Jangkitan kuman paru-paru merupakan salah satu kes yang banyak menular di Malaysia, tidak kira sama ada penyakit tibi ataupun radang paru paru.
Kedua-dua keadaan ini mempunyai simptom serupa, tetapi sangat berbeza. Salah satunya boleh menjangkiti orang lain dan berpotensi untuk membawa maut.
Pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui yang mana lagi bahaya ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Apakah itu penyakit tibi dan radang paru-paru?
Tibi atau tubuerkulosis adalah penyakit berjangkit serius yang mempengaruhi paru-paru anda.
Bakteria penyebab tibi boleh disebarkan dari seorang individu ke individu lain melalui rembesan yang dilepaskan ke udara seperti batuk dan bersin.
Pneumonia atau radang paru-paru ialah jangkitan kuman yang mengakibatkan keradangan kantung udara di paru-paru. Kantung udara boleh dipenuhi dengan cairan atau nanah.
Perbezaaan antara penyakit tibi dan radang paru paru
#1 Jenis jangkitan kuman
Bakteria Mycobacterium tuberculosis bertanggungjawab untuk penyakit tuberkulosis manakala pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus dan kuman boleh mengakibatkan pneumonia.
Namun, kebanyakan kes radang paru-paru disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae.
Berita baiknya ialah terdapat vaksin untuk kedua-dua penyakit tersebut, tetapi vaksin untuk kuman tibi sangat mustajab untuk kanak-kanak dan sering digunakan hanya di negara-negara membangun.
#2 Cara mendapat jangkitan
Bakteria tuberkulosis menyebar melalui titisan kelembapan yang dilepaskan oleh orang yang dijangkiti ketika batuk, bersin, bercakap atau ketawa.
Penyakit ini banyak merebak dalam kalangan isi rumah yang tinggi atau tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja seperti tapak pembinaan.
Baca juga:
Sekiranya anda menjalani rawatan tibi, anda tidak akan menjangkiti orang lain selepas 2 minggu.
Berbeza dengan tibi, radang paru-paru biasanya berlaku apabila sistem imun anda lemah dan bakteria dalam sistem pernafasan anda mula membiak.
Risiko yang meningkatkan kemungkinan untuk mendapat penyakit ini ialah merokok atau berada di hospital.
Kadangkala, radang paru-paru berlaku apabila terdapat jenis bakteria yang kuat dalam sistem dan tubuh tidak dapat melawannya.
#3 Tanda dan gejala penyakit tibi dan pneumonia
Sebenarnya, diagnosis tibi atau radang paru-paru sukar untuk dicapai tanpa beberapa pemeriksaan diagnostik seperti X-ray dan ujian kahak.
Tanda dan gejala kedua-dua hampir sama – batuk, lemah badan dan demam.
Akan tetapi berikut adalah beberapa gejala utama yang perlu diperhatikan dalam setiap keadaan :
a) Penyakit tibi
b) Radang paru-paru
Penghidap tibi menunjukkan gejala secara perlahan dari masa ke masa, sementara keradangan paru-paru muncul dengan cepat.
Namun, pesakit tua atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit diabetes atau HIV mungkin tidak menunjukkan gejala keradangan paru-paru, jadi sukar untuk membezakan kedua-duanya.
#4 Faktor risiko
a) Penyakit tibi
Sesiapa sahaja boleh penghidap penyakit ini tetapi terdapat sesetengah faktor risiko yang merangkumi :
- Sistem imun yang lemah: Umur sama ada terlalu muda atau tua, HIV/AIDS, diabetes, kegagalan buah pinggang, kanser, rawatan kemoterapi
- Melancong atau tinggal di kawasan tertentu: Asia, Afrika, Eropah Timur
- Kawasan yang kekurangan rawatan perubatan
- Penggunaan dadah terlarang, minuman beralkohol dan merokok
- Pekerja dalam bidang kesihatan
b) Radang paru-paru
Pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, 2 kumpulan umur yang berisiko tinggi adalah :
- Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah
- Warga tua berumur 65 tahun ke atas
Faktor risiko lain termasuklah :
- Berada di hospital, risiko lebih besar jika anda di unit rawatan intensif
- Penyakit kronik: penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit jantung
- Merokok
- Sistem imun yang lemah
#5 Organ terlibat
Tibi tidak hanya menjangkiti paru-paru, bahkan boleh menyerang buah pinggang, tulang belakang, usus atau otak. Bakteria boleh merebak ke seluruh badan dalam aliran darah.
Gejalanya berbeza mengikut bahagian tubuh yang dijangkiti.
Keradangan paru-paru terhad kepada sistem pernafasan anda sahaja.
Diagnosis dan rawatan
Tibi didiagnosis jika pesakit bertindak balas terhadap ujian tuberkulin kulit, sampel kahak dan darah.
Untuk radang paru-paru, doktor menggunakan ujian darah dan X-ray dada.
Kedua-dua penyakit boleh dirawat dengan antibiotik. Namun, tempoh dan regimen antibiotik berbeza sama sekali.
Radang paru-paru boleh dirawat dengan antibiotik selama 8 hari manakala regimen tibi lebih kompleks dan memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan.