Azo Yeast

Oleh

Nama AM: Azo Yeast Jenama: Azo Yeast.

Kegunaan

Apa itu Azo Yeast?

AZO Yeast® (Yis AZO®) biasanya digunakan bagi:

  • Melegakan gatal-gatal vagina dan sensasi membakar.
  • Melegakan bau dan lelehan vagina.

Bagaimanakah kegunaan Azo Yeast?

Diambil melalui mulut, secara oral. Tanyakan dengan doktor anda bagi maklumat lanjut.

Bagaimana saya menyimpan Azo Yeast?

AZO Yeast® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan AZO Yeast® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama AZO Yeast® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang AZO Yeast® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Azo Yeast?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif AZO Yeast® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Untuk kegunaan oral sahaja. Produk ini tidak akan menyembuhkan infeksi yis.

Jangan guna sekiranya anda belum pernah didiagnos infeksi yis vagina oleh doktor.

Tanyakan pada doktor sekiranya anda:

  • Mengalami kegatalan vagina, dan rasa tidak selesa ketika pertama kali penggunaan.
  • Mengalami sakit abdomen, demam panas, menggigil, loya, muntah, atau lelehan vagina berbau busuk. Kerana anda mungkin mengalami keadaan yang serius.
  • Mendapat infeksi yis vagina.

Adakah selamat untuk mengambil Azo Yeast ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Azo Yeast?

Kegatalan vagina dan iritasi boleh berlaku semasa menggunakan ubatan ini.

Tidak semua akan mengalami kesan sampingan sebegini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai kerisauan mengenai kesan sampingan, sila bincangkan bersama doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Azo Yeast?

AZO Yeast® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Azo Yeast?

AZO Yeast® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Azo Yeast?

AZO Yeast® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Azo Yeast yang disyorkan untuk dewasa?

Ambill satu tablet secara oral tiga kali sehari, selama mana simptom masih kekal.

Apakah dos Azo Yeast yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Belum ada dos yang ditetapkan khas bagi pesakit pediatrik. Ianya mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting bagi anda untuk memahami sepenuhnya tahap keselamatan ubat sebelum penggunaan. Sila berbincang dengan doktor anda atau ahli farmasi untuk informasi lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Azo Yeast

AZO Yeast® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos AZO Yeast®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 8, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.