backup og meta

Fast Food Boleh Jadikan Anda Lebih Kurus? Betul Ke?

Seorang pemuda bernama Shamil telah berkongsi ciapan di akaun Twitter miliknya berkenaan pengalamannya yang berjaya menurunkan berat badan walaupun mengambil fast food seperti Ayam Goreng McDonald (McD). Ya, ternyata jejaka ini berjaya menurunkan berat badannya daripada 90 kg kepada 59 kg dalam tempoh 67 hari dan masih menikmati keenakan Ayam Goreng McD dalam tempoh tersebut. Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial sehingga mendapat sebanyak 7,331 likes dan 5,408 retweets. Persoalannya, adakah benar makan fast food boleh menurunkan berat badan seseorang individu? Ikuti penjelasan yang lebih lanjut di bawah ini.

  1. Kira kalori sehari.

Dalam perkongsian di Twitter, Shamil menerangkan bahawa dia membuat perkiraan pengambilan kalori harian walaupun dia mengambil fast food dalam dietnya. Menurutnya, dia hanya makan mengikut jumlah kalori iaitu 1,800 kalori setiap hari. Dan, memandangkan dia tidak melakukan senaman setiap hari, jadi dia hanya mengambil sebanyak 1,500 kalori sahaja dalam sehari. Contohnya, jika dia mengambil McD yang memiliki kalori sebanyak 1,200, dia akan memastikan pengambilan makanan yang lebih rendah kalori pada waktu makan malam agar tidak melebihi pengambilan 1,500 kalori harian. 

  1. Perlu ke elak sarapan pagi jika ingin makan fast food pada tengah hari?

Bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan, Shamil akan melangkau waktu makan paginya. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa SARAPAN adalah waktu makan yang PALING PENTING setiap hari. Sarapan memulakan metabolisma tubuh badan anda yang membantu anda membakar kalori sepanjang hari. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melakukan pelbagai perkara selain membantu anda untuk lebih fokus terhadap sebarang pekerjaan yang anda lakukan. 

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa walaupun individu yang tidak bersarapan mengambil sedikit kalori di siang hari, mereka cenderung untuk mempunyai indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. Oleh itu, jangan sesekali mengelakkan sarapan semata-mata risau akan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu makan tengah hari. 

  1. ‘Wajib’ bersenam setiap hari.

Dalam pada mengawal pengambilan kalori harian, Shamil turut memastikan bahawa dia sentiasa melakukan aktiviti fizikal. Dia melakukan aktiviti senaman di gimnasium selama satu jam dalam sehari, dan melakukannya setiap hari. Ini menunjukkan bahawa dia terlibat dengan gaya hidup yang aktif yang membantunya menurunkan berat badan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Lelaki Ini Buktikan ‘Diet’ Makan Fast Food Pun Boleh Kurus, Hilang 30kg

https://www.rush.edu/health-wellness/discover-health/why-you-should-eat-breakfast

https://www.webmd.com/food-recipes/breakfast-lose-weight#1

Versi Terbaru

25/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Berat Badan Tak Turun Walaupun Dah Diet? Ini Rahsia Sebenar Waktu Makan Diet Yang Anda WAJIB Tahu!

WAJIB Lebihkan Tidur Untuk Kuruskan Badan, Benarkah Jika Cara Ini Akan Berhasil?


Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 25/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan