backup og meta

Makanan Pedas dan Peningkatan Risiko Menghidap Demensia

Makanan Pedas dan Peningkatan Risiko Menghidap Demensia

Trend menikmati makanan yang pedas atau ‘over spicy’ bukanlah satu trend yang baharu. Sepertimana trend-trend lain, trend memakan makanan pedas juga mempunyai musim atau turun naiknya. Terdapat pelbagai cabaran memakan makanan pedas yang sering diuar-uarkan di media sosial yang pada akhirnya menjadi satu trend atau seolah-olahnya sebagai satu kewajipan bagi pengikut-pengikut media sosial. Tetapi tahukah anda, terdapat satu lagi kesan yang mengejutkan akibat memakan makanan yang pedas selain daripada mengakibatkan sakit perut? Penyelidikan terbaru yang melibatkan University of South Australia menunjukkan pemakanan makanan pedas boleh dikaitkan dengan demensia.

Kajian yang dijalankan selama 15 tahun terhadap seramai 4,582 orang dewasa Cina berusia lebih dari 55 tahun mendapati, terdapat bukti penurunan kognitif yang lebih cepat dalam kalangan mereka yang memakan lebih daripada 50 gram cili sehari secara konsisten. Penurunan memori berlaku dengan lebih ketara sekiranya pemakan cili tersebut adalah seorang yang kurus.

Kajian yang diketuai oleh Dr Zumin Shi dari Universiti Qatar menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan lebih daripada 50 gram cili sehari mempunyai dua kali ganda risiko penurunan memori dan kognisi yang kurang baik.

Menurut beliau lagi, penggunaan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu. Namun, dalam kajian ini, mereka telah mendapati terdapat kesan buruk terhadap kognisi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Ahli epidemiologi University of South Australia, Dr Ming Li, yang merupakan salah seorang daripada lima orang penyelidik yang terlibat dalam kajian tersebut berkata, pengambilan cili tersebut termasuklah kedua-dua cili segar dan kering tetapi tidak termasuk lada benggala atau lada hitam.

Menurut Dr Ming Li, cili adalah salah satu rempah yang paling biasa digunakan di dunia dan sangat popular di Asia berbanding negara-negara Eropah. Menurut beliau lagi, di kawasan tertentu di China, seperti Sichuan dan Hunan, hampir satu daripada tiga orang dewasa mengambil makanan pedas setiap hari.

Capsaicin adalah komponen aktif dalam cili yang dilaporkan mempercepat metabolisma, kehilangan lemak dan menghalang gangguan pembuluh darah. Walau bagaimanapun, kajian terbaharu ini merupakan kajian longitudinal yang pertama untuk mengkaji hubungan antara pengambilan cili dan fungsi kognitif.

Mereka yang makan banyak cili mempunyai pendapatan dan indeks jisim badan (BMI) yang lebih rendah dan lebih aktif secara fizikal berbanding mereka yang bukan penggemar cili. Penyelidik menyatakan bahawa mereka yang mempunyai berat badan normal mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan cili berbanding daripada individu yang berlebihan berat badan, oleh itu memberi kesan terhadap ingatan dan berat badan. Tahap pendidikan juga boleh memainkan peranan dalam penurunan kognitif dan perkaitan atau hubungan ini memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Bagaimana cili menyebabkan rasa ‘panas’

Bahan yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rasa ‘hot and spicy’ pada cili adalah capsaicin. Capsaicin menyebabkan rasa panas dan berempah ini dengan mengaktifkan saraf trigerminal di samping merangsang reseptor deria rasa yang biasa. Rasa pedas itu hasil daripada pengaktifan saraf yang mengekspresikan reseptor TRPV1 dan juga reseptor TRPA1. Selain capsaicin, terdapat juga beberapa kompaun semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang lain yang berupaya untuk memberikan rasa pedas dan panas yang sama. Antaranya adalah piperine dalam lada hitam, gingerol dalam akar halia dan juga kompaun allyl isothiocyanate dalam lobak kuda.

Sekiranya anda mempunyai rakan mahupun keluarga yang berketurunan Eropah, anda mungkin akan menyedari bahawa mereka mempunyai daya tahan yang sangat rendah terhadap makanan pedas. Oleh sebab itu, diet dan makanan dalam budaya mereka tidak mempunyai elemen pedas ataupun penggunaan bahan pedas yang banyak. Walaupun di kedai makanan segera mereka juga, tidak terdapat sos pedas sebagai pilihan, yang ada hanyalah sos tomato (ketchup). Pemerhatian ini mungkin akan menyebabkan anda berasa hebat berbanding mereka kerana anda boleh mengambil makanan pedas dengan bersahaja. Namun yang demikian, terdapat individu lain yang boleh mengambil makanan yang jauh lebih pedas daripada anda dengan penuh bersahaja, menunjukkan daya tahan yang lebih tinggi terhadap ‘kepanasan’ dalam hidangan dan makanan mereka.

 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/07/190722105939.htm/

Cili: Bagaimana Ianya Mempengaruhi Kesihatan Anda

Versi Terbaru

15/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan