Bactrim

Oleh

Nama AM: Bactrim Jenama: Bactrim.

Kegunaan

Apa itu Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Bactrim® mengandungi kombinasi sulfamethoxazole dan trimethoprim. Sulfamethoxazole dan trimethoprim keduanya adalah antibiotik yang merawat berbagai jenis jangkitan diakibatkan bakteria.

Bactrim® digunakan bagi merawat jangkitan telinga, jangkitan saluran urinari, bronkitis, cirit-birit pelancong (traveler’s diarrhea), shigellosis, dan pneumonia jiroveci Pneumositis.

Bactrim® juga boleh digunakan bagi tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubatan ini.

Bagaimanakah kegunaan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Ambil Bactrim® sebagaimana dipreskribsi oleh doktor anda. Ikuti segala arahan pada label preskribsi. Jangan ambil ubatan ini dalam jumlah lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama dari yang dicadangkan.

Goncang suspensi (cecair) oral Bactrim® dengan elok sebelum anda mengukur dos. Ukur jumlah cecair dengan sudu pengukur dos atau penutup ubatan. Sekiranya anda tidak mempunyai alatan pengukur dos, mintakan dari ahli farmasi anda.

Gunakan ubatan ini selama mana masa yang dipreskribsikan. Simptom anda mungkin bertambah baik sebelum infeksi pulih sepenhnya. Melompat dos juga boleh meningkatkan risiko jangkitan lanjut yang kebal dari antibiotik. Bactrim® tidak akan merawat infeksi virus seperti selsema biasa atau flu.

Minum banyak cecair bagi mengelak batu karang di buah pinggang semasa anda mengambil trimethoprim dan sulfamethoxazole.

Ubatan ini boleh mendatangkan kesan luar biasa bersama ujian medikal lain. Beritahu mana-mana doktor yang merawatt anda bahawa anda sedang menggunakan Bactrim®.

Bagaimana saya menyimpan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Bactrim® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Bactrim® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Bactrim® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Bactrim® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Bactrim® (sulfamethoxazole and trimethoprim) atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan gunakan Bactrim® sekiranya anda mengalami:

  • Masalah hati atau buah pinggang yang teruk
  • Anemia (kurang sel darah merah) diakibatkan kekurangan asid folik
  • Sejarah rendah pletlet darah diakibatkan pengambilan primethoprim atau sebarang ubatan sulfa.

Adakah selamat untuk mengambil Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) adalah di bawah kategori D berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Kesan sampingan biasa termasuklah:

  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Kegatalan dan ruam yang sederhana

Hubungi doktor anda secara terus sekiranya:

  • Cirit-birit yang berair atau berdarah
  • Kulit pucat, kepala terasa ringan atau nafas pendek, jantung berdegup pantas, kesukaran menumpukan perhatian
  • Lemah secara tiba-tiba atau berasa sakit, demam panas, menggigil, sakit tekak, batuk yang baru atau bertambah teruk
  • Simptom selsema atau flu, gusi bengkak, sakit mulut yang menyakitkan, sakit ketika menelan, kudis kulit
  • Rendah paras sodium dalam badan- sakit kepala, keliru, pertuturan tidak jelas, lemah badan yang teruk, muntah-muntah, hilang koordinasi, berasa tak seimbang
  • Masalah hati – sakit bahagian atas perut, berasa penat, kencing berwarna gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kekuningan bahagian kulit atau mata)
  • Reaksi kulit yang teruk – demam panas, sakit tekak, bengkak bahagian muka atau lidah, merasa terbakar bahagian mata, sakit bahagian kulit, diikuti ruam merah atau ungu yang merebak (terutamanya pada muka dan bahagian atas badan) da menyebabkan melepuh dan mengelupas.

Dapatkan bantuan kecemasan sekiranya anda mengalami mana-mana gejala reaksi alahan terhadap Bactrim®: geligata; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang bertindakbalas dengan ubatan ini ialah:

  • Leucovorin
  • Methotrexate

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)?

Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubatan ini:

  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Kekurangan asid folik
  • Asma atau alahan teruk
  • Masalah tiroid
  • HIV atau AIDS
  • Porfiria (kecacatan enzim genetik yang menyebabkan simptom yang memberi kesan terhadap kulit atau sistem saraf)
  • Anda kekurangan nutrisi

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) yang disyorkan untuk dewasa?

Jangkitan Saluran Urinari dan Shigellosis bagi Dewasa

Dos biasa dewasa dalam rawatan saluran urinari ialah 1 tablet Bactrim® (kekuatan berganda) atau 2 tablet Bactrim® setiap 12 jam selama 10 ke 14 hari. Dos harian yang sama digunakan selama 5 hari dalam rawatan shigellosis.

Eksaserbasi Akut bagi Bronkitis Kronik in Dalam Dewasa:

Dos biasa dewasa bagi rawatan eksaserbasi akut bagi bronkitis kronik ialah 1 tablet Bactrim® (kekuatan berganda) atau 2 tablet Bactrim® setiap 12 jam selama 14 hari.

Pneumosistis Jiroveci Pneumonia

Dos yang dicadangkan bagi rawatan pesakit yang didokumentasi Pneumosistis Jiroveci Pneumonia ialah 75 ke 100 mg/kg sulfamethoxazole dan 15 ke 20 mg/kg trimethoprim setiap 24jam diberi dalam dos yang dibahagikan sekata setiap 6 jam selama 14 ke 21 hari.

Profilaksis:

Dos yang dicadangkan bagi profilaksis dalam dewasa ialah 1 tablet Bactrim® (kekuatan berganda) secara harian.

Apakah dos Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Jangkitan Saluran Urinari dan Shigellosis dan Otitis Media Akut

Dos dicadangkan bagi kanak-kanak dengan jangkitan saluran urinari atau otitis media akut ialah 40 mg/kg sulfmethoxazole dan 8 mg/kg trimethoprim setiap 24 jam, diberi dalam dua dos berbagi setiap 12 jam selama 10 hari.

Dos harian yang sama digunakan selama 5 hari bagi rawatan shigellosis.

Pneumosistis Jiroveci Pneumonia:

Dos dicadaangkan bagi rawatan pesakit yang didokumentasikan dengan Pneumosistis jiroveci pneumonia ialah 75 ke 100 mg/kg sulfamethoxazole dan 15 ke 20 mg/kg trimethoprim setiap 24 jam diberi dalam dos yang dibahagikan sama rata setiap 6 jam selama 14 ke 21 hari.

Profilaksis:

Dos yang dicadangkan ialah 750 mg/m2/hari sulfamethoxazole bersama 150 mg/m2/hari trimethoprim diberi secara oral dalam dos yang dibahagi sama rata 2 kali sehari, dalam 3 hari berturut-turut seminggu.

Apakah bentuk penyediaan Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim)

Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet sulfamethoxazole 800mg, Trimethoprim 160mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Bactrim® (sulfamethoxazole dan trimethoprim), sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut