Norvasc

Oleh

Nama AM: Norvasc Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Norvasc® (amlodipine) ?

Norvasc® adalah penyekat saluran kalsium yang mengembang (meluaskan) saluran darah dan meningkatkan aliran darah.

Norvasc® digunakan untuk merawat sakit dada (angina) dan keadaan lain yang disebabkan oleh penyakit arteri koronari.

Norvasc® juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertension). Merendahkan tekanan darah dapat mengurangkan risiko strok atau serangan jantung.

Amlodioine boleh digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya enam tahun.

Bagaimanakah pengambilan Norvasc® (amlodipine) dilakukan?

Ambil Norvasc® sama seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi. Sekali sekala doktor anda mungkin akan menukar dos anda. Jangan guna ubat ini dalam kuantiti yang terlalu besar atau sedikit atau bagi tempoh yang lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil Norvasc® dengan atau tanpa makanan.

Tekanan darah anda perlu selalu diperiksa.

Sakit dada anda menjadi bertambah buruk apabila anda mula mengambil Norvasc® atau apabila dos anda ditambah. Hubungi doktor anda jika sakit dada anda terus dan berlarutan.

Jika anda sedang dirawat untuk tekanan darah tinggi, terus guna Norvasc® walaupun jika anda sudah berasa sihat. Tekanan darah tinggi selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda mungkin perlu menggunakan ubat tekanan darah tinggi seumur hidup anda.

Hipertensi atau keadaan jantung anda boleh dirawat dengan kombinasi ubat. Guna semua ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca panduan ubat atau arahan untuk pesakit yang disediakan pada setiap ubat. Jangan tukar dos atau berhenti mengambil mana-mana ubat tanpa nasihat doktor. Hal ini penting terutamanya jika anda juga mengambil nitroglycerin.

Norvasc® hanya sebahagian daripada program rawatan lengkap yang mungkin juga termasuk diet, senaman, kawalan berat badan, dan ubat-ubat lain. Ikut rutin diet, ubat, dan senaman dengan baik.

Apakah kaedah penyimpanan Norvasc® (amlodipine)?

Norvasc® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Norvasc® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Norvasc® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Norvasc® ke dalam mangkuk tandas atau menuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Norvasc® (amlodipine)?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Norvasc® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Tidak diketahui sama ada Norvasc® akan berbahaya kepada bayi yang belum lahir. Beritahu doktor anda jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil.

Amlodipine boleh berpindah ke dalam susu badan, tetapi kesannya terhadap bayi yang disusukan masih tidak diketahui. Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu badan.

Norvasc® tidak boleh digunakan oleh sesiapa yang berumur kurang daripada 6 tahun.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Norvasc® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Norvasc®. Norvasc® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Norvasc® (amlodipine)?

Kesan sampingan yang biasa terjadi termasuklah:

  • Pening
  • Rasa letih
  • Sakit perut
  • Mual
  • Rasa merah panas (suam, kemerahan, atau rasa menggelenyar)

Terus hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Degupan jantung kuat atau berdebar di dalam dada anda
  • Sakit dada yang semakin teruk
  • Bengkak pada kaki dan buku lali
  • Mengantuk yang teramat
  • Rasa pening, seperti anda mahu pitam

Bagi kes yang jarang berlaku, apabila anda mula mengambil Norvasc®, angina anda akan menjadi semakin teruk atau anda boleh mengalami serangan jantung. Segera dapatkan perhatian kecemasan perubatan atau terus hubungi doktor anda jika anda mengalami simptom seperti: sakit atau tekanan pada dada, sakit yang merebak ke rahang atau bahu anda, mual, berpeluh.

Dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda reaksi alahan kepada Norvasc®: geligata, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?

Norvasc® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Nitroglycerin
  • Simvastatin (Zocor, Simcor, Vytorin)
  • Ubat jantung atau tekanan darah yang lain

Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?

Norvasc® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Norvasc® (amlodipine)?

Norvasc® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Penyakit hati
  • Masalah injap jantung dipanggil aortik stenosis

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Norvasc®.

Apakah dos Norvasc® (amlodipine) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Hipertensi:

Dos awal: Dos yang disarankan ialah 5 mg secara oral sekali sehari.

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Angina Pektoris:

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Penyakit Arteri Koronari:

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.

Dos Biasa bagi Golongan Geriatrik untuk Hipertensi:

Dos awal: Dos yang disarankan ialah 2.5 mg secara oral sekali sehari.

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 2.5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.

Dos Biasa bagi Golongan Geriatrik untuk Angina Pektoris:

Dos awal: Dos yang disarankan ialah 5 mg secara oral sekali sehari.

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 5 hingga 10 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 10 mg/hari.

Apakah dos Norvasc® (amlodipine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos Biasa bagi Kanak-kanak untuk Hipertensi:

6 hingga 17 tahun:

Dos pengekal: Dos yang disarankan ialah 2.5 hingga 5 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksimum: Dos yang disarankan ialah 5 mg/hari.

Bagaimanakah bentuk ketersediaan Norvasc® (amlodipine) boleh didapati?

Norvasc® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet: amlodipine besylate 2.5 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Norvasc®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 10, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 10, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut