backup og meta

Tip Moreh Yang Sihat

Tip Moreh Yang Sihat

Moreh Ramadan telah menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia sejak sekian lama. Selepas solat, jemaah masjid akan beramai-ramai menikmati hidangan yang disediakan sambil bersembang.

Amalan ini sudah tentu banyak manfaatnya. Antaranya adalah merapatkan hubungan sesama jemaah masjid, menyediakan ruang untuk bersedekah dan memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk datang ke masjid.

Namun, jika ia tidak dikawal dan diselia dengan cermat, makan moreh di lewat malam mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan kesihatan, antaranya:

  • Menaikkan berat badan.
  • Menganggu kitaran tidur.
  • Kerap ke tandas di tengah malam.
  • Ketidakhadaman dan pedih ulu hati.

Jadi, saya tak boleh langsung makan moreh? Jangan risau, anda masih boleh makan moreh Ramadan. Ikuti tip di bawah.

1. Kurangkan makanan bergula

moreh ramadan

Kita tidak selalunya mampu memilih makanan moreh Ramadan. Apa yang tersedia, itulah yang dimakan. Sebolehnya, kurangkan makanan bergula seperti lepat pisang, onde-onde, akok atau donat. Walaupun semua kuih-muih mengandungi gula, cuba utamakan yang kurang kandungan gulanya seperti bahulu dan kuih sepit. Tapi malangnya jarang kuih ini ditemui semasa moreh.

Gula yang berlebihan tidak sihat untuk badan. Ikuti sebab anda perlu kurangkan gula di sini.

2. Elakkan makanan berat

Kadangkala, moreh bukan sahaja dihidangkan dengan kuih-muih, tetapi juga makanan berat seperti mi, mihun, nasi lemak atau kuey teow. Ini adalah waktu yang kurang sesuai untuk menikmati makanan berat seperti ini.

Namun, jika makanan sudah terhidang dan anda ingin merasainya, ambil dalam kuantiti yang kecil. Satu senduk penuh atau kurang sudah mencukupi. Jangan sampai menambah satu atau dua pinggan pula.

3. Teh O vs teh tarik

Jika ada dua pilihan air ini, pilihan yang lebih baik adalah teh O. Susu pekat manis yang digunakan di dalam teh tarik mengandungi lebih banyak gula berbanding teh O. Jika inginkan pilihan yang sihat, pastinya anda lebih tahu.

Satu atau dua kali seminggu tidak mengapa, tapi jangan sampai setiap hari selama sebulan anda mengambil teh tarik!

Banyak lagi air teh panas yang sedap boleh dijadikan sebagai alternatif seperti teh Sabah, teh strawberi atau teh kayu manis. Semuanya tidak kurang sedapnya.

4. Lebihkan waktu bersosial berbanding makan

moreh ramadan

Waktu moreh bukan sahaja patut dihabiskan dengan makan, tapi gunakan peluang ini untuk bersosial dan bertanya khabar. Mungkin ada kenalan yang sudah lama tidak bertentang mata atau jiran-jiran yang tak pernah ditemui sebelum ini.

Moreh adalah waktu yang baik untuk merapatkan hubungan. Jangan hanya sibuk menambah makanan sahaja, tambah juga kenalan.

5. Uruskan makanan lebih

Jika ada lebihan makanan ketika moreh Ramadan, pastinya anda tidak mahu membazir. Tetapi tidak semestinya ia mesti dimakan pada waktu itu. Anda boleh bungkus dan simpan untuk dibawa ke waktu sahur. Kemudian, maklumkan kepada pihak surau atau masjid supaya mengurangkan kuantiti makanan untuk mengelakkan pembaziran.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Norsyamlina bt Che Abd Rahim (6 Jun 2016). Pemakanan Sihat Semasa Ramadan (Puasa). Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-sihat-semasa-ramadan-puasa/.

Dr Mercola (15 November 2014). The Dangers of Eating Late at Night. Dimuat turun daripada https://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2014/11/15/dangers-late-night-eating.aspx.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan