah LDL dalam tubuh kita. Mengambil makanan yang rendah lemak tepu mengakibatkan kolesterol menurun. Dan, kiwi yang diukur dengan diameter 5 sentimeter membawa 0.36 gram lemak, dengan hanya 0.02 gram lemak tepu. Jumlah ini kurang dari 1% daripada had yang disyorkan untuk orang dewasa pada diet 2,000 kalori.

Serat

Serat pemakanan, terutamanya serat larut dapat mengurangkan tahap kolesterol. Setelah dimakan, serat larut menyerap air dalam sistem pencernaan untuk membentuk gel likat. Lapisan gel ini menghalang usus daripada menyerap kolesterol. Dalam satu biji kiwi, terdapat kira-kira 0.7 gram serat larut dalam jumlah keseluruhan 1.7 gram kandungan serat. Jumlah ini sama dengan setengah gelas kailan yang dimasak, satu cawan daun saderi mentah atau 3 sudu besar germa gandum.

Bagaimanakah cara menambah kiwi ke dalam diet anda dengan betul?

Dalam Perubahan Gaya Hidup Terapeutik Diet yang dicadangkan oleh NIH, jika seseorang ingin menurunkan kadar kolesterol dalam darahnya, diet hariannya meliputi 2 hingga 4 hidangan buah segar, beku, atau dikeringkan atau buah dalam tin (diutamakan jenis bebas gula). Satu hidangan kiwi adalah sama dengan setengah cawan kepingan kiwi segar atau kiwi bersaiz sederhana.

Anda boleh memotongnya menjadi kepingan kecil, campur dengan yogurt rendah atau tanpa lemak untuk sarapan yang lazat atau menggabungkannya dengan sayur-sayuran lain untuk salad makan tengah hari kegemaran anda atau sebagai pencuci mulut yang sihat selepas makan malam.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kiwi & Cholesterol

http://www.livestrong.com/article/445497-kiwi-cholesterol/ Accessed August 16, 2017.

 

5 Surprising Foods That Lower Cholesterol https://universityhealthnews.com/daily/heart-health/5-surprising-foods-that-lower-cholesterol/ Accessed August 16, 2017.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

Orang Perempuan Kalau Alami 7 Benda Ini, Itu Tanda Kolesterol Badan Anda TINGGI!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan