Bolehkah Pesakit Hati Kronik Berpuasa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penyakit hati kronik ialah masalah kesihatan yang menjejaskan hati dan mempunyai potensi untuk menyebabkan kerosakan jangka panjang pada hati jika tidak dirawat. Ini termasuklah jangkitan, penyakit yang disebabkan oleh sistem imun, penyakit metabolik, dan keadaan yang diwarisi.

Jenis Penyakit Hati Kronik

Terdapat pelbagai jenis penyakit hati. Tetapi tidak kira jenis penyakit hati kronik yang anda miliki, kerosakan pada hati anda mungkin akan berkembang dengan cara yang sama. Sama ada hati anda dijangkiti virus, kecederaan oleh bahan kimia, atau di bawah serangan daripada sistem imun sendiri, kesan buruk yang sama akan berlaku – bahawa hati anda akan rosak sehingga tidak lagi dapat berfungsi.

Contohnya, dalam pesakit fatty liver, masalah hati mungkin akan berkembang seperti berikut:

  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh didefinisikan sebagai proses penghasilan parut pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab dan seterusnya menyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Boleh Berpuasa atau Tidak?

Berpuasa sewaktu sedang mengidap suatu penyakit tentu tidak boleh dilakukan secara sebarangan, terdapat hal yang perlu diawasi. Termasuklah dalam penyakit hati, terdapat keadaan tertentu yang membuat pengidapnya tidak dianjurkan untuk berpuasa.

Secara umum, puasa boleh menyebabkan penurunan berat badan dan kadangkala keadaan ini patut dielakkan dalam yang sedang mengalami masalah dengan organ hatinya. Puasa pada penyakit hati yang lanjut boleh menyebabkan penurunan berat badan namun tidak ada pengaruh buruk terhadap fungsi hati yang baik. Dalam keadaan tertentu, penurunan berat badan sebenarnya menguntungkan bagi proses penyembuhan. Dalam jangkitan hepatitis C contohnya, pengubatan lebih susah jika pesakit bertubuh gempal. Jika sepanjang puasa mengalami penurunan berat badan, ini dapat membantu proses penyembuhan.

Pesakit dengan penyakit hati secara amnya dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama adalah pesakit yang mengalami keradangan kronik hati kerana Hepatitis B, Hepatitis C atau penyakit hati kronik yang lain. Kumpulan pesakit ini biasanya dapat berpuasa, terutamanya dalam kes-kes dimana terdapat kewujudan enzim semula jadi dalam hati. Walau bagaimanapun, puasa perlu dilakukan dengan rawatan yang betul seperti yang ditentukan oleh doktor.

Kumpulan kedua adalah pesakit dengan sirosis dengan fungsi hati normal. Pesakit ini biasanya boleh berpuasa, dengan syarat mereka tidak mengalami sebarang komplikasi. Kumpulan ketiga termasuk pesakit dengan sirosis yang lebih teruk. Pesakit-pesakit ini umumnya tidak dapat berpuasa kerana terapi yang diperlukan.

Pesakit yang mempunyai simptom berikut tidak digalakkan untuk berpuasa:

  • asites
  • koma hepatik
  • muntah darah
  • fibrosis peringkat akhir
  • pesakit yang berisiko tinggi untuk gula dalam darah rendah
  • jaundis (kuning)
  • pengumpulan cecair dalam perut
  • kaki membengkak
  • sirosis

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut