Kanser Payudara Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/05/2020
Share now

Walaupun lelaki tidak mempunyai payudara seperti wanita, mereka masih mempunyai jumlah tisu payudara yang sedikit.

“Payudara” ‘seseorang lelaki dewasa adalah seperti seorang wanita sebelum akil baligh. Bagi wanita, tisu ini tumbuh dan berkembang, tetapi ia tidak berlaku pada lelaki. Tetapi oleh kerana ia masih merupakan tisu payudara, lelaki boleh mendapat kanser payudara.

Lelaki boleh mendapat jenis yang sama seperti kanser payudara yang  berlaku dalam kalangan wanita. Walau bagaimanapun, kanser yang melibatkan bahagian yang menghasilkan dan menyimpan susu adalah terhad.

Apakah Kebarangkalian Kanser Payudara Bagi Lelaki?

Bukanlah perkara biasa bagi seorang lelaki di bawah umur 35 tahun untuk mendapat kanser payudara. Risiko seorang lelaki mendapat kanser payudara meningkat dengan usia.

Kebanyakan kanser payudara berlaku di kalangan lelaki berumur 60 dan 70 tahun. Faktor risiko lain untuk kanser payudara lelaki adalah:

  • Kanser payudara dalam adik-beradik perempuan terdekat.
  • Sejarah terdedah kepada radiasi pada dada.
  • Pembesaran payudara (dipanggil gynecomastia) dari ubat atau hormon, atau jangkitan dan toksin tertentu.
  • Mengambil estrogen.
  • Keadaan genetik luar biasa dipanggil Klinefelter.
  • Penyakit hati (sirosis)
  • Penyakit buah zakar seperti mump orchitis, kerosakan buah zakar, atau buah zakar tidak turun.

Adakah Kanser Payudara Lelaki Bahaya?

Doktor dahulunya percaya bahawa kanser payudara di kalangan lelaki adalah lebih serius berbanding wanita, tetapi kini ia mungkin lebih kurang sama.

Masalah utamanya adalah bahawa kanser payudara di kalangan lelaki biasanya dikesan lewat berbanding kanser payudara di kalangan wanita.

Ini mungkin disebabkan lelaki kurang cenderung untuk mengesyaki sesuatu yang luar biasa di kawasan tersebut. Selai itu, jumlah tisu payudara adalah yang sedikit lebih sukar untuk dirasakan, menjadikannya lebih sukar untuk mengesan kanser tersebut.

Apakah Tanda-Tanda Kanser Payudara Lelaki?

Simptom kanser payudara di kalangan lelaki adalah sama seperti wanita. Kebanyakan kanser payudara lelaki dikenal pasti apabila seorang lelaki menemui ketulan pada dadanya.

Tetapi tidak seperti wanita, lelaki cenderung untuk bertangguh dari berjumpa doktor sehingga mereka mengalami simptom yang lebih serius seperti pendarahan dari puting. Pada ketika itu, kanser mungkin telah membesar.

Bagaimanakah kanser payudara lelaki didiagnosis dan dirawat?

Kaedah yang sama digunakan untuk mendiagnosis kanser payudara lelaki iaitu pemeriksaan fizikal, mamografi, dan biopsi (memeriksa sampel kecil tisu di bawah mikroskop).

Rawatan juga adalah sama seperti yang digunakan dalam merawat kanser payudara wanita iaitu pembedahan, radiasi, kemoterapi, terapi biologi, dan terapi hormon.

Satu-satunya perbezaan penting adalah bahawa pesakit kanser payudara lelaki bertindak balas lebih baik terhadap terapi hormon berbanding wanita.

Sekitar 90% daripada kanser payudara lelaki mempunyai reseptor hormon, membuatkan terapi hormon berkesan dalam kebanyakan kes.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Breast cancer in men. http://www.webmd.com/breast-cancer/guide/breast-cancer-men Accessed: 13 January, 2017

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Yang Terjadi Bila Doktor Cakap Masih Hidup Tapi Mati Otak? Ia Bukan Koma, Tahu!

    Jangan terkeliru dengan mati otak dan koma, kedua-duanya berbeza. Namun, persamaannya ialah pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Hormon Testosteron Rendah Punca Sperma Kurang? Ini Rawatan Kaum Adam Boleh Cuba!

    Ramai yang percaya bahawa hormon testosteron rendah adalah punca sperma kurang dan ketidaksuburan. Adakah ia benar? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa