home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

WHO Keluarkan Garis Panduan Baharu Untuk Menangani Tuberkulosis Rintang Ubat

WHO Keluarkan Garis Panduan Baharu Untuk Menangani Tuberkulosis Rintang Ubat

Dengan tema ‘Masa untuk tamatkan TB’, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan baharu bagi menambahbaik rawatan untuk Tuberkulosis rintang ubat (MDR-TB). Dalam garis panduan baru ini, WHO mencadangkan untuk menggunakan rejim oral sepenuhnya kerana rawatan baru ini adalah lebih efektif dan kemungkinan untuk kesan advers dan kesan sampingan adalah kurang. Dalam rejim rawatan terdahulu, kesan seperti masalah psikatrik, hipotiroid, kesan toksik buah pinggang dan telinga dan sawan epilepsi telah menyebabkan rawatan kepada MDR-TB sangat sukar. WHO juga mencadangankan agar rejim terbaru ini diikuti dengan pantauan aktif ke atas keselamatan ubat dan juga bantuan kaunseling bagi membantu pesakit untuk melengkapkan rawatan mereka.

Sejak tahun 2000, 54 juta nyawa telah diselamatkan dan kematian akibat TB telah turun sebanyak satu per tiga namun, 10 juta manusia tetap jatuh sakit akibat TB setiap tahun dan ramai yang masih tidak mendapat rawatan secukupnya. Kini, TB adalah penyakit berjangkit pembunuh nombor satu dunia, meragut 4500 nyawa setiap hari di seluruh dunia, dengan kadar kematian tahunan lebih 1.5 juta kematian. Beban paling berat ditanggung oleh komuniti-komuniti yang berhadapan dengan cabaran sosio-ekonomik, mereka yang bekerja dan hidup dalam keadaan yang berisiko tinggi, termiskin dan terasing.

Cadangan baru ini bertindak sebagai terjemahan kepada komitmen yang telah dibuat ketika pertemuan TB peringkat tinggi UN tahun 2018, kepada langkah-langkah yang berniat untuk memastikan mereka yang memerlukan rawatan TB, mendapatnya, di samping menjadi sebahagian daripada pakej langkah-langkah yang lebih besar dalam membantu negara-negara seluruh dunia untuk mempercepatkan rentak dan progres mereka untuk membasmi TB. Elemen penting dalam pakej ini termasuklah:

  • Rangka kerja akauntibiliti untuk mengkoordinasi tindakan menretas sektor selain memantau dan menilai progres.
  • Landasan untuk negara-negara mengetahui lebih lanjut tentang epidemik negara mereka melalui pemantauan masa nyata – dengan pendekatan sistem pemantauan elektronik TB.
  • Panduan dalam pengutamaan perancangan dan implementasi intervensi TB berimpak berdasarkan analisis proses laluan pesakit untuk mendapatkan rawatan.
  • Garis panduan WHO baru dalam mengawal dan mencegah jangkitan TB terpendam.
  • Pasukan petugas masyarakt sivil untuk memastikan pendekatan masyarakat yang efektif dan bermakna.

Pada 22 Mac, rakan kerja utama akan bertemu di Hari Simposium TB Sedunia di Geneva bagi membangunkan landasan gabungan pelbagai sektor dan pihak berkepentingan untuk mempercepatkan tindakan untuk membasmi TB. WHO juga akan membenta pakej baru ini di pertemuan tersebut.

Di Malaysia, bilangan kematian yang dilaporkan akibat daripada Tuberkulosis adalah lebih tinggi daripada jangkaan yang dikeluarkan oleh WHO sebelum ini. Menurut Pengarah Institut Perubatan Resiratori (IPR) Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Nurhayati Mohd. Marzuki, setakat tahun 20017, terdapat 26 168 kes Tuberkulosis aktif dan 2098 kes kematian. Setakat Ogos 2018, bilangan kes Tuberkulosis yang telah dicatat adalah sebanyak 16 422 kes, dengan Sabah menjadi negeri yang mencatatkan kes tetinggi di Malaysia.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
World Tuberculosis Day 2019 [Internet]. [cited 2019 Mar 22]. Available from: https://www.who.int/news-room/events/detail/2019/03/24/default-calendar/world-tb-day-2019
Tuberculosis [Internet]. [cited 2019 Mar 22]. Available from: https://www.who.int/news-room/facts-in-pictures/detail/tuberculosis
New WHO recommendations to accelerate progress on TB [Internet]. [cited 2019 Mar 22]. Available from: https://www.who.int/news-room/detail/20-03-2019-new-who-recommendations-to-accelerate-progress-on-tb
Yahya R. Kematian TB di Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan WHO [Internet]. Utusan Online. [cited 2019 Mar 22]. Available from: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/kematian-tb-di-malaysia-lebih-tinggi-daripada-jangkaan-who-1.860010
Babulal V. Foreigners causing TB a myth [Internet]. NST Online. 2019 [cited 2019 Mar 22]. Available from: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/468839/foreigners-causing-tb-myth
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab Disemak pada 09/07/2020
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
x