backup og meta

Dislipidemia

Definisi

Apa itu Dislipidemia?

Lipid (lemak), berserta protein dan karbohidrat, adalah komponen utama bagi sel-sel hidup. Kolesterol dan trigliserida adalah lipid yang disimpan di dalam badan dan berfungsi sebagai sumber tenaga.

Apabila kadar lipid dalam aliran darah terlalu tinggi atau rendah, keadaan ini dipanggil dislipidemia. Jenis dislipidemia yang paling biasa adalah:

  • Kadar lipoprotein berkepekatan rendah kolesterol (LDL atau “jahat’);
  • Kadar lipoprotein berkepekatan tinggi kolesterol (HDL atau “baik’);
  • Tahap trigliserida yang tinggi.

Apakah kebarangkalian Dislipidemia?

Dislipidemia sangat biasa berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Dislipidemia?

Dislipidemia tidak menunjukkan sebarang simptom. Ujian darah adalah satu-satunya cara untuk mengesan keadaan ini.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Tanya doktor anda jika anda mempunyai ujian kolesterol. Cadangan umur untuk menjalani ujian kolesterol awal berbeza-beza. Ulang uji biasanya dilakukan setiap lima tahun.

Jika keputusan ujian anda tidak berada dalam julat yang dikehendaki, doktor anda mungkin mengesyorkan anda supaya menjalani ujian dengan lebih kerap. Doktor anda juga mungkin mencadangkan anda untuk menjalani ujian dengan lebih kerap jika anda mempunyai sejarah keluarga dislipidemia, penyakit jantung atau faktor risiko lain, seperti merokok, kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Punca

Apakah Punca Dislipidemia?

Kedua-dua faktor boleh ubahsuai dan tidak boleh ubahsuai boleh menyumbang kepada gangguan lipid.

Faktor yang boleh dikawal (boleh diubah suai):

  • Termasuk diet yang tidak sihat yang tinggi lemak tak tepu dan gula ringkas, obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif.
  • Ubat-ubatan tertentu seperti estrogen, ubat-ubatan HIV juga boleh menyebabkan tahap trigliserida.

Faktor-faktor yang tidak terkawal (tidak boleh diubahsuai): merujuk kepada kandungan genetik, punca penyakit lipid yang boleh diwarisi perlu disyaki apabila terdapat sejarah keluarga yang kuat, terutamanya jika penyakit kardiovaskular berlaku pada ahli keluarga pada usia yang lebih muda (

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Dislipidemia?

Terdapat banyak faktor risiko untuk dislipidemia, seperti:

  • Diabetes melitus: gula dalam darah yang tinggi menyumbang kepada kolesterol LDL yang lebih tinggi dan kolesterol HDL yang lebih rendah. Gula dalam darah yang tinggi juga merosakkan lapisan arteri anda.
  • Sejarah keluarga penyakit kardiovaskular sebelum umur 50 tahun pada saudara lelaki atau umur 60 tahun di kalangan saudara perempuan.
  • Sejarah keluarga yang menunjukkan hiperklipemia keluarga.
  • Penyakit arteri koronari berbilang (contohnya. Penggunaan tembakau, hipertensi, obesiti).
  • Pemakanan yang tidak sihat: makan makanan yang mengandungi lemak tepu yang terdapat dalam produk haiwan, dan lemak trans, yang terdapat dalam beberapa jenis biskut dan keropok yang dibakar secara komersial.
  • Obesiti.
  • Ukur lilit pinggang yang besar: risiko anda meningkat jika anda seorang lelaki dengan ukur lilit pinggang sekurang-kurangnya 102 sentimeter atau seorang wanita dengan ukur lilit pinggang sekurang-kurangnya 89 sentimeter.
  • Kurang bersenam
  • Merokok merosakkan dinding salur darah anda, menambah kemungkinan mendapan berlemak terkumpul di salur darah anda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Dislipidemia didiagnosis?

Ujian darah adalah satu-satunya cara untuk mendiagnosis dislipidemia. Ia boleh membantu untuk memeriksa tahap kolesterol dan biasanya melaporkan:

  • Jumlah kolesterol;
  • Kolesterol LDL;
  • Kolesterol HDL;
  • Trigliserida.

Untuk ukuran yang paling tepat, jangan makan atau minum apa-apa (selain daripada air) selama 9 hingga 12 jam sebelum sampel darah diambil.

Bagaimana pesakit Dislipidemia dirawat?

Perubahan gaya hidup seperti bersenam dan makan makanan yang sihat adalah langkah pertahanan pertama terhadap dislipidemia. Tetapi, jika anda telah membuat perubahan gaya hidup penting tersebut dan keadaan anda masih berterusan, doktor anda mungkin mengesyorkan ubat.

Pilihan ubat khusus atau gabungan ubat-ubatan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk faktor risiko individu anda, usia anda, kesihatan semasa anda, dan kemungkinan kesan sampingan.

Pilihan biasa termasuk:

  • Statin: statin menyekat sejenis bahan yang diperlukan hati anda untuk menghasilkan kolesterol. Ini menyebabkan hati anda menyingkirkan kolesterol daripada darah anda. Statin juga boleh membantu tubuh anda menyerap kolesterol daripada mendakan yang terbina pada dinding arteri anda, dan berpotensi membalikkan penyakit arteri koronari. Pilihan termasuk atorvastatin (Lipitor), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Altoprev), pitavastatin (Livalo), pravastatin (Pravachol), rosuvastatin (Crestor), dan simvastatin (Zocor).
  • Resin pengikat asid hempedu: hati anda menggunakan kolesterol untuk membuat asid hempedu, bahan yang diperlukan untuk pencernaan. Ubat-ubatan seperti cholestyramine (Prevalite), colesevelam (Welchol), dan colestipol (Colestid) menurunkan kolesterol secara tidak langsung dengan membina ikatan dengan asid hempedu. Ini memaksa hati anda untuk menggunakan lebihan kolesterol untuk menghasilkan lebih banyak asid hempedu, yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah anda.
  • Perencat penyerapan kolesterol: usus kecil anda menyerap kolesterol daripada diet anda dan membebaskannya ke dalam aliran darah anda. Ubat ezetimibe (Zetia) membantu mengurangkan kolesterol darah dengan mengehadkan penyerapan kolesterol dari pemakanan. Ezetimibe boleh digunakan secara kombinasi dengan ubat statin.
  • Ubat-ubatan suntikan: kelas ubat yang baru dapat membantu hati menyerap lebih banyak kolesterol LDL – yang merendahkan jumlah kolesterol yang beredar dalam darah anda. Alirocumab (Praluent) dan evolocumab (Repatha) boleh digunakan untuk orang yang mempunyai keadaan genetik yang menyebabkan LDL yang sangat tinggi atau pada orang yang mempunyai sejarah penyakit koronari yang mempunyai tak toleransi terhadap statin atau ubat kolesterol lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Dislipidemia?

Beberapa produk semulajadi telah terbukti dapat mengurangkan kolesterol, tetapi ada yang mungkin membantu. Bergantung kepada cadangan dan kelulusan doktor anda, pertimbangkan suplemen dan produk pengurangan kolesterol berikut:

  • Barli;
  • Beta-sitosterol (terdapat dalam suplemen oral dan beberapa marjerin seperti Promise Activ);
  • Psyllium perang (terdapat dalam sekam benih dan produk seperti Metamucil);
  • Bran oat (terdapat dalam oat dan oat penuh);
  • Sitostanol (terdapat dalam suplemen oral dan beberapa marjerin seperti Benecol).

Jika anda memilih untuk mengambil suplemen kolesterol, ingatlah tentang kepentingan gaya hidup sihat. Sekiranya doktor anda memberi ubat untuk mengurangkan kolesterol, ambillah seperti yang diarahkan. Pastikan juga doktor anda mengetahui makanan tambahan yang anda ambil.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High Cholesterol – Topic Overview. http://www.webmd.com/cholesterol-management/tc/high-cholesterol-overview. Accessed October 3, 2016.

High cholesterol. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/home/ovc-20181871. Accessed October 3, 2016.

What is dyslipidemia? http://answers.webmd.com/answers/1198206/what-is-dyslipidemia. Accessed October 3, 2016.

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

Orang Perempuan Kalau Alami 7 Benda Ini, Itu Tanda Kolesterol Badan Anda TINGGI!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan