Betul Ke Minum Susu Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Klinik Mayo telah mendapati bahawa mereka yang kerap mengambil makanan tenusu berisiko untuk mendapat kanser prostat.

Hah, betul ke? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

Peningkatan kalsium punca kanser prostat

Baru-baru ini, penelitian terhadap 47 kajian terdahulu berkaitan dengan hubungan di antara corak pemakanan dan punca kanser prostat telah dijalankan oleh sekumpulan pakar di Klinik Mayo.

Menurut mereka, melalui dapatan kajian ini, mereka yang mengambil makanan atau minuman tenusu secara kerap boleh menyebabkan peningkatan faktor tumbesaran insulin (IGF).

Ini akan mendorong terjadinya rantaian reaksi kesan daripada interaksi hormon tersebut dengan sel, mengakibatkan peningkatan jumlah kalsium di dalam badan. 

Rekomendasi terkini adalah untuk setiap individu mendapatkan sekurang-kurangnya 700 mg kalsium (3 gelas susu) bagi menggalakkan perkembangan tulang yang sihat.

Baca juga:

makanan tenusu

Namun, menurut kajian yang dijalankan oleh Skinner dan Schwartz pada tahun 2008, lelaki yang mempunyai kadar kepekatan kalsium yang tinggi (melebihi kadar normal) berisiko untuk mendapat kanser prostat maut.

Ini merupakan dapatan kajian yang dapat membantu mengenal pasti risiko individu terhadap diagnosis kanser tersebut.

Ia bertujuan untuk menggalakkan rawatan awal seperti perubahan gaya hidup dan rawatan farmakologikal sebelum keadaan tersebut menjadi lebih parah. 

Hasil daripada penelitian oleh pakar-pakar tersebut, mereka berpendapat bahawa lelaki yang mengambil makanan tenusu secara kerap mempunyai risiko setinggi 76% untuk mendapat kanser tersebut.

Kelemahan dapatan kajian 

Meskipun data yang diberikan oleh kajian berkenaan dengan kadar pengambilan makanan tenusu dan prostat kanser ini kelihatan seperti boleh dipercayai, ia mempunyai beberapa kelemahan.

Menurut Tom Sanders, Profesor Emeritus Diet dan Nutrisi, insiden kejadian kanser prostat kian meningkat di Asia Timur dan Asia Tenggara.

Dua benua tersebut mempunyai kadar pengambilan bahan tenusu yang rendah. Ini menunjukkan bahawa faktor utama kepada peningkatan jumlah kes kanser prostat adalah faktor gaya hidup. 

Tambahan pula, kajian ini melihat kepada dapatan kajian-kajian yang dibuat pada tahun sebelumnya yang lebih tertumpu kepada kesan makanan tertentu terhadap risiko kanser prostat.

Mereka tidak mengambil kira faktor lain yang berkemungkinan boleh memberi impak kepada dapatan kajian.

Anda mungkin berminat:

3 Selebriti Popular Yang Berjaya Sembuh Lepas Menghidap Kanser Prostat

Terdapat juga kajian-kajian lain yang merumuskan bahawa tiada hubungan berkaitan dengan kecenderungan seseorang untuk mengambil makanan tenusu dan risiko untuk mendapat kanser prostat.

Jadi, buat para pembaca, anda tidak digalakkan untuk mengubah corak pengambilan makanan berkalsium hanya kerana kajian ini menyatakan sedemikian.

Kalsium merupakan mikronutrien yang penting dalam memastikan proses fisiologikal badan yang optimum.

Konklusi

Kajian lanjut perlu dibuat bagi memastikan kesahihan kajian-kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan topik ini.

Kanser prostat merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan lelaki dan ia boleh menyebabkan penurunan tahap kualiti hidup.

Ia dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor, maka sukar untuk kita mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang boleh menyebabkan batu karang buah pinggang? Apakah jenis makanan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Batu Karang, Urologi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off terlalu awal atau lewat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kolesterol lemak

Apa Itu Kolesterol? Ini Maklumat Mengenainya Yang Wajib Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
amalan gaya hidup sihat

Ini 10 Amalan Perlu Buat Ketika Menginjak Usia Emas

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 4 minit bacaan
hormon androgen lelaki

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah sembelit selepas menopaus

SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan