Terbinafine

Oleh

Nama AM: Terbinafine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apakah kegunaan Terbinafine?

Terbinafine biasanya digunakan untuk merawat jangkitan fungus pada jari tangan atau kaki. Ia juga mungkin digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Terbinafine ialah ubat anti-fungal. Ia berguna untuk membunuh fungus yang sensitif.

Bagaimanakah saya harus mengambil Terbinafine?

Gunakanlah terbinafine sebagaimana diarahkan oleh doktor anda. Periksa label yang terdapat bagi mengetahui dos yang betul.

Untuk menggunakan tablet: Ambil melalui mulut samada dengan makanan ataupun tidak. Tablet diambil mengikut jumlah masa bergantung kepada keadaan anda. Kesannya mungkin tidak dapat dilihat selama beberapa bulan selepas rawatan diberhentikan. Ini termasuklah jangka masa yang diperlukan untuk kuku tumbuh dengan sempurna.

Untuk menggunakan lakuer kuku: gunakan pada waktu sebelum tidur, melainkan doktor anda memberitahu sebaliknya. Basuh dan keringkan kuku yang dijangkiti, kemudian sapukan sedikit lapisan ubat.

Jangan gunakan lakuer kuku pada luka, atau kulit yang rosak atau pecah.

Gunakan lakuer kuku sehingga kuku baru, sihat tumbuh semula, melainkan doktor anda memaklumkan sebaliknya. Ini selalunya mengambil masa enam ke 12 bulan, bergantung kepada keadaan anda.

Untuk menghilangkan jangkitan sepenuhnya, ambil terbinafine mengikut jadual rawatan. Terus gunakannya walaupun anda melihat kuku bertambah baik sebelum rawatan berakhir.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Terbinafine?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sejarah masalah buah pinggang atau hati, lupus, kemurungan, psoriasis, salah guna alkohol atau ketagihan, atau masalah darah (anemia)
  • Anda mempunyai sistem imuniti yang rendah atau kurang sel darah putih
  • Anda mempunyai pening ketika mengambil terbinafine, guna dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melakukan tugas-tugas yang berbahaya
  • Anda mengambil ubat yang mengandungi kafein atau anda mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein yang banyak (kopi, teh, koko, kola, coklat)

Terbinafine hanya berkesan terhadap jangkitan fungus; ia tidak merawat jangkitan bakteria atau virus (demam biasa).

Jangan ambil ubat ini melebihi dos yang dinasihatkan atau menggunakannya lebih daripada masa yang dipreskripsikan tanpa mendapat nasihat doktor.

Pastikan anda menggunakan terbinafine mengikut perjalanan rawatan. Jika anda tidak mematuhinya, ubat ini mungkin tidak dapat membunuh kuman sepenuhnya. Fungus juga boleh menjadi kurang sensitif dan tahan terhadap ubat lain. Ini akan menjadikan jangkitan menjadi lebih sukar dirawat pada masa depan.

Terbinafine juga boleh menyebabkan tindak balas kulit yang sangat teruk (Stevens-Johnson syndrome / toxic epiderman necrolysis) termasuklah ruam berserta masalah hati, peparu, buah pinggang, jantung. Tindak balas ini menyebabkan masalah kesihatan yang serius yang mungkin tidak berkurangan dan menyebabkan kematian. Dapatkan pertolongan kesihatan secepat mungkin jika anda mengalami kulit menggelembung, kemerahan, bengkak atau menggelupas; demam; mata kemerahan atau gatal; sakit mulut, tekak, hidung, mata; atau bengkak kelenjar limpa (bersama-sama kesan sampingan yang lain).

Terbinafine juga mungkin mengurangkan kebolehan badan anda untuk melawan jangkitan. Maklumkan doktor anda jika anda mengesan tanda-tanda jangkitan seperti demam, sakit tekak, ruam dan menggeletar.

Maklumkan doktor atau doktor gigi anda sekiranya anda mengambil terbinafine sebelum menerima rawatan pergigian atau ubatan, rawatan kecemasan atau pembedahan.

Terdapat laporan bahawa pesakit mengalami perubahan deria rasa (hilang rasa) atau perubahan deria hidu (hilang deria hidu) selepas mengambil terbinafine. Kesan ini mungkin akan hilang selepas anda berhenti mengambil terbinafine, tetapi mungkin berlaku untuk jangka masa yang lama (lebih dari 1 tahun) atau mungkin menjadi kekal. Maklumkan doktor anda dengan segera sekiranya anda mengalami perubahan deria hidu, rasa, hilang selera, turun berat badan yang tak dirancang, gemuruh, atau ayunan mood (simptom kemurungan).

Terbinafine mungkin menyebabkan anda mudah terkena selaran matahari. Elakkan berjemur, lampu matahari, atau pondok persamakan sehingga anda mengetahui tindak balas anda terhadap terbinafine. Gunakan losyen pelindung matahari atau pakaian yang melindungi matahari jika anda perlu berada di luar rumah untuk waktu yang panjang.

Jarang sekali, terbinafine menyebabkan masalah hati yang teruk atau kematian. Jika masalah hati berlaku, ia mungkin bertambah teruk kepada pesakit yang telah masalah hati yang aktif ataupun mempunyai sejarah masalah hati untuk jangka masa yang panjang. Sila berbincang dengan doktor anda tentang sebarang persoalan.

Lakuer kuku digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan guna pada mata, hidung atau mulut anda. Jika terkena pada mana-mana bahagian ini, basuh dengan air sejuk dengan segera.

Anda mungkin boleh menyapu pengilat kuku di atas lakuer kuku.

Gunakan sarung tangan ketika membasuh tangan untuk mengelakkan terbasuh lakuer kuku secara tidak sengaja. Memakai kotton di bawah sarung tangan adalah digalakkan.

Lakuer kuku mudah terbakar. Jangan simpan atau menggunakannya berdekatan dengan api atau ketika merokok.

Ujian makmal, termasuk ujian fungsi hati dan ujian kiraan penuh sel darah, mungkin boleh dijalankan semasa menggunakan terbinafine. Ujian ini mungkin digunakan untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan dokumen temujanji.

Terbinafine harus digunakan dengan pemerhatian yang RAPI pada kanak-kanak; keselamatan dan keberkesanan pada kanak-kanak masih belum dipastikan.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini ialah dadah berkategori B dan mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ia berisiko kepada perempuan yang mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada terbinafine?

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Cirit-birit
  • Perut memulas
  • Sakit kepala
  • Ketidakcernaan
  • Sakit perut
  • Loya

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan ini berlaku:

  • Tindak balas alergik yang teruk (ruam, geligata, gatal, sukar untuk bernafas atau menelan, ketat dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, tekak, atau lidah, suara parau tiba-tiba)
  • Rasa terbakar, kebas, atau sengal
  • Emosi yang tidak menentu (kemurungan, gelisah, sedih, tidak dihargai)
  • Simptom lupus yang baru dan bertambah teruk (ruam berbentuk rama-rama pada muka, sakit sendi, sawan, perubahan warna kulit, sensitif terhadap cahaya matahari)
  • Kulit dan kuku menjadi pucat
  • Sakit sendi dan otot dan mungkin membengkak
  • Sakit perut yang teruk atau berpanjangan (bersama rasa loya atau muntah atau tidak)
  • Masalah tidur
  • Simptom masalah hati (kencing gelap, hilang selera, najis pucat, rasa loya yang tidak diketahui dan berpanjangan, muntah, mata atau kulit menjadi kuning)
  • Pendarahan atau lebam yang tidak diketahui
  • Lemah dan lesu yang tidak diketahui
  • Perubahan pada penglihatan dan pendengaran

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan terbinafine?

Terbinafine mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini, seperti:

  • Amioradone, cimetidine, fluconazole, atau ketoconazole kerana mereka mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan terbinafine
  • Rifampin kerana ia mengurangkan keberkesanan terbinafine
  • Antiarrhythmics (contoh: flecainide, propafenone), beta-blockers (contoh: metoprolol), dextromethorphan, monoamine oxidase type B (MAO-B) inhibitors (contoh: selegiline), selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) (contoh: fluoxetine), atau tricyclic antidepressants (contoh: amitriptyline, desipramine) kerana risiko kesan sampingan mungkin meningkat dengan terbinafine
  • Anti-coagulants (warfarin) kerana keberkesanannya mungkin berkurang atau risiko kesan sampingan mungkin meningkat dengan terbinafine
  • Cyclosporine atau tamoxifen kerana keberkesanannya mungkin berkurang dengan terbinafine

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan terbinafine?

Terbinafine mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan terbinafine?

Terbinafine akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Terbinafine.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos normal orang dewasa bagi onychomycosis – kuku tangan, kaki:

  • Tablet : 250 mg oral sekali sehari
  • Jangka masa rawatan:
    • Kuku jari tangan onychomycosis – 6 minggu
    • Kuku jari kaki onychomycosis – 12 minggu

Dos normal orang dewasa bagi Tinea capitis:

  • Granul oral: 250 mg oral sekali sehari untuk 6 minggu

Dos normal orang dewasa bagi Tinea corporis dan cruris:

  • Pakar mencadangkan: tablet: 250 mg oral sekali sehari selama 2 ke 4 minggu

Dos normal orang dewasa bagi Tinea pedi:

  • Pakar mencadangkan: tablet: 250 mg oral sekali sehari selama 2 ke 6 minggu

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos biasa kanak-kanak bagi Tinea capitis:

  • 4 tahun ke atas: granul oral:
    • Kurang 25 kg: 125 mg oral sekali sehari
    • 25 ke 35 kg: 187.5 mg oral sekali sehari
    • Lebih 35 kg: 250 mmg oral sekali sehari
    • Durasi: 6 minggu

Bagaimanakah Terbinafine disediakan?

Terbinafine tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut