Nexplanon

Oleh

Nama AM: Nexplanon Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apakah kegunaan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® biasanya digunakan sebagai kontrasepsi untuk mencegah kehamilan.

Etonogestrel dalam Nexplanon® berfungsi terutamanya dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid anda. Ia juga menjadikan cecair / lendir vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma daripada mencapai telur ovum (mengelakkan persenyawaan) dan mengubah lapisan rahim (rahim) untuk mengelakkan perlekatan bagi telur yang telah disenyawakan. Tiada estrogen dalam produk ini.

Implan Nexplanon® adalah rod silinder plastik kecil yang nipis yang dimasukkan di bawah kulit untuk mencegah kehamilan. Batang rod perlahan-lahan melepaskan etonogestrel ke dalam badan selama tempoh 3 tahun.

Nexplanon® mungkin tidak berfungsi dengan baik pada wanita yang berlebihan berat badan.

Bagaimanakah cara untuk mengambil Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® diberikan sebagai implan oleh pengamal perubatan profesional.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® paling baik disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya langsung serta kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat anda, anda tidak boleh menyimpan Nexplanon® di bilik air atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Nexplanon® yang berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk untuk mendapatkan maklumat arahan mengenai cara penyimpanan, atau bertanyakan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menjauhkan semua ubat-ubatan dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Nexplanon® ke lubang tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu. Ini kerana, semasa anda menjangkakan kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang dibeli tanpa preskripsi doktor, seperti ubat herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Nexplanon® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, kesihatan  terganggu, atau keadaan perubatan yang lain

Anda tidak boleh menggunakan implan etonogestrel jika anda mempunyai apa-apa keadaan seperti berikut: pendarahan faraj yang luar biasa, penyakit hati atau kanser hati, atau jika anda pernah mengalami kanser payudara atau rahim, serangan jantung, strok, atau pembekuan darah.

Jangan gunakan jika anda hamil atau jika anda baru sahaja melahirkan anak.

Jangan gunakan implan jika anda menyusu bayi yang lebih muda dari 4 minggu.

Menggunakan implan etonogestrel boleh meningkatkan risiko penggumpalan darah, strok, atau serangan jantung, terutamanya jika anda mempunyai keadaan kesihatan (seperti disebutkan sebelum ini), ataupun sekiranya anda berlebihan berat badan atau merokok.

Masa yang sesuai untuk anda akan menerima implan ini bergantung kepada kawalan kelahiran (kontraseptif) yang anda ambil sebelum ini, dan jenisnya.

Implan Etonogestrel dimasukkan melalui jarum (di bawah ubat penahan sakit (anesthesia) setempat) ke dalam kulit lengan atas anda, tepat di bahagian bawah lengan  dan di atas siku. Selepas implan dimasukkan, lengan anda akan ditutup dengan dua pembalut. Keluarkan pembalut atas selepas 24 jam, tetapi biarkan pembalut yang lebih kecil selama tiga hingga lima hari. Pastikan kawasan itu bersih dan kering.

Anda sepatutnya dapat merasa implan di bawah kulit anda. Beritahu doktor anda jika anda tidak dapat merasakan implan pada bila-bila masa sepanjang ia ditanam di situ.

Implan Etonogestrel boleh kekal di tempat tersebut sehingga tiga tahun. Jika implan diletakkan dengan betul, anda tidak perlu menggunakan kawalan kelahiran semula. Ikutilah arahan doktor anda.

Anda mungkin mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan tidak menentu semasa menggunakan implan etonogestrel. Beritahu doktor anda jika haid anda sangat banyak atau  lama, atau maklumkan juga jika anda tidak kedatangan haid.

Sekiranya perlu melakukan pembedahan atau ujian perubatan atau jika anda sedang terlantar (akibat masalah kesihatan), anda mungkin perlu mengeluarkan implan etonogestrel anda untuk sementara waktu. Mana-mana doktor atau pakar bedah yang merawat anda perlu tahu bahawa anda mempunyai implan etonogestrel.

Implan etonogestrel mesti dikeluarkan pada akhir tahun ketiga dari tarikh ia dimasukkan dan boleh digantikan dengan implan baru pada ketika itu juga. Selepas implan dikeluarkan, kemampuan anda untuk hamil akan kembali dengan cepat. Jika implan tidak digantikan dengan yang baru, mulakanlah menggunakan  kaedah kawalan kelahiran (kontrasertif) yang lain sekiranya anda masih ingin mencegah kehamilan.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tidak ada kajian yang mencukupi dalam menentukan risiko menggunakan ubat ini bagi wanita yang dalam kehamilan atau semasa menyusu. Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk menimbang antara manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori risiko X bagi kehamilan, menurut US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan kategori risiko dan rujukan di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin kehamilan ada risiko
  • D = Bukti ada risiko yang positif
  • X = Ditegah
  • N = Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Kesan sampingan yang biasanya muncul adalah:

  •  Perubahan dalam haid anda
  •  Pendarahan haid ringan atau tompokan darah
  •  Sakit perut
  •  Rasa sakit pada payudara apabila disentuh
  •  Jerawat
  •  Bertambah berat badan
  •  Gatal-gatal faraj atau ada rembesan
  •  Masalah dengan kanta lekap

Hubungi doktor anda serta merta jika anda mempunyai:

  •  Kehangatan, kemerahan, bengkak, atau ada cecair mengalir di mana implan dimasukkan
  • Kesakitan atau kekejangan yang teruk di kawasan pelvis anda (keseluruhan atau mungkin hanya di sebelah pelvis)
  • Kebas atau rasa lemah secara tiba-tiba terutamanya di separuh bahagian badan, sakit kepala yang teruk tiba-tiba, percakapan yang tidak jelas, masalah dengan penglihatan atau mengawal keseimbangan badan
  • Batuk tiba-tiba, bersin / selsema, bernafas dengan cepat, batuk darah
  • Sakit, bengkak, kehangatan, atau kemerahan satu atau kedua-dua belah kaki
  • Sakit dada atau rasa dada ditekan, rasa sakit merebak ke rahang atau bahu, rasa mual, berpeluh, rasa sakit seluruh badan
  •  Bengkak di tangan, buku lali, atau kaki
  •  Rasa kering pada kulit atau mata
  •  Benjolan pada payudara
  •  Gejala kemurungan: masalah tidur, rasa lemah, perasaan letih, perubahan mood

Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: ruam merah berbonjol, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® mungkin bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas antara ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Sesetengah ubat bertindak balas sehingga boleh menyebabkan kesan pencegah kehamilan berfungsi dengan kurang baik akibat dari pengurangan jumlah hormon tertentu. Kesan ini boleh menyebabkan kehamilan. Contoh ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Griseofulvin
  • Modafinil
  • Rifamycins: rifampin, rifabutin
  • John’s Wort
  • Ubat yang digunakan untuk merawat kekejangan: barbiturates, carbamazepine, felbamate, phenytoin, primidone, topiramate
  • Ubat HIV: seperti nelfinavir, nevirapine, ritonavir

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara bertindak ubat atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius.  Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi apa-apa potensi makanan atau interaksi alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nexplanon® (etonogestrel implant)?

Nexplanon® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua keadaan kesihatan yang anda ada sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Pendarahan kemaluan yang tidak normal
  • Neoplasma hepatik
  • Barah Payudara
  • Penyakit hati
  • Thromboembolism (gumpalan dalam salur darah)
  • Kemurungan/tekanan perasaan
  • Air berlebihan dalam badan tidak terbuang (fluid retention)
  • Trombosis Retina
  • Sakit pundi hempedu

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Nexplanon® (etonogestrel implant) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Keberkesanan Nexplanon® tidak bergantung pada pengambilan harian, mingguan atau bulanan.

Semua staff kesihatan berkenaan hendaklah mendapatkan tunjuk ajar dan latihan sebelum melakukan pembenaman implan dan / atau penyingkiran Nexplanon®.

Apakah dos Nexplanon® (etonogestrel implant) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos penggunaan untuk  perempuan berumur 18 tahun ke bawah bagi belum lagi ditetapkan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan kaedah perubatan ini sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Ketersediaan Nexplanon® (etonogestrel implant)

Nexplanon® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Implant: etonogestrel 68 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika implan dimasukkan dengan betul, terlebih dos etonogestrel tidak mungkin berlaku.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Oleh kerana etonogestrel mesti diberikan sebagai implan oleh kakitangan profesional  kesihatan, anda tidak boleh menjalani jadual dos yang kerap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 31, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut