backup og meta

5 Snek Tinggi Protein yang Lazat Yang Boleh Diamal

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2020

    5 Snek Tinggi Protein yang Lazat Yang Boleh Diamal

    Makanan protein membentuk blok organ, otot, kulit, hormon dan hampir semua perkara penting dalam tubuh anda.

    Disebabkan ini, anda harus mengambil protein berkualiti tinggi pada setiap hidangan.

    Kajian menunjukkan bahawa ia meningkatkan kesihatan dalam pelbagai cara, seperti membantu mengurangkan berat badan dan lemak perut, sambil meningkatkan jisim dan kekuatan otot anda.

    Diet berunser makanan protein juga menurunkan tekanan darah, melawan diabetes dan banyak lagi.

    Antara makanan protein yang boleh anda amalkan

    1. Badam

    Badam adalah sejenis kacang yang sangat popular. Ia mengandungi nutrisi penting termasuk serat, vitamin E, mangan dan magnesium.

    Kandungan protein: 13% kalori. 6g per auns (28g) dengan 161 kalori.

    2. Telur

    Telur adalah antara makanan yang paling sihat dan berkhasiat di dunia.

    Ia mengandungi vitamin, mineral, lemak sihat, antioksidan melindungi mata dan nutrien otak yang kebanyakan orang tidak mendapat secukupnya.

    Keseluruhan telur dikenali makanan protein, tetapi telur putih adalah hampir protein tulen.

    Kandungan protein: 35% kalori dalam sebiji telur. Sebiji telur besar mengandungi 6g protein dengan 78 kalori.

    3. Tuna tinggi protein

    tuna

    Tuna adalah sejenis ikan yang sangat popular dan merupakan makanan protein. Ia rendah lemak dan kalori, jadi apa yang tinggal adalah hanya protein.

    Seperti ikan lain, tuna juga sangat tinggi dalam pelbagai nutrien dan mengandungi lemak omega-3 yang baik.

    Kandungan protein: 94% kalori. Secawan (154g) mengandungi 39g protein dengan hanya 179 kalori.

    4. Biji labu

    Labu mengandungi biji yang boleh dimakan dikenali biji labu. Ia tinggi dengan kebanyakan nutrien termasuk iron, magnesium dan zinc.

    Kandungan protein: 14% kalori. 28g mengandungi 5h protein dengan 125 kalori.

    5. Kacang

    Kacang tinggi protein, serat, magnesium dan kebanyakan kajian menunjukkan ia membantu anda mengurangkan berat badan.

    Mentega kacang juga termasuk dalam kalangan makanan protein, pastikan tidak makan terlalu banyak.

    Kandungan protein: 16 kalori. 27g mengandungi 7g protein dengan 159 kalori.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan