brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Resepi Bubur Nasi Ala Restoran, Parents Boleh Cuba Sendiri Di Rumah!

Bagi penggemar makanan segera, pernah tak anda membeli bubur? Jika menyukainya, sudah tentu anda terfikir untuk membuat bubur ini di rumah. Tetapi tidak tahu resepi bubur? 

Resepi Bubur Nasi Ala Restoran, Parents Boleh Cuba Sendiri Di Rumah!

Dalam perkongsian artikel ini, ada resepi yang boleh anda cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

bubur mcd

Cara penyediaan bubur nasi biasa

Adakah sama cara penyediaan bubur nasi biasa dengan bubur? Jom kita tengok!

Untuk membuat bubur nasi, biasanya beras akan direbus bersama sedikit garam dan minyak. Kemudiannya adunan akan direneh menggunakan api yang perlahan sehingga butir beras pecah.

Konsistensi dan perisa dalam bubur adalah berbeza-beza bergantung kepada adat budaya tempatan. 

Untuk mengubah konsistensi bubur nasi, cara yang biasa dilakukan adalah dengan mengubah jumlah air yang digunakan untuk merebus beras. Semakin rendah nisbah air kepada beras, maka hasilnya konsistensi bubur akan lebih pekat.

Tempoh memasaknya juga boleh menjadi berbeza-beza. Jika masa memasak adalah singkat, ia biasanya akan menghasilkan konsistensi yang kelihatan seperti memakan nasi bersama sup. 

Jadi dalam penghasilan bubur nasi ini boleh dikatakan sebagai satu proses yang panjang. Memerlukan sekurang-kurangnya tempoh masa 30 minit untuk memasak, bahkan mungkin lebih lama daripada itu.

Setelah bubur nasi siap dimasak, ia boleh ditambah dengan bahan-bahan lain seperti hirisan sayuran, daging atau sos. Ada juga yang menggunakan stok rebusan air sebagai bahan penambahan rasa pada bubur semasa memasaknya.

Di luar Asia, hidangan seperti ini agak kurang biasa untuk dihidangkan. Namun dikatakan dalam sesetengah budaya Eropah, terutamanya di Scandinavian terdapat hidangan seakan bubur.

Tetapi di sana ia adalah hidangan manis, di mana nasi di masak dalam susu dan bukannya menggunakan air, seperti di sini. 

Di sana, hidangan ini dipanggil sebagai puding nasi dan bukannya bubur nasi. Ada juga yang mungkin memasukkan gula atau rempah seperti kayu manis. 

Masa yang sesuai untuk menikmatinya 

Bubur nasi dianggap sebagai comfort food, makanan sihat dan hidangan disyorkan buat mereka yang sakit. Ini berkemungkinan kerana ia mudah untuk dikunyah, dihadam dan ditelan. 

Selain itu, ia juga dapat memanaskan badan kerana sering dihidangkang ketika panas.

Bubur Timur vs Bubur Barat

Sebelum Hello Doktor kongsikan resepi bubur, adakah anda tahu, di Barat pun ada ‘bubur’ juga.

Namun berbeza pula dengan Barat, apabila disebut bubur atau porridge ia lebih kepada hidangan sarapan pagi.

Ini kerana bubur tersebut dihasilkan dengan menggunakan oat bersama air atau susu. Ia kemudiannya dicampur dengan pelbagai rempah, buah-buahan dan pemanis yang berbeza seperti madu mengikut citarasa individu.

bubur mcd

Resepi bubur anda boleh cuba

Sudah bersedia untuk memasak bubur? Ayuh kita mulakan! 

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping dada ayam
  • 1 ½ pot beras – dicuci dan ditoskan
  • 1 ½ inci halia – dihiris nipis-nipis
  • 2 kiub pati ayam
  • Air secukupnya
  • Minyak bijan 
  • Daun bawang – dihiris
  • Lobak merah – dipotong dadu 
  • Garam – mengikut keperluan
  • Cili merah – dihiris untuk hiasan
  • 1 sudu teh lada sulah – ikut selera
  • Bawang goreng – untuk hiasan
  • Daun bawang – untuk hiasan

Cara penyediaan resepi bubur:

bubur mcd

  1. Didihkan air secukupnya. Rebus ayam hingga empuk dan masukan kiub pati ayam.
  2. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan ditos airnya.
  3. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk rebusan ayam. Masak hingga beras kembang.
  4. Masukkan lobak merah. Anda juga boleh memasukkan fishcake – untuk menjadikan rasa bubur lebih sedap
  5. Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan isi ayam yang direbus tadi.
  6. Apabila bubur sudah hampir masak, masukkan pula hirisan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa. 
  7. Jika menyukai bubur dengan rasa sedikit pedas, anda boleh masukkan serbuk lada sulah.
  8. Akhir sekali, masukkan sebahagian ayam yang dicarik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati dan tutup api.
  9. Untuk hidangan, masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan ayam carik tadi.
  10. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah dengan secukupnya.
  11.  Jika suka, anda boleh titiskan sedikit minyak bijan. Bubur ala siap untuk dihidangkan.

Jika inginkan sedikit kelainan, anda juga boleh menambah telur masin atau lobak masin.

Buat penggemar bubur, bolehlah anda try memasak resepi diatas. Selamat mencuba! 

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu