backup og meta

“Telur Tenggelam Dalam Air, Petanda Masih Elok”, Ini 4 Lagi Cara Nak Tahu Telur Segar @ Sudah Rosak!

“Telur Tenggelam Dalam Air, Petanda Masih Elok”, Ini 4 Lagi Cara Nak Tahu Telur Segar @ Sudah Rosak!

Anda hendak masak telur, tetapi tidak pasti sama ada telur yang disimpan itu masih elok atau tidak. Ada yang kata, telur elok tenggelam dan telur yang sudah busuk akan terapung.

Bagaimana untuk mengetahui keadaan telur yang masih elok dengan tepat? Lihat tip yang kami kongsikan di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Berapa lama telur boleh disimpan?

Sebenarnya, telur boleh bertahan lama jika anda menyimpannya dengan betul.

Bagi telur yang tidak disimpan dalam peti sejuk, ia boleh bertahan antara satu hingga tiga minggu bermula daripada tarikh ia dikeluarkan.

Manakala bagi telur yang disimpan dalam peti sejuk, ia masih elok dalam tempoh empat hingga lima minggu.

Anda boleh merujuk tarikh pengeluaran telur sama ada pada kotaknya atau pada kulit telur itu sendiri. 

Sebelum masak telur, buat 5 perkara ini dahulu

Bagi anda yang ingin menggunakan telur dalam masakan, anda disarankan untuk melakukan lima perkara ini terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi jika telur yang dibeli sebelum ini telah disimpan agak lama. 

#1. Semak tarikh luput telur

masak telur

Antara cara yang paling mudah dan asas untuk melihat keadaan telur adalah dengan memeriksa tarikh luputnya.

Biasanya syarikat pengeluar telur akan meletakkan tarikh luput pada kotak telur.

Ada juga pengeluar yang mungkin meletakkan tarikh pengeluaran telur pada pek pembungkusan.

Jadi, jika ia telah disimpan lebih 30 hari daripada tarikh pengeluaran, maka telur tidak lagi dianggap segar.

Namun, untuk memastikan anda tidak terus membuang telur ini kerana ia mungkin masih elok, sila lihat cara kedua di bawah ini sebelum masak telur.

#2. Hidu bau telur

Menghidu atau mencium telur merupakan antara kaedah paling mudah dan dipercayai untuk menentukan keadaannya.

Telur yang sudah mula rosak atau tidak segar akan mempunyai bau yang agak berlainan daripada telur yang masih segar.

Biasanya, ia akan mula berbau sedikit busuk tidak kira sama ada telur mentah atau yang telah dimasak.

Jika masih tidak pasti, anda boleh memecahkan telur ke dalam mangkuk dan menghidunya.

Telur yang rosak akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berbanding telur segar.

#3. Lihat keadaan telur sebelum masak telur

masak telur

Selain daripada bau dan tarikh luput, anda juga boleh melihat keadaannya terlebih dahulu sebelum memasak telur.

Pertama sekali, lihat sama ada kulit telur telah merekah, berhabuk atau berlendir.

Jika kulit telur telah merekah dan mengeluarkan lendir, besar kemungkinan ia telah dijangkiti bakteria.

Manakala kulit telur yang berhabuk atau mempunyai serbuk, ia mungkin tanda telah diserang kulat.

Jika anda mahu, anda juga boleh memecahkan telur dan melihat kandungannya sendiri.

Sebarang tompok warna yang agak ganjil atau kuning telur sudah menjadi pucat, ia tanda telur telah dijangkiti bakteria.

Begitu juga jika telur menjadi agak cair dan kuning telur pecah dengan sendirinya, ia bermaksud telur tersebut sudah rosak. 

#4. Buat ujian terapung

Telur elok tenggelam? Ya, telur elok tenggelam merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk menguji kesegaran telur sebelum mula masak telur.

Anda hanya perlu sediakan semangkuk air dan masukkan telur ke dalam mangkuk tersebut.

Sekiranya telur tenggelam dengan rata pada dasar mangkuk, ia adalah telur yang masih segar.

Jika telur tenggelam tetapi agak senget ke atas, ia mungkin sudah berusia satu minggu.

Namun, jika telur masih lagi tenggelam tetapi dengan kedudukan menegak ke atas, ia mungkin sudah berusia 3 hingga 4 minggu.

Pada usia ini, telur masih boleh dimakan tetapi sudah tidak segar.

Walau bagaimanapun, jika telur terapung sepenuhnya, ia tanda telur sudah rosak dan tidak boleh dimakan lagi.

#5. Suluhkan cahaya sebelum masak telur

masak telur

Kaedah terakhir ini mungkin agak jarang dilakukan, namun ia juga boleh membantu anda mengetahui keadaan telur.

Anda hanya memerlukan bilik atau ruang yang agak gelap dan sumber cahaya terang seperti lampu suluh. Letakkan lampu suluh pada hujung telur yang paling besar.

Kemudian, condongkan telur dan gerakkannya ke kiri dan kanan dengan cepat.

Anda boleh melihat gerakan poket udara dalam telur.

Telur yang masih segar mempunyai ruang udara yang masih kecil. Manakala bagi telur yang sudah lama, ruang udaranya lebih besar disebabkan kehilangan kandungan air dalam telur

Kesimpulan

Seeloknya, anda lakukanlah lima perkara ini sebelum mula memasak telur di rumah.

Lebih-lebih lagi jika anda sendiri sudah terlupa berapa lama anda menyimpan telur tersebut.

Cara ini boleh mengelakkan diri anda daripada termakan telur yang sudah tidak segar atau rosak.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What to look for when buying eggs. https://eggsafety.org/what-to-look-for-when-buying-eggs-2/. Accessed on September 19, 2022. 

How to Tell If Eggs Are Bad. https://www.australianeggs.org.au/facts-and-tips/tell-if-eggs-are-bad#:~:text=Simply%20fill%20a%20bowl%20with,eggs%20should%20be%20thrown%20out. Accessed on September 19, 2022.

One Easy Trick You Can Tell Whether The Egg Is Still Fresh (Without Breaking It!). https://www.lifehack.org/572157/how-know-eggs-are-still-fresh-super-easy-way-test-1-min. Accessed on September 19, 2022.

What kind of dates are on cartons of fresh eggs?. https://ask.usda.gov/s/article/What-kind-of-dates-are-on-cartons-of-fresh-eggs#:~:text=After%20the%20eggs%20reach%20home,but%20may%20be%20state%20required. Accessed on September 19, 2022.

How Long Do Eggs Last. https://www.incredibleegg.org/recipes/egg-tips-tricks/egg-storage/. Accessed on September 19, 2022.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Rebus Telur Tapi 'Menggerutu' Masa Kupas? Ini 2 Cara Merebus Confirm Telur Licin!

3 Resipi Sandwich Telur Mudah, Sedap & Sihat, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan