Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seperti mana yang kebanyakan kita semua mungkin sudah tahu, setiap individu mempunyai bakteria dalam perut sama ada yang baik dan jahat.

Bakteria ini mempunyai dua fungsi utama iaitu membawa jangkitan serta melawan jangkitan pada masa yang sama.

Antara kondisi yang boleh terjadi akibat bakteria ini adalah alahan terhadap makanan dan minuman yang diambil.

Namun tahukah anda bahawa ada kajian yang kata wujud juga bakteria dalam perut yang boleh membantu melindungi diri daripada terkena alahan? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Alahan yang boleh membawa maut!

Pada tahun 2018, ada satu kes di mana seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari New Jersey iaitu Cameron Jean-Pierre mengalami reaksi alahan yang boleh membawa maut.

Kejadian ini bermula apabila Jean-Pierre dan bapanya singgah di rumah neneknya untuk sambutan tahun baru.

Di sinilah kanak-kanak malang ini telah terdedah dengan asap dari dapur hasil ikan yang dimasak oleh neneknya.

Untuk pengetahuan anda, mangsa adalah seorang penderita alahan terhadap bau makanan laut terutamanya ikan.

Disebabkan itu, Jean-Pierre telah terkena kejutan anafilaktik yang mengakibatkan saluran pernafasan tersekat lantas jatuh pengsan.

Selepas itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital namun nasib mungkin tidak menyebelahinya kerana mendiang meninggal di situ.

Setelah didiagnosis, didapati bahawa mangsa telah menemui maut akibat protein yang tersebar di udara akibat asap masakan dari dapur itu.

Kes ini merupakan salah satu contoh yang menunjukkan alahan makanan dan minuman boleh membawa maut dan tidak wajar dipandang enteng!

alahan

Apa yang boleh dibuat untuk elak & rawat?

Seperti mana yang terjadi kanak-kanak malang ini, ia haruslah dijadikan sebagai ikhtibar kepada setiap individu yang mempunyai kondisi sebegini.

Buat anda yang mungkin belum tahu, sehingga kini kebanyakan jenis alahan makanan atau minuman hanya bergantung kepada antihistamine sahaja.

Pun begitu, kebergantungan kepada ubatan ini adalah sangat berisiko dan berbahaya kerana ia perlu dipreskripsikan oleh doktor terlebih dahulu.

Cuba bayangkan jika anda terkena alahan dan ubatan ini sudah habis atau tiada, pasti akan menimbulkan ketakukan yang maha dahsyat bukan?

Disebabkan itu, sesuatu perlu diikhtiarkan segera untuk membendung masalah ini daripada terus meruncing.

Bakteria dalam badan adalah kuncinya?

Ada satu kajian diterbitkan di Nature Medicine yang mengatakan wujudnya satu kaedah yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa angkara alahan ini.

Kajian ini mengetengahkan idea di mana kewujudan bakteria tertentu adalah pencetus utama kepada alahan makanan dan minuman,

Dalam masa yang sama, bakteria juga mungkin adalah salah satu daripada perkara yang boleh dijadikan sebagai penawar kondisi ini.

Menurut pasukan pengkaji yang diketuai Pakar Imunologi Cathryn Nagler dari University of Chicago, didapati bahawa bayi yang sihat mempunyai bakteria dalam perut yang boleh melawan reaksi alahan.

Dalam kajian ini, mereka telah memindahkan bakteria baik ini ke dalam tikus makmal untuk mengkaji sama ada ia juga boleh berfungsi kepada hidupan lain.

Hasilnya didapati bahawa tikus yang telah menerima bakteria ini tidak mengalami sebarang reaksi alahan atau anafilaksis yang boleh membawa maut.

Kajian ini turut dipersetujui oleh saintis dari Boston Children’s Hospital and Brigham and Women’s Hospital yang mengatakan bakteria dalam perut secara semula jadi mampu melawan sebarang reaksi alahan.

bakteria atas tangan

”Didapati bahawa bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut mampu menguatkan sistem imun tubuh badan sehingga mampu melawan alahan yang disebabkan oleh makanan atau minuman”, jelas Dr. Lynn Bry yang merupakan salah seorang pengkaji kajian ini.

Bakteria yang boleh melawan bakteria!

Menerusi kajian itu lagi, didapati bahawa terdapat spesies bakteria yang mampu melindungi individu daripada sebarang alahan terhadap makanan dan minuman iaitu Anaerostipes caccae.

Untuk pengetahuan anda, bakteria yang tergolong dalam kelas Clostridia ini sangat berkesan dalam melawan alahan yang disebabkan oleh kekacang dan mungkin pencetus yang lain.

Justeru, pihak University of Chicago kini sedang giat menjalankan kajian lanjutan berkenaan penciptaan sejenis ubatan yang berasaskan bakteria ini untuk melawan bakteria dan pencetus alahan makanan dan minuman.

Jadi adakah bakteria dalam perut adalah jawapan utama kepada masalah reaksi alahan ini?

Jawapan mudahnya adalah mungkin ya, namun kajian lanjutan masih perlu dilakukan secepatnya!

Jangan ambil mudah alahan makanan & minuman!

Sudah pasti kita semua tidak mahu kes yang berlaku kepada mendiang Cameron Jean-Pierre berulang kepada orang lain bukan?

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kita tidak ambil mudah dengan sebarang alahan terhadap makanan atau minuman yang dihidapi!

Sekiranya anda atau individu di sekeliling mempunyai masalah ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sementara ubatan yang tepat dapat dihasilkan bagi membendung permasalahan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Kata Okay Jika Perut Boroi, Ada 4 Sebab Mengapa Anda Perlu Risau Mengenainya!

Sekiranya anda mempunyai perut boroi, jangan biarkan sahaja. Amalkan cara kempiskan perut boroi berikut untuk tubuh badan yang lebih cantik & sihat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Badan Sihat, Gaya Hidup Sihat, Larian 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan…

Adakah anda pernah mengalami sakit perut setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Pusat Kesihatan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

Antibiotik adalah ubat yang sering dipreskripsikan oleh doktor untuk merawat jangkitan bakteria. Tahukah anda, ada 17 kesan sampingan ubat tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bau mulut

Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
bayi menangis

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
pemakanan

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat kaki atlet

Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan