home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan?

Bolehkah Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan?

Jika anak anda tidak berminat untuk makan ikan berlemak seperti salmon atau sardin, beberapa kali seminggu, apa kata jika anda berikan pada mereka suplemen minyak ikan setiap hari.

Mengapa anak saya perlu ambil suplemen minyak ikan?

Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 (khususnya DHA dan EPA) yang dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Ikan perairan laut sejuk – juga dipanggil sebagai ikan berlemak – mengandungi jumlah omega-3 yang paling tinggi. Secara amnya, inilah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak mendapatkan nutrien daripada makanan. Akan tetapi, ikan yang mereka makan mungkin tidak menyediakan amaun omega-3 yang secukupnya, apatah lagi kanak-kanak tidak boleh makan ikan yang tinggi merkuri. Pakar menyarankan supaya kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 8 tahun perlu makan 93,31g hingga 186,62g ikan dan jenis makanan laut lain dalam seminggu. Sementara itu, kanak-kanak dari usia 9 tahun ke atas pula perlu mengambil 248,83g hingga 311,03g ikan dan makanan laut setiap minggu. Bagaimanapun, jika anda ingin cuba memberikan anak makanan tambahan atau suplemen, anda perlu ingat bahawa pemberian suplemen tidak akan memberikan manfaat yang sama seperti jika mereka makan ikan.

Anda boleh menawarkan anak suplemen omega-3 dalam bentuk cecair, kunyahan lembut, dan gel lembut. Suplemen omega-3 adalah bebas merkuri. Kebanyakan suplemen omega-3 adalah berasaskan minyak ikan. Bagaimanapun, merkuri tidak wujud dalam tisu lemak. Oleh itu, anda hampir tidak menjumpai merkuri dalam suplemen omega-3. Suplemen omega-3 yang lain diperbuat daripada alga berbanding ikan. Jadi, suplemen ini tidak mengandungi merkuri dan juga tidak hanyir- amat sesuai untuk golongan vegetarian. Cuma, anda perlu pastikan sebarang jenama suplemen omega-3 yang anda pilih menapis minyak untuk membuang toksin-toksin seperti PCB.

Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3

– Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.

– Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

– Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.

– Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Should my children be taking fish oil supplements?.
http://www.babycenter.com/404_should-my-children-be-taking-fish-oil-supplements_10326579.bc. Accessed January 9, 2017.

Can I give my toddler omega-3 fish oil supplements. http://www.babycentre.co.uk/x560988/can-i-give-my-toddler-omega-3-fish-oil-supplements. Accessed January 9, 2017.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x