backup og meta

Nak Mulakan Diet Eat Clean? Ini 3 Resepi Mudah Dan Simple Untuk 'Beginner'!

Nak Mulakan Diet Eat Clean? Ini 3 Resepi Mudah Dan Simple Untuk 'Beginner'!

Ketika berdiet, ramai yang menyarankan kita untuk pilih makanan yang sihat dan ‘eat clean’. Untuk mereka yang baru sahaja bermula, pasti anda tertanya-tanya mengenai resepi eat clean untuk beginner.

Sebenarnya, ada banyak maksud eat clean. Namun, secara amnya, eat clean bermaksud mengambil makanan dalam bentuknya yang paling semula jadi.

Mereka yang mengamalkan cara pemakanan sebegini selalunya akan menyediakan makanan mereka sendiri dari awal sampai akhir.

Selain itu, mereka juga akan makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, daging pejal, bijirin penuh dan lemak sihat. 

Pada masa yang sama, makanan yang diproses seperti snek dan manisan akan ditinggalkan.

Antara contoh resepi eat clean untuk beginner ialah salad bersama ayam panggang, avokado, kekacang dan hirisan epal. Nampak simple dan sihat bukan!

Mengapa kita perlu eat clean?

resepi eat clean untuk beginner

Rakyat Malaysia terlalu banyak mengambil makanan yang diproses. Walaupun makanan ini mempunyai rasa yang sedap dan mudah untuk disediakan, namun ia boleh menjejaskan kesihatan kita.

Manakan tidak, makanan yang diproses mengandungi banyak bahan sintetik.

Ia juga dipenuhi gula, lemak, garam, bahan kimia, pengawet, pewarna serta bahan tambahan lain yang kita sendiri tidak pasti asal usulnya.

Ada sebabnya mengapa pakar menggalakkan kita untuk eat clean.

Selain dapat mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak tambahan, makanan yang bersih ini mengandungi pelbagai vitamin, mineral, protein yang berkualiti tinggi dan lemak sihat.

Malah, makanan yang berada dalam bentuk semula jadinya juga lebih berkhasiat dan berperisa.

Tip lain untuk eat clean

Selain mengambil makanan dalam bentuk semula jadinya, ada beberapa tip untuk eat clean buat mereka yang baru hendak bermula. Antaranya ialah:

  1. Mengelakkan makanan yang diproses dan dipek, lebih-lebih lagi jika senarai bahannya panjang dan mengelirukan. Bahan-bahan yang disenaraikan di belakang pek makanan sepatutnya mudah untuk dikenal pasti. Jika tidak, ia mungkin mengandungi pelbagai bahan kimia tambahan.
  2. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.
  3. Elakkan pengambilan makanan yang diproses dan berbeza dengan bentuk semula jadinya seperti jus epal, nugget ayam atau kerepek sayur.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis pemprosesan makanan adalah tidak baik.

Sebagai contoh, proses pempasturan dapat memastikan produk tenusu selamat untuk dimakan.

Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran beku juga boleh dimakan jika diproses secara minimal.

Resepi eat clean untuk beginner

Siapa kata penyediaan makanan yang sihat itu susah dan leceh? Tanggapan ini sebenarnya tidak benar sama sekali! Malah, selepas anda membiasakan diri dengan eat clean, semuanya akan siap dan selesai dalam sekelip mata.

Untuk membuatkan hidup anda lebih mudah, pelan menu anda selama seminggu dan penuhkan peti ais dengan makanan yang sihat.

Kebanyakan resepi eat clean menggunakan bahan yang mudah untuk didapati dan tidak perlukan masa penyediaan yang lama.

Untuk mereka yang baru bermula, ini 3 resepi eat clean yang mudah, murah dan menyelerakan!

Makanan sihat 1: Devilled eggs

resepi eat clean untuk beginner

Resepi devilled eggs yang klasik ini bukan sahaja sedap, ia juga sangat bernutrisi dan sesuai untuk mereka yang ingin eat clean. Cara penyediaannya juga mudah dan tidak akan mengambil masa lebih dari 15 minit!

Bahan-bahan:

  •   6 biji telur
  •   ¼ cawan mayones
  •   1 sudu teh mustard
  •   1 sudu teh cuka
  •   3/8 sudu teh garam
  •   1/8 sudu teh lada hitam
  •   1/8 sudu teh paprika

Langkah pertama:

Rebus telur sehingga masak selama 13 minit. Sejukkan telur di dalam mandian ais dan kopek kulitnya.

Langkah kedua:

Potong telur separuh. Asingkan kuning telur ke dalam mangkuk sederhana. Kemudian, tambahkan mayones, cuka, garam dan serbuk lada hitam. Campurkan bahan-bahan ini dan kacau sehingga sebati.

Masukkan sebatian ini ke dalam piping bag dan paipkannya kembali ke dalam telur. Anda boleh taburkan paprika atau serbuk cili ke atas telur tersebut.

Resepi eat clean untuk beginner 2: Tuna bersama salad sayur-sayuran

Campuran tuna dan sayur-sayuran merupakan satu gabungan yang amat luar biasa. Dengan rasanya yang berlemak dan rangup, masakan yang dapat disediakan dalam masa 20 minit ini pasti menjadi kegemaran anda.

Bahan-bahan:

  •   1 sudu cuka
  •   1 sudu garam
  •   ¾ sudu mustard
  •   ¾ sudu madu
  •   Buah epal, dihiris nipis
  •   Lobak putih, dihiris nipis
  •   Ubi bit, dihiris nipis
  •   Potongan ikan tuna
  •   ½ sudu teh lada hitam

Langkah pertama:

Campurkan 2 sudu minyak, cuka, ½ sudu teh garam, mustard dan madu ke dalam mangkuk yang besar. Tambahkan sayur-sayuran yang disukai seperti lobak putih, hirisan epal dan ubi bit. Kacau hingga sebati. Taburkan bijan ke dalam salad tersebut.

Langkah kedua:

Panaskan sedikit minyak. Sapukan tuna dengan lada sulah dan garam sebelum meletakkannya ke atas kuali panas. Masak ikan sehingga siap. Kemudian, potong ikan tuna dengan nipis dan hidangkannya di atas salad.

Resepi eat clean untuk beginner 3: Ayam panggang dengan ubi keledek

resepi eat clean untuk beginner

Hidangan ini merupakan salah satu resepi eat clean untuk beginner yang mudah dan mengenyangkan. Anda boleh masak hidangan ini di dalam oven sahaja!

Bahan-bahan:

  •   Kubis Brussel, dipotong separuh
  •   Ubi keledek, dipotong dadu
  •   2 sudu teh minyak zaitun
  •   Steak daging
  •   2 sudu teh thyme
  •   1 sudu teh garam
  •   ¾ sudu teh lada hitam

Langkah 1

Sediakan pemanggang atau gunakan oven dalam mod ‘broil’.

Langkah 2

Letakkan kubis Brussel dan ubi keledek di atas kertas pembakar. Gaul dengan 1 sudu minyak dan ratakannya.

Sapu steak dengan 1 ½ minyak dalam oven di atas sayuran. Taburkan 1 sudu teh daun thyme, ½ sudu teh garam dan ½ sudu teh lada.

Langkah 3

Panggang selama 10 minit. Kemudian, pusingkan steak tersebut. Sapu lebih banyak minyak dan taburkan lebih banyak thyme, garam dan lada. Panggang lagi selama 5 minit atau selama mana yang anda inginkan.

Langkah 4

Alihkan steak dari oven dan biarkan ia selama 5 minit. Potong steak tersebut dan letakkan sayuran di dalam mangkuk. Tuang air daging dan gaulkan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What does it mean to eat clean? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/what-does-it-mean-to-eat-clean/art-20270125. Accessed on 4 Feb, 2022. 
  2. What is ‘clean eating’ and should I be doing it? https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/ask-the-expert/clean-eating. Accessed on 4 Feb, 2022.
  3. Clean eating: What does that mean? https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/clean-eating-what-does-that-mean. Accessed on 4 Feb, 2022.
  4. The Health Benefits of Eggs. https://www.australianeggs.org.au/nutrition/health-benefits. Accessed on 4 Feb, 2022.
  5. Eggs. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/eggs/. Accessed on 4 Feb, 2022.

Versi Terbaru

17/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Semua Makanan Mekdi Tak Sihat? Anda Silap! Ada 6 Menu Yang Rendah Kalori

Nak Cepat Kurus? Ini 31 Jenis Makanan Diet Berkesan Turunkan Berat Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan