backup og meta

5 Petua Pemakanan untuk Pesakit Autisme

5 Petua Pemakanan untuk Pesakit Autisme

Khasiat yang mencukupi memberikan anak anda badan yang kuat dan minda yang cerdas. Berbincang tentang autisme, pemakanan yang sihat boleh mengurangkan simptomnya. Jika anda memikirkan tentang diet anak anda, artikel ini akan menyediakan tips yang berguna kepada anda.

Mencuba makanan baru

Sekiranya anak anda mempunyai autisme, mereka amat peka terhadap rasa, bau, warna atau tekstur makanan yang mereka makan. Anak anda mungkin tidak suka makanan tertentu kerana dia tidak suka kepada warna makanan tersebut, atau mungkin juga dia tidak suka kepada bau makanan tersebut. Maka, untuk mencuba menu yang baru adalah sangat sukar. Dalam situasi ini, janganlah terlalu memaksa anak anda.

Anda boleh menggunakan cara yang berikut: bawa anak anda ke pasar raya membeli-belah dan suruh dia pilih makanan yang dia suka. Apabila anda berada di rumah, lihat kepada resipi makanan tersebut dan cuba menyediakannya dengan bahan yang berkhasiat. Sekiranya anak anda tidak menyukainya, ini adalah normal. Dia mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan menu yang baru.

Tepati waktu makan

Waktu makan adalah agak sukar kepada kanak-kanak autisme. Anak anda mungkin berasa tidak selesa dengan cahaya lampu, susunan perabot, atau perkara-perkara lain di dapur.

Jadikanlah waktu makan sebagai rutin harian. Anda boleh cuba menyediakan makanan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengurangkan stres anak anda. Anda haruslah bertimbang rasa terhadap keadaan anak anda dan cuba untuk memudahkan waktu makan dia. Lampu lilin mungkin adalah lebih baik berbanding lampu yang terang. Biarkan anak anda menikmati makanan kegemarannya atau biar dia memilih menu yang digemari, atau tempat duduknya. Ini akan menjadikan dia berasa selesa.

Diet khas

Memikirkan tentang diet khas kepada anak anda, terdapat diet tertentu yang boleh mengurangkan simptom autisme. Makanan yang mengandungi soya, gluten, atau kasein boleh memburukkan simptom anak anda. Dalam keadaan ini, elakkan produk yang mengandungi bahan ini. Terdapat pendapat yang mengatakan diet bebas kasein dan gluten adalah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak autisme. Anda harus mencubanya.

Baca label

Memeriksa label pada makanan yang ingin dibeli membantu anda mengetahui kandungan di dalam pakej tersebut: bahan-bahan, nutrisi atau bahan kimia makanan. Anda boleh mengetahui makanan manakah yang kaya dengan vitamin, mineral, protein, lemak atau fiber. Anda boleh menyediakan makanan yang seimbang untuk anak anda. Anda juga boleh mengelakkan makanan yang terkandung bahan yang menjadikan autisme bertambah teruk (gluten, kasein sebagai contoh) kerana kadangkala sumber bahan ini tersembunyi.

Dapatkan bantuan daripada golongan profesional

Doktor, ahli nutrisi, atau ahli dietitian boleh memberikan nasihat yang berguna. Mereka arif tentang nutrisi dan mereka boleh membantu anak anda. Tanyalah mereka sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang diet anak anda. Mereka juga boleh membantu anda menjadikan waktu makan lebih mudah dan menyeronokkan, kerana mereka mengetahui keadaan anak anda. Dan ia adalah normal sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membesarkan anak yang mempunyai keperluan yang istimewa.

Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak, terutamanya golongan yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu seperti autisme. Berpandukan petua-petua yang berguna ini, anda boleh membantu anak anda mendapatkan makanan berkhasiat yang boleh mengurangkan simptom autismenya.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

02/12/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Apa Punca Anak Jadi Autisme? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Fahami

Dua Makanan yang Perlu Dielakkan Pesakit Autisme


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan