Otezla

Oleh

Nama AM: Otezla Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Otezla® (apremilast)?

Otezla® menghalang enzim dalam sistem imun anda yang boleh menjejaskan sel tertentu dan menyumbang kepada terjadinya keradangan dalam badan.

Otezla® digunakan untuk merawat simptom keradangan sendi psoriatic aktif pada orang dewasa.

Otezla® dapat melegakan kesakitan dan bengkak di dalam dan di sekeliling sendi, tetapi ubat ini bukanlah ubat untuk keradangan sendi psoriatik.

Otezla® juga digunakan untuk merawat psoriasis plak sederhana dan parah pada orang yang mungkin juga menerima phototerapi atau rawatan lain untuk psoriasis.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil Otezla® seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin mengubah jadual dos atau dos anda untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil Otezla® bersama atau tanpa makanan.

Jangan menghancurkan, mengunyah, atau memecahkan tablet Otezla®. Telan keseluruhannya.

Rekodkan berat badan anda semasa anda mengambil ubat ini, dan beritahu doktor tentang sebarang kehilangan berat badan.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Otezla® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Otezla® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Otezla® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana,semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor,seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Otezla® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Untuk pastikan Otezla® selamat untuk anda, maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai:

  • Sejarah kemurungan atau pemikiran atau tindakan bunuh diri.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Jika anda mengambil ubat sawan (seperti carbamazepine, phenobarbital, phenytoin).
  • Jika anda mengambil ubat untuk merawat HIV / AIDS atau tuberkulosis.

Sesetengah individu mengalami kemurungan atau fikiran tentang membunuh diri ketika mengambil Otezla®. Doktor anda perlu menyemak kemajuan anda pada lawatan berkala semasa anda menggunakan ubat ini. Keluarga atau penjaga anda juga perlu berjaga-jaga terhadap perubahan dalam mood atau simptom anda.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) ubat ini berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alahan terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Kehilangan berat badan tanpa dirancang, atau jika anda kehilangan banyak berat badan.
  • Perubahan selera, kemurungan baru atau kemerosotan.
  • Fikiran untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Mual, cirit-birit.
  • Sakit kepala.
  • Simptom selesema  seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Otezla®  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Otezla®  mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Otezla® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Usual Adult Dose for Psoriatic Arthritis:

Dos permulaan:

  • Hari 1: 10 mg secara oral sekali sehari (PAGI).
  • Hari 2: 10 mg secara oral dua kali sehari (PAGI dan PETANG).
  • Hari 3: 10 mg secara oral sekali sehari (PAGI); 20 mg secara oral sekali sehari (PETANG).
  • Hari 4: 20 mg secara oral dua kali sehari(PAGI dan PETANG).
  • Hari 5: 20 mg secara oral sekali sehari(PAGI); 30 mg secara oral sekali sehari(PETANG).

Dos penyelenggaraan : 30 mg secara oral dua kali sehari (PAGI dan PETANG).

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Otezla®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan

  • Tablet, bersalut filem: apremilast 10.0mg; apremilast 20.0mg; apremilast 30.0mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.