Memang Untung Bagi Penggemar Tomato, Membantu Melawan Diabetes & Melindungi Jantung Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Buat anda yang masih tertanya-tanya, tomato adalah termasuk dalam kategori buah-buahan secara genetiknya tetapi seringkali disediakan dan dihidangkan sebagai sayur-sayuran.

Walau apapun kategorinya, tidak dapat dinafikan bahawa tomato sememangnya mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat buah tomato terhadap kesihatan.

Manfaat buah tomato terhadap kesihatan

Secara umumnya, tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95% dan selebihnya adalah karbohidrat dan seratBerikut merupakan anggaran nutrien yang terdapat dalam tomato mentah berjisim 100 gram:

  • Kalori: 18
  • Air: 95%
  • Protein: 0.9 gram
  • Karbohidrat: 3.9 gram
  • Gula: 2.6 gram
  • Serat: 1.2 gram
  • Lemak: 0.2 gram

Dalam pada itu, tomato mempunyai pelbagai lagi manfaat tomato terhadap kesihatan individu, antaranya:

#1. Tomato adalah sumber vitamin

Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan.

Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.

#2. Ia membantu melindungi kesihatan jantung

Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung.

Kajian menunjukkan bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene.

Menurut kajian lagi, individu yang mempunyai kandungan darah yang tinggi dengan antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.

#3. Ia membantu melindungi kesihatan kulit

Tomato bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan malahan juga kecantikan.

Ini kerana tomato dapat membantu melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuat individu kelihatan awet muda.

tomato

#4. Tomato membantu memperbaiki penglihatan

Selain itu, tomato juga adalah bagus untuk mata anda. Ini kerana tomato mempunyai kandungan lycopene, lutein dan beta carotene, yang berfungsi membantu melindungi mata daripada katarak dan macular degeneration.

#5. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan

Tomato juga dapat membantu individu yang kerap mengalami masalah sembelit. Ini kerana tomato mengandungi kandungan serat dan cecair yang agak tinggi. Namun begitu, anda harus berhati-hati kerana bagi sesetengah individu, asid daripada tomato yang dimasak boleh mengakibatkan senak perut dan asid refluks.

#6. Ia membantu melawan penyakit seperti diabetes & kanser

Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.

Bagi individu yang mempunyai mempunyai diabetes jenis 2, tomato adalah makanan yang bagus kerana ia boleh mengurangkan risiko berlakunya peroksida lipid yang menyebabkan radikal bebas dan serangan jantung.

Tomato yang mempunyai kandungan lycopne juga mampu mengurangkan risiko kanser perut, prostat, ovari dan paru-paru.

Konklusinya, tomato yang tinggi kandungan lycopene, mempunyai pelbagai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.

Oleh itu, pastikan tomato merupakan antara sumber makanan utama yang perlu ada dalam diet anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang kami sediakan di bawah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/01/2020 . 5 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    jenis buah-buahan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan