backup og meta

8 Manfaat Minyak Ikan, Bukan Hanya Baik Untuk Otak Sahaja!

8 Manfaat Minyak Ikan, Bukan Hanya Baik Untuk Otak Sahaja!

Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian, bukan?

Tetapi adakah anda benar-benar memahami apa khasiat minyak ikan untuk anda?

Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat sila dapatkannya di sini.

Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan atau fish oil adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi. 

Kebiasaannya, 30% fish oil terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain.

Minyak ikan omega-3 untuk kolesterol juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D. 

Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam mineral ini menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.

Sumber omega-3 utama dalam fish oil adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).

Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.

Ikan, suplemen atau tumbuhan?

kebaikan fish oil
Kelebihan mengambil suplemen fish oil.

Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.

Pilihan makanan lain selain ikan yang turut mengandungi beberapa asid lemak omega-3 adalah termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya.

Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat kesihatan dan jantung yang lebih sihat daripada memakan makanan ini tidaklah sekuat daripada memakan ikan.

Bagi seorang individu dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan.

Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi individu wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

Kepelbagaian manfaat kesihatan minyak ikan

Kebaikan minyak ikan omega 3 #1 Jantung dan darah

Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Kebiasaannya minyak ikan omega-3 untuk kolesterol digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.

Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.

Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung. 

#2 Buah pinggang

Khasiat minyak ikan juga dapat membantu mengatasi pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.

Kebaikan minyak ikan omega 3 untuk otak

Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.

minyak ikan
Manfaat ikan keli untuk kesihatan.

Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?

Jika anda bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

Apa yang anda perlu tahu jika ingin berikan minyak ikan untuk kanak kanak?

jenis fish oil
Contoh diet yang sihat untuk kanak-kanak.

Jika anda memutuskan untuk menambah minyak ikan untuk kanak kanak anda dalam diet mereka, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh anda, antaranya adalah seperti:

  • Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A – adalah sejenis vitamin larut lemak – yang  jika kandungannya terlalu banyak atau tinggi, melebihi tahap normal, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesukaran dalam peryingkiran dari badan berbanding vitamin larut air yang mudah disingkirkan melalui air kencing. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian
  • Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit
  • Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil
  • Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms phenylketonuria.https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/phenylketonuria/symptoms-causes/syc-20376302. Accessed 28 Jun 2019.
  2. Should you be taking an omega 3 supplement. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/should-you-be-taking-an-omega-3-supplement. Accessed 28 Jun 2019.
  3. Fish oil friend or foe. https://healthyfocus.org/fish-oil-benefits/Accessed 28 Jun 2019.
  4. Fish oil. https://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-2019/fish-oil.html. Accessed 28 Jun 2019.
  5. Fish oil and omega 3. https://www.nationaljewish.org/conditions/medications/supplements/fish-oil-and-omega-3. Accessed 28 Jun 2019.

 

 

 

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Minyak Ikan Kaya Dengan Asid Lemak Omega-3, Salah Satu Manfaatnya, Baik Untuk Jantung!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan