backup og meta

Adakah Sayur Mengandungi Protein?

Adakah Sayur Mengandungi Protein?

Kebanyakan orang percaya bahawa sayur-sayuran kaya dengan serat dan vitamin tetapi mengandungi sedikit atau tiada protein. Walau bagaimanapun, kefahaman ini adalah tidak benar kerana sayur-sayuran mengandungi beberapa dan selalunya banyak protein. Berikut adalah senarai sayur-sayuran yang anda perlu masukkan dalam pelan pemakanan anda.

Berapa banyak protein yang benar-benar diperlukan?

Mengikut rujukan diet, protein yang diperlukan adalah 0.8g bagi setiap kilogram berat badan. Jumlah ini tidaklah terlalu besar dan mudah untuk dipenuhi dengan mengambil sayur.

Apakah sayur yang tinggi protein?

Kacang soya

Secawan kacang soya yang dimasak memberikan sejumlah 28.6g protein. Kacang soya mengandungi serat larut yang menggalakkan proses pencernaan. Di samping itu, mereka juga mempunyai lemak tidak tepu yang baik untuk sistem kardiovaskular.

Lentil

Lentil adalah salah satu agen protein terbaik. Setiap cawan kacang merah dimasak mengandungi 18 gram protein, menyediakan 230 kalori. Selain itu, lentil adalah sumber yang baik bagi serat dan mineral seperti zat besi, fosforus, thiamin, asid folik.

Kacang lima

Kacang lima kaya dengan nutrisi kerana 100g daripadanya mengandungi 6.84g protein. Juga, ia adalah sumber yang baik bagi kalium, serat, dan zat besi.

Kacang

Secawan kacang mengandungi 9g protein. Ia adalah sumber yang baik bagi vitamin A, B, C, zat besi, dan juga asid folik. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Brokoli

Brokoli mengandungi 2.8g protein bagi setiap cawan. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C dan K yang boleh mengurangkan risiko kanser.

Asparagus

Setiap 100g asparagus mengandungi 2.4 g protein. Asparagus juga kaya dengan vitamin K serta antioksida dan kalium.

Ia sangat lazat sama ada dikukus, dipanggang atau dibakar.

Jagung manis

100g jagung manis mengandungi 3.3g protein. Ia boleh didapati dalam kedua-dua bentuk, segar dan beku.

Cendawan

Cendawan mempunyai rasa yang enak dan diletakkan dalam banyak hidangan seperti pizza. Selain itu, ia kaya dengan protein, kalium dan bahan-bahan lain yang membantu melawan penyakit.

Kentang

Kentang kaya dengan protein, vitamin C dan B6. Setiap kentang sederhana bersama kulit mengandungi 5g protein.

Berikut adalah senarai beberapa sayur-sayuran yang kaya dengan protein

Sayur Jumlah protein dalam 100g
Kacang soya

Kacang lima

Kacang

Kale

Brokoli

Cendawan

Mange tout

Jagung manis

Bayam

Parsley

Baby zucchini

Rebung

Asparagus

Air selada

Kubis bunga

13.1

6.8

5.4

4.3

3.8

3.6

3.5

3.3

3.0

3.0

2.7

2.6

2.4

2.3

1.9

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

27 Vegetables Highest in Protein. https://www.healthaliciousness.com/articles/vegetables-high-in-protein.php Accessed January 20, 2017

8 High-Protein Vegetables. http://www.bodybuilding.com/content/8-high-protein-vegetables.html Accessed January 20, 2017

Vegetables High in Protein: 19 Veggies and How to Eat More. http://www.healthline.com/health/food-nutrition/19-high-protein-vegetablesAccessed January 20, 2017

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan