backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Granuloma Paru-paru

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

Granuloma Paru-paru

Merupakan sejenis penyakit yang boleh terjadi di mana-mana bahagian pada organ tubuh badan, granuloma paru adalah sangat tidak asing untuk berlaku.

Untuk pengetahuan anda, granuloma paru-paru ini sebenarnya adalah keradangan yang terjadi akibat respons sistem imun bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan.

Keradangan ini akan terbentuk dan terdiri daripada sekumpulan sel bernama histiocytes yang pada awalnya lembut namun akan menjadi keras pada akhirnya.

Persoalannya, adakah ia adalah sejenis penyakit berbahaya yang memerlukan sebarang rawatan lanjut? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Granuloma paru adalah sejenis penyakit keradangan yang juga boleh terjadi pada setiap organ tubuh badan.

Ia juga akan berlaku apabila terdapat jangkitan kuman, bakteria atau virus pada organ tersebut lantas bertindak sebagai ‘dinding’ untuk menghalang jangkitan menjadi lebih teruk.

Kebiasaannya, granuloma ini secara tidak sengaja didiagnosis melalui X-ray, CT-scan atau pemeriksaan pengimejan yang dilakukan untuk mengesan penyakit lain.

Meskipun sering kali disalah ertikan sebagai sel kanser, granuloma ini sebenarnya mungkin tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan lanjut lain.

Namun adalah sangat penting untuk kalian melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui punca, simptom dan tahap keterukannya jika menghidap kondisi ini.

Simptom

granuloma paru adalah

Apakah simptom granuloma paru?

Sebenarnya, mungkin tidak ada apa-apa simptom berkaitan penyakit ini yang spesifik kerana kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang petanda.

Kebanyakan individu yang pernah atau masih menghidapnya juga mungkin tidak tahu bahawa mereka mengalaminya sehingga diagnosis mengesahkan.

Pun begitu, ketiadaan simptom ini adalah sangat bergantung kepada kondisi atau jangkitan yang menyebabkan granuloma ini terbentuk dan terjadi.

Jika ia disebabkan oleh beberapa penyebab berkaitan dengan organ paru-paru seperti sarkoidosis atau histoplasmosis, maka akan timbul sedikit petanda.

Berikut adalah simptom yang mungkin wujud akibat granuloma paru-paru termasuklah:

Namun petanda-petanda yang kami nyatakan di atas ini juga mungkin merupakan gejala penyakit-penyakit lain, jadi sila berjumpa doktor untuk diagnosis.

Punca

Apakah puncanya?

Sekiranya didiagnosis terdapat granuloma paru-paru, anda pasti akan panik dan menyangka bahawa ia adalah petanda awal kepada penyakit kanser.

Sebenarnya, anda mungkin tidak perlu khuatir kerana sebahagian besar kes penyakit ini bersifat jinak dan sel granuloma paru adalah tidak berpotensi menjadi sel kanser.

Sel yang bertanggungjawab menyebabkan kondisi ini adalah histiocytes yang dihasilkan melalui tindak balas sistem imun tubuh badan bagi melawan jangkitan.

Antara jangkitan yang seringkali mencetuskan pembentukan granuloma paru adalah:

  • Sarkoidosis
  • Histoplasmosis
  • Rheumatoid arthritis
  • Tuberkulosis (TB)
  • Granulomatosis Polyangiitis (GPA)

Mungkin juga terdapat beberapa jenis jangkitan atau penyakit lain yang boleh menyebabkan keradangan ini berlaku, jadi sila dapatkan pandangan daripada doktor.

Faktor Risiko

granuloma paru adalah

Apa faktor risiko granuloma paru-paru?

Rasanya semua sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi pada mana-mana bahagian pada tubuh badan serta pada sesiapa sahaja.

Meskipun dipercayai dan dikatakan ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja, namun mungkin ada beberapa faktor risiko tertentu yang meningkatkan risikonya.

Berikut adalah antara golongan yang berisiko tinggi alami grunaloma paru-paru:

  • Berusia 20-60 tahun
  • Berjantina wanita
  • Berketurunan Afrika atau Eropah Utara
  • Mempunyai sejarah anggota keluarga dengan kondisi serupa
  • Menghidap penyakit atau jangkitan berkaitan sistem pernafasan
  • Menderita penyakit kronik berkaitan sistem imun seperti HIV, diabetes, kanser
  • Menghisap rokok
  • Meminum alkohol
  • Menjalani gaya hidup tidak sihat dan sedentari

Sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko yang kami nyatakan ini, segera berjumpa doktor untuk diagnosis jika anda ada granuloma paru-paru atau tidak.

Diagnosis

Bagaimana diagnosis granuloma paru-paru?

Disebabkan oleh kebanyakan kes kondisi ini tidak menunjukkan sebarang gejala yang khas, ia seringkali ditemukan oleh doktor secara tidak sengaja.

Penderita cenderung mengetahui menghidap kondisi ini melalui X-ray, CT-scan atau pemeriksaan pengimejan yang dilakukan untuk mengesan penyakit lain.

Jika ia masih bersaiz kecil, maka doktor mungkin hanya akan membiarkannya sahaja kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada kesihatan.

Namun kalau saiz granuloma paru adalah besar, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan positron emission tomography (PET).

Tujuan ia dilakukan adalah untuk memeriksa sama ada granuloma yang terjadi pada organ pernafasan anda itu bersifat kanser ataupun tidak.

Sekiranya sah ia berpotensi berubah menjadi sel kanser, sel granuloma akan diambil sampelnya kemudian dilakukan biopsi menerusi mikroskop.

granuloma paru adalah

Sesudah itu, apa yang perlu dilakukan oleh penderita jika disahkan menghidap kondisi ini? Sila teruskan membaca untuk tahu!

Rawatan

Apa yang perlu dilakukan jika menghidap granuloma paru-paru?

Selepas mendapat tahu bahawa granuloma paru adalah hanya bersaiz kecil dan tidak bersifat kanser, anda mungkin tidak memerlukan rawatan lanjut.

Namun disebabkan oleh faktor granuloma ini terjadi adalah akibat penyakit lain, maka anda perlu merawat penyakit yang dialami itu terlebih dahulu.

Jika ia disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria atau virus, maka doktor mungkin akan mempreskripsikan ubatan yang sesuai untuk membunuhnya.

Jika ia disebabkan oleh keradangan yang bertindak balas dengan penyakit yang kami telah nyatakan di atas tadi, ubat antiradang mungkin diperlukan.

Konklusi

Sebagai kesimpulan, penyakit ini mungkin sudah ada dalam diri kita tanpa disedari ekoran ketiadaan simptom atau sebarang petanda yang jelas.

Meskipun ia dipercayai tidak akan mendatangkan komplikasi yang berat, masih ada risiko di mana sel granuloma ini berubah menjadi sel kanser.

Jadi, sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda ada faktor-faktor risiko yang telah kami nyatakan di atas tadi pada diri anda ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan