backup og meta

Ayam atau Ikan, Mana Satu Yang Lebih Sihat Dan Berkhasiat? Semak Di sini!

Ayam atau Ikan, Mana Satu Yang Lebih Sihat Dan Berkhasiat? Semak Di sini!

Ayam atau ikan? Itulah dilema yang mungkin menghantui fikiran setiap kali ingin memilih menu makanan. Mana satu lebih sihat dan berkhasiat? Mari kita merungkai persoalan tersebut.

Ayam

Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.

Jika anda ingin fokus kepada menambah jisim otot tanpa kalori yang tinggi, ayam adalah pilihan yang baik sebagai sumber protein. Namun, sebaiknya adalah membeli ayam tanpa kulit untuk pilihan yang lebih sihat. Selain itu, ayam juga kaya dengan vitamin B.

Salah satu daripada isu yang timbul adalah banyak ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik dan hormon pembesaran. Ayam yang dijual mungkin tidak 100% semula jadi. Oleh itu, sila berhati-hati dalam memilih jenis ayam.

Ikan

Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega 3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.

Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.

Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Menurut Food and Drug Administration (FDA), beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.

Apakah pilihan terbaik?

Realitinya, tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua jenis nutrien kepada badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan bagi memastikan semua jenis nutrien dapat diperoleh. Sama juga seperti ayam dan ikan. Jika ingin dibandingkan, kedua-duanya tidak jauh berbeza. Kemungkinan ikan mendahului ayam dari sudut omega 3.

Walau bagaimanapun, mengambil kedua-duanya secara bergilir adalah cara yang terbaik agar khasiat daripada keuda-duanya dapat dimanfaatkan. Tapi jangan sampai berlebihan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chicken vs Fish: Which is Really Better for You? – https://www.cheatsheet.com/health-fitness/chicken-vs-fish-really-better.html/

Nutrients in Fish vs Chicken – https://healthyeating.sfgate.com/nutrients-fish-vs-chicken-1483.html

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Resipi Sambal Penyet Bikin Ketagih, Ada Juga Resipi Ala Khairul Aming Yang Sedap Meletop!

Teringin Nak Makan Kek Tapak Kuda Viral? Buat Sahaja Di Rumah, Resipi Mudah & Sihat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan