Hyland's 4 Kids Cough Syrup

Oleh

Nama AM: Hyland's 4 Kids Cough Syrup Jenama: Hyland's 4 Kids Cough Syrup.

Kegunaan

Apa itu sirap batuk Hyland’s® 4 Kids?

Sirap batuk Hyland’s® 4 Kids lazimnya digunakan untuk kelegaan sementara simptom demam termasuklah batuk kering, berkahak dan sesak dada.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Sukat hanya dengan cawan dos yang disediakan. Jangan gunakan cawan dos produk lain.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Sirap batuk Hyland’s 4 Kids paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Sirap batuk Hyland’s 4 Kids atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Rujuk doktor jika:

  • Simptom berterusan selama lebih daripada tujuh hari atau semakin teruk.
  • Batuk berulang atau disertai oleh demam panas, ruam atau sakit kepala yang berterusan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Sirap batuk Hyland’s 4 Kids mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Sirap batuk Hyland’s 4 Kids mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Sirap batuk Hyland’s 4 Kids akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: 15 mL atau 3 sudu teh setiap 15 minit ke 4 dos sehingga lega; kemudian setiap 4 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak 2 tahun ke 6 tahun: 5 mL atau 1 sudu teh setiap 15 minit sehingga 4 dos sehingga lega kemudian; setiap 4 jam.

Kanak-kanak 6 tahun ke 12 tahun: 10 mL atau 2 sudu teh setiap 15 minit sehingga 4 dos sehingga lega; kemudian setiap 4 jam

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Sirap batuk Hyland’s 4 Kids boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sirup.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.