backup og meta

Apakah Makanan Tajamkan Minda Yang Sesuai Untuk Anak Menduduki Peperiksaan?

Apakah Makanan Tajamkan Minda Yang Sesuai Untuk Anak Menduduki Peperiksaan?

 Risau anak menduduki peperiksaan? Ini makanan tajamkan minda yang boleh memberikan rangsangan tenaga yang anda perlukan untuk menghadapi ujian.

Adakah anda tahu, makanan juga boleh membantu daya ingatan anak anda dan melawan keletihan? Berikut adalah beberapa makanan yang anak anda harus cuba untuk otak yang lebih optima.

makanan tajamkan minda

Apa Makanan Tajamkan Minda Yang Patut Dimakan?

Hanya mengunyah pada makanan ini boleh membantu anak anda meningkatkan tumpuan dan tenaga:

Gula

Segelas sesuatu yang manis untuk minum boleh memberi rangsangan jangka pendek kepada ingatan, pemikiran, dan keupayaan mental.

Gula boleh diproses menjadi glukosa, yang akan menjana badan anak anda. Walau bagaimanapun, seperti makanan yang diproses, karbohidrat seperti gula dan tepung putih perlu ditambah sedikit dalam pemakanan.

Memilih gandum dan karbohidrat kompleks adalah makanan tajamkan minda yang bagus bagi memastikan bahawa tubuh anak anda mendapat manfaat sepenuhnya supaya dapat menambah serat dalam diet.

Protein tanpa lemak

Memilih daging tanpa lemak seperti ayam dan ikan boleh tajamkan minda anak anda.

Elakkan daging merah kerana ia akan menambah lemak tepu untuk diet anak anda. Lemak ini akan membuatkan anak anda berasa lembap dan letih.

Makanan yang lebih lazat seperti ayam dan ikan, masih boleh menyediakan protein yang berkualiti, dan mengandungi kurang lemak untuk badan anak anda.

Asid omega-3 yang terdapat dalam daging tanpa lemak mempunyai kuasa otak yang luar biasa. Diet makanan otak ini, telah dikaitkan dengan risiko demensia dan strok yang lebih rendah dan penurunan mental yang perlahan.

Di samping itu, ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan ingatan, terutamanya apabila semakin berusia.

Kacang sebagai makanan tajamkan minda 

makanan tajamkan minda

Ramai orang memilih kacang sebagai snek kegemaran anak mereka semasa belajar lewat malam, boleh makan begitu sahaja. 

Kacang dapat membekalkan lebih tenaga kerana ia mengandungi lebih nutrien di samping meningkatkan imuniti badan. 

Kacang dan bijian adalah sumber vitamin E antioksidan, yang dikaitkan dalam beberapa kajian untuk mengurangkan penurunan kognitif semasa anak anda berumur.

Ia menghilangkan keletihan dan mengelakkan kelaparan. Kacang sebagai makanan tajamkan minda yang membekalkan tenaga termasuk badam, kacang Brazil, gajus, hazel, pecan, dan walnut.

Avokado

Setiap organ dalam badan bergantung kepada aliran darah, terutama jantung dan otak.

Diet yang tinggi dalam biji-bijian dan buah-buahan seperti avokado boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kolesterol tidak baik lebih rendah. Ini akan mengurangkan risiko pembentukan plak dan meningkatkan aliran darah.

Buah avokado boleh dibuat jus dan adalah baik untuk makanan otak.

Bijirin penuh

Seperti semuanya di dalam badan anak anda, otak tidak boleh bekerja tanpa tenaga. Keupayaan untuk menumpukan perhatian dan fokus datang daripada bekalan tenaga yang mencukupi iaitu dalam bentuk glukosa. Kemudian, mengalir di dalam darah langsung ke otak.

Penyelidikan daripada Pusat Perubatan Universiti Columbia di New York City menunjukkan bahawa bijirin boleh dikaitkan dengan memori, yang dapat dipertingkatkan.

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak di sini

Apa Yang Perlu Lakukan Selain Memilih Makanan Tajamkan Minda?

makanan tajamkan minda

Selain makanan, ada cara lain untuk meningkatkan memori dan tenaga anak anda:

Pertimbangkan makanan tambahan 

Jika diet anak anda tidak seimbang atas apa-apa sebab, anda mungkin mahu mempertimbangkan multivitamin dan mineral kompleks dan suplemen asid lemak omega-3 sebagai makanan otak anak anda.

Berunding dengan doktor pakar pemakanan atau homeopati bagi membantu anak anda memulakan pengambilan makanan tambahan. Pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai semua suplemen pemakanan yang anda sedang mempertimbangkan.

Latihan

Kajian menunjukkan bahawa senaman yang kerap adalah penting. Jangan lupa bahawa di samping pemakanan yang sihat, senaman dapat membantu untuk meningkatkan kekuatan otak.

Kajian menunjukkan bahawa senaman meningkatkan fungsi kognitif, melambatkan proses penuaan mental dan membantu kita memproses maklumat dengan lebih berkesan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 9 Foods That May Help Save Your Memory. http://www.health.com/health/gallery/0,,20434658,00.html. Accessed August 29, 2016.
  2. 10 foods to boost your brainpower. http://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/10-foods-boost-your-brainpower. Accessed August 29, 2016.
  3. Foods That Beat Fatigue. http://www.healthline.com/health/food-nutrition/foods-that-beat-fatigue. Accessed August 29, 2016.
  4. Slideshow: Brain Foods That Help You Concentrate. http://www.webmd.com/add-adhd/ss/slideshow-brain-foods-that-help-you-concentrate. Accessed August 29, 2016.
  5. Mayo Clinic Minute: Brain food for kids. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/mayo-clinic-minute-brain-food-for-kids/. Accessed May 26, 2022.

Versi Terbaru

27/05/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Apakah Makanan Tajamkan Minda Yang Sesuai Untuk Anak Menduduki Peperiksaan?

Peperiksaan dan Perkembangan Kanak-kanak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan