backup og meta

Cari Petua Awet Muda? Ini 4 Jenis Diet 'Anti-Aging' Untuk Dicuba!

Cari Petua Awet Muda? Ini 4 Jenis Diet 'Anti-Aging' Untuk Dicuba!

Jika ia memang benar wujud, kita semua sudah pasti akan amalkan diet untuk petua awet muda agar proses penuaan yang meresahkan itu dapat dilambatkan atau terus dihentikan.

Sebenarnya, perkara ini mungkin tidak mustahil kerana sudah wujud banyak idea tentang diet ‘anti-aging’ yang dipercayai mampu membuat individu itu kekal awet muda.

Persoalannya, adakah benar makanan untuk awet muda itu wujud dan adakah ia akan berkesan? Jom teruskan baca artikel untuk mengetahui mengenai diet anti penuaan ini!

Apa itu diet untuk petua awet muda?

Untuk pengetahuan anda semua, diet ‘anti-aging’ ini telah lama wujud sejak ratusan tahun yang lalu dan ia juga masih popular serta tetap diamalkan sehingga ke hari ini.

Pengamalan diet ini ada aturan pantang larang pengambilan serta larangan makanan dan minuman tertentu dalam usaha untuk melambatkan proses penuaan individu.

Dalam pada itu, diet ini juga dipercayai mampu untuk memanjangkan usia di samping menjadikan tubuh badan individu itu lebih sihat dan kuat tanpa kira faktor umur.

petua awet muda

Makanan untuk awet muda ini dikatakan merangkumi beberapa jenis diet utama lain seperti di bawah.

Bagaimana amal diet untuk petua awet muda?

Menurut kajian terbitan jurnal Science pada tahun 2021, didapati bahawa ada beberapa pola atau cara diet yang mampu buat anda awet muda melalui pengurangan pengiraan kalori iaitu:

#1. Intermittent fasting

Diet puasa atau intermittent fasting adalah kaedah di mana individu mengurangkan pengambilan kalori harian dengan mengatur waktu dan masa untuk mengambil hidangan.

Ketika mengamalkan diet ini, anda hanya akan makan setiap 8 jam sehari di samping juga akan membataskan pengambilan 500 ke 600 kalori sahaja dalam masa seminggu.

Ia dipercayai akan mampu memanjangkan usia dan meningkatkan potensi awet muda ekoran diet ini berupaya menguatkan dan mengelakkan kerosakan sel saraf dalam otak.

#2. Time-restricted eating

Diet ini juga agak sama seperti kaedah di atas tadi di mana individu mengurangkan pengambilan kalori harian dengan mengatur waktu dan masa untuk mengambil hidangan.

Bezanya, diet yang unik ini akan hanya membolehkan anda untuk makan pada waktu siang sahaja dan tidak langsung makan kecuali minum air kosong pada waktu malam.

Ia dipercayai akan mampu membantu mengekalkan tahap glukosa, mengurangkan kadar lemak darah serta menurunkan risiko lemak hati sekali gus memanjangkan usia anda.

petua awet muda

#3. Fasting-mimicking diet

Diet yang turut dikenali dengan nama FMD ini bukan sahaja akan mementingkan pengurangan pengambilan kalori bahkan juga aspek lain seperti gula, protein serta lemak.

Ia biasa hanya perlu diamalkan selama 5 hari dalam sebulan dan kesannya mungkin akan berjaya menurunkan tekanan darah, berat badan dan lemak badan secara lebih total.

Selain itu juga, diet FMD juga mampu mengurangkan penghasilan dan perembesan hormon IGF-1 yang berfungsi mendorong proses penuaan di dalam tubuh badan individu.

#4. Petua awet muda, amalkan diet ketogenik

Diet ‘anti-aging’ yang terakhir ini pula adalah kaedah yang sangat popular yakni diet ketogenik.

Diet ketogenik ini memerlukan individu untuk membataskan pengambilan nutrisi tidak sihat dan sebaliknya hanya mengambil nutrien sihat, contohnya seperti lemak tidak tepu.

Manfaat daripada kaedah makan seperti ini mampu untuk menyingkirkan sel lemak tidak perlu, meningkatkan sistem metabolisme sekali gus memanjangkan usia individu.

Tambahan pula, ia juga mampu untuk menurunkan berat badan berlebihan dan risiko obesiti.

Benarkah diet ‘anti-aging’ ini akan berkesan?

petua awet muda

Ya, mungkin benar bahawa makanan untuk awet muda di atas tadi itu akan berkesan bagi tujuan tersebut ekoran kemampuannya melambatkan atau menghentikan penuaan.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa ia mungkin berkesan buat segelintir namun tidak bagi segelintir yang lain selain mendatangkan banyak juga kesan sampingan.

Antara kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat diet untuk awet muda ini termasuk:

  • Kurang jumlah kalori harian
  • Kurang zat gizi harian
  • Metabolisme tubuh badan ‘melambat’
  • Fungsi kongnitif otak menurun
  • Kemerosoton otot dan tulang
  • Kecederaan lambat untuk sembuh
  • Kemunculan batu pada hempedu
  • Lebih tinggi risiko kepada jangkitan
  • Masalah sukar untuk tidur dan rehat

Dalam erti kata yang lebih mudah, diet anti penuaan ini mungkin boleh buat anda lebih awet muda namun ada risiko pada tubuh badan jika anda tidak amalkannya dengan betul.

Disebabkan itu pula, sila pastikan anda telah berjumpa dan berbincang dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum cuba amalkan petua awet muda ini ya.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Researchers aim to separate fact from fiction for “anti-aging” diets, https://www.news-medical.net/news/20211120/Researchers-aim-to-separate-fact-from-fiction-for-anti-aging-diets.aspx, Accessed Jan 11 2022.
  2. 5 Anti-Aging Diet Moves, https://www.consumerreports.org/healthy-eating/anti-aging-diet-moves-a8292547984/, Accessed Jan 11 2022.
  3. Antiaging diets: Separating fact from fiction, https://www.science.org/doi/10.1126/science.abe7365?adobe_mc=MCMID%3D15591696989043674512118497664232097212%7CMCORGID%3D242B6472541199F70A4C98A6%2540AdobeOrg%7CTS%3D1637141966, Accessed Jan 11 2022.
  4. Aging and Nutrition: A Review Article, https://www.iosrjournals.org/iosr-jnhs/papers/vol1-issue4/H0144347.pdf?id=1613, Accessed Jan 11 2022.
  5. Top Anti-Aging Foods to Live Longer and Look Younger, https://blog.ochsner.org/articles/top-anti-aging-foods-to-live-longer-and-look-younger, Accessed Jan 11 2022.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Proses Penuaan Normal

Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan