Diet yang Disyorkan Untuk Pesakit Denggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Untuk melawan virus denggi, anda perlu meningkatkan kuasa imuniti. Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrien. Berikut makanan terbaik untuk dimakan supaya cepat sembuh daripada denggi.

Oren

Oren dianggap sebagai salah satu buah terbaik untuk pesakit yang menderita demam denggi. Ini kerana secara semula jadi ia kaya dengan vitamin C, dapat membantu dalam pemulihan antibodi anda. Anda boleh memilih limau manis, lemon dan oren dalam jus yang diproses dengan baik.

Bubur

Makanan lembut disyorkan untuk pesakit denggi kerana ini mudah dicerna. Bubur adalah pilihan yang baik kerana ia boleh ditelan dan dicerna dengan mudah serta mengandungi banyak cecair. Nilai serat dan nutrien tinggi yang terdapat dalam bubur akan membantu anda dalam melawan penyakit ini.

Air kelapa

Denggi sering menyebabkan dehidrasi dan air kelapa adalah salah satu cara terbaik mengawal tahap bendalir dalam badan anda. Sebagai sumber semula jadi air, mineral penting dan elektrolit, air kelapa merupakan tambahan penting untuk dimasukkan ke dalam diet pesakit denggi.

Jus sayuran dan buah-buahan

Lobak, timun dan sayur-sayuran berdaun adalah baik untuk merawat simptom denggi dan mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang boleh membantu meningkatkan imuniti pesakit denggi. 

Selain itu, jus buah yang terdiri daripada buah-buahan seperti oren, jambu, kiwi, strawberi dan nanas meningkatkan pengeluaran limfosit yang melawan jangkitan virus. Jadi, ini adalah suplemen yang mesti dimakan dalam diet pesakit denggi.

Sup

Sup adalah cara terbaik untuk melawan simptom penyakit ini kerana ia kurang rempah dan baik untuk penghadaman dan pergerakan usus. Pesakit denggi harus mengelakkan makanan berminyak atau pedas khususnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik

    Epidemiologi ialah salah satu dari cabang terpenting dalam bidang kesihatan awam. Ia mengkaji tentang distribusi (kekerapan, pola) dan penentu (punca, faktor risiko) keadaan berkaitan dengan kesihatan dalam populasi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Sakit Sendi Selepas Rawatan Chikungunya

    Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Bagi yang pernah menghidapinya, pernahkah anda mengalami sakit sendi selepas anda sembuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Cikungunya: Apakah yang Anda Tahu?

    Chikungunya bukan satu penyakit baru di Malaysia. Penyakit yang kelihatan seperti demam denggi ini adalah endemik (selalu berlaku) di negara ini. Apakah punca Chikungunya? Seperti denggi, ia adalah sejenis penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Mengapa Kes Denggi Tinggi di Malaysia?

    Setiap tahun, kempen demam denggi terus dijalankan. Setiap tahun juga, ada sahaja ahli keluarga atau kenalan yang terkena demam denggi. Persoalannya, mengapa kes demam denggi tinggi di Malaysia? Untuk menjawab persoalan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    ketam

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/07/2019
    demam denggi

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/04/2019
    denggi

    Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/03/2019

    3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 21/12/2018