backup og meta

Benarkah Anak Lebih Bijak Jika Ambil DHA?

Benarkah Anak Lebih Bijak Jika Ambil DHA?

Kita sering mendengar produk makanan atau minuman kanak-kanak mengandungi DHA. DHA atau nama saintifiknya,asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3, iaitu nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak kanak-kanak. DHA boleh didapati di dalam makanan seperti ikan salmon, ikan makerel dan ikan sardin. Telah banyak kajian yang dilakukan mendapati DHA adalah penting dalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Disebabkan itulah, kebanyakan makanan dan minuman kanak-kanak dilengkapi dengan DHA. Malah, wanita hamil juga disarankan untuk mula mengambil DHA dalam diet mereka atau mengamalkan suplemen ini.

Kebaikan DHA

Menurut pakar, pengambilan DHA oleh ibu hamil dapat meningkatkan perkembangan minda bayi sehingga usianya 4 tahun. Justeru itu, ibu mengandung disarankan untk mengambil sekurang-kurangnya 400 mg DHA sehari.

Khasiat DHA bagi bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan pula adalah dapat memberi koordinasi tangan dan mata yang lebih baik semasa usia mereka 2 tahun, berbanding dengan bayi yang tidak mendapat cukup DHA.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun pula, pengambilan DHA dapat membantu mengeluarkan hormon penting untuk perkembangan minda bayi, kerana inilah masa yang amat genting dalam perkembangan mereka.

Ketika ini, si manja perlu diberikan DHA sehari melalui pemakanan mereka seperti yogurt atau bijirin. Jika si manja sudah berusia setahun ke atas, anda boleh perkenalkan susu dan telur yang mana kedua-duanya kaya dengan DHA.

Semasa usia si kecil 2 hingga 5 tahun pula, pengambilan DHA adalah perlu bagi mengelakkan risiko ADHD, masalah penglihatan dan juga kemurungan.

Berapa banyak dos DHA yang disarankan?

International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) menyarankan pengambilan minimum dos asid lemak Omega-3 yang mengandungi EPA dan DHA seperti berikut:

Bayi (1-18 bulan): 32 mg/lb EPA+DHA

Kanak-kanak (1 setengah tahun- 15 tahun): 15 mg/lb EPA+DHA

Orang dewasa (15-115 tahun): 500 mg/lb EPA+DHA, dengan minimum 200 mg EPA dan 220 mg DHA

Wanita hamil dan menyusukan bayi: 300 mg DHA setiap hari

Anak lebih bijak dengan suplemen DHA?

Meskipun ada yang mengaitkan pengambilan DHA dapat menjadikan anak lebih bijak, namun masih belum ada kajian yang secara khusus mengiyakannya.

Kajian dari Cochrane Library meta-analysis yang dilakukan kepada 1,889 bayi menunjukkan tiada bukti yang jelas bahawa pengambilan suplemen DHA boleh meningkatkan perkembangan otak bayi. Mengulas mengenai hasil kajian tersebut, Profesor Pediatrik di Dell Medical School di University of Texas di Austin, Steven Abrams berkata, meskipun tiada bukti jelas yang menunjukkan keberkesanan DHA kepada otak bayi, namun pengambilannya masih selamat dan tiada salah jika diletakkan dalam produk makanan atau minuman bayi.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak yang menerima DHA mencukupi dapat membantunya menumpukan perhatian di dalam kelas. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa fungsi otak kanak-kanak meningkat jika dia mendapat DHA yang mencukupi.

Kanak-kanak yang kurang DHA dalam badan dikaitkan dengan masalah perangai, sukar mengingat dan lambat membaca.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Do DHA Supplements Make Babies Smarter?

www.nytimes.com/2017/03/30/well/do-dha-supplements-make-babies-smarter.html

womensmentalhealth.org/posts/dha-supplements-make-babies-smarter-yes-no-maybe/

Omega-3 Fish Oil And Pregnancy

http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/omega-3-fish-oil/

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan