Kaposi’s Sarcoma: Kenali Jenis-Jenisnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 28, 2019
Share now

Kaposi’s sarcoma (KS) adalah salah satu daripada keadaan-keadaan yang mentakrifkan AIDS (AIDS defining conditions) – penyakit atau keadaan yang berlaku akibat sistem imun menjadi terlalu lemah hasil jangkitan HIV. Kaposi’s sarcoma wujud dalam 4 bentuk berdasarkan epidemiologinya namun apa yang konsisten, jangkitan virus Herpes Manusia 8 (HHV 8) dikatakan memainkan peranan penting dalam keterjadian penyakit ini. Mula diperincikan oleh Moritz Kaposi pada lewat abad ke-18, ianya adalah sejenis neoplasma (kanser) salur darah yang berupaya untuk membabitkan kulit, mukosa dan juga organ dalaman.

4 bentuk epidemiologi Kaposi’s Sarcoma adalah seperti berikut:

Kaposi’s Sarcoma yang berkait dengan AIDS – KS dalam kes ini merujuk kepada neoplasma (kanser) salur darah yang tampak pada lebih daripada satu titik di permukaan kulit dan juga berupaya untuk merebak ke organ dalaman. Dalam kumpulan epidemiologi ini, kebanyakan pesakit turut mengalami jangkitan oportunistik yang lain seperti jangkitan paru paru Pneumocystis carinii. Ketika ianya mula difahami, 95% daripada kes-kes ini berlaku dalam kalangan lelaki homoseksual dan berbanding bentuk-bentuk epidemiologi yang lain, Kaposi’s sarcoma yang berkait dengan AIDS merebak dengan lebih agresif, lazimnya melibatkan organ dalaman yang membawa kepada kegagalan organ dan maut. Selepas berlakunya revolusi dalam rawatan HIV, menggunakan lebih daripada satu ubat antiretroviral, berlakunya penurunan insidens Kaposi’s sarcoma yang signifikan – pada kemuncak epidemik AIDS sekitar tahun 1991, insidens kes adalah 33.3 kes per 100 000 penduduk dan ianya menurun kepada 2.8 kes per 100 000 penduduk pada tahun 1998 (selepas pengenalan rawatan intensif antiretroviral).

Bentuk Klasik Kaposi’s Sarcoma – Pada tahun 1872, Mortiz Kaposi mula memperincikan bentuk penyakit ini yang dikatakan sebagai bentuk klasik Kaposi’s sarcoma, yang lazimnya dilihat dalam kalangan lelaki tua daripada keturunan Eropah timur dan Mediterranean. Lesi (luka) dalam jenis ini biasanya terhad kepada bahagian hujung kaki dan ianya berlaku jauh lebih lazim dalam lelaki berbanding wanita, dengan nisbah perbezaan 15:1. Insidens Kaposi’s sarcoma dalam kalangan warga Mediterranean juga jauh lebih tinggi berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat. Contohnya, sebelum epidemik AIDS, prevalens penyakit ini dalam kalangan penduduk Itali adalah 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding di Amerika, dan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding di England.

Bentuk Endemik Kaposi’s Sarcoma – Pada tahun 1950, bentuk endemik penyakit ini telah dilaporkan dan ianya adalah salah satu daripada neoplasma (barah) yang paling kerap diperhatikan di Afrika tengah, mempengaruhi lelaki, wanita dan kanak-kanak. Selepas epidemik AIDS, insidens penyakit ini di kawasan tersebut meningkat dengan drastiknya, dengan Kaposi’s Sarcoma mewakili 48.6% daripada keseluruhan kanser dalam kalangan pesakit kanser lelaki dan prevalens dalam kalangan wanita meningkat kepada 17.9%.

Bentuk Iatrogenik Kaposi’s sarcoma – Pada tahun 70-an, bentuk Iatrogenik KS telah ditemui dan ianya melibatkan penyebaran penyakit ini kepada mereka yang menerima transplantasi organ dan juga dalam kalangan pesakit yang menjalani rawatan imunosupresif untuk penyakit-penyakit lain. Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan laporan insidens KS Iatrogenik dalam kalangan mereka yang menjalani rawatan immunospresif dan juga rawatan menggunakan ejen biologik seperti rituximab dan infliximab. Namun yang demikian, kejadian KS dalam pesakit-pesakit ini kerapnya akan sembuh sendiri apabila rawatan imunosupresif tersebut dihentikan. Fokus baru kini diberikan kepada insidens Kaposi’s sarcoma dalam pesakit yang mempunyai sistem imun yang sangat lemah selepas prosedur transplantasi organ, melihat kepada insidens yang 400 hingga 500 kali ganda lebih tinggi dalam golongan ini berbanding populasi umum.

Sekiranya anda khuatir akan risiko anda untuk menghidap penyakit ini, berjumpalah dengan doktor anda untuk bertanyakan risiko dan tanda-tanda penyakit ini khususnya jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap Kaposi’s sarcoma.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan
    Ruocco E, Ruocco V, Tornesello ML, Gambardella A, Wolf R, Buonaguro FM. Kaposi’s sarcoma: Etiology and pathogenesis, inducing factors, causal associations, and treatments: Facts and controversies. Clinics in Dermatology. 2013 Jul 1;31(4):413–22.
    Antman K, Chang Y. Kaposi’s Sarcoma. New England Journal of Medicine. 2000 Apr 6;342(14):1027–38.
    Joffe E, Dubilier LD. Classic Kaposi’s sarcoma. Journal of the American Academy of PAs. 2005 Jul;18(7):44.
    Curtiss P, Strazzulla LC, Friedman-Kien AE. An Update on Kaposi’s Sarcoma: Epidemiology, Pathogenesis and Treatment. Dermatol Ther (Heidelb). 2016 Nov 1;6(4):465–70.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Karsinoma Sel Basal: Kanser Kulit Paling Ringan

    Karsinoma sel basal ialah sejenis kanser kulit. Jika doktor memaklumkan bahawa anda menghidap penyakit ini, tentu anda akan berasa risau dan bimbang. Mana tidaknya, ia ialah kanser. Namun, berita baik bagi penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z Disember 4, 2018

    Karsinoma Sel Basal

    Kenali apa itu Karsinoma Sel Basal. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi

    Biji Popi

    KegunaanApakah kegunaan Biji Popi? Biji popi adalah benih yang terhasil dari pokok popi. Orang biasanya mengambil biji popi melalui mulut untuk: Asma Sembelit Batuk Cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan Kesukaran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

    Perlindungan daripada Kanser Kulit

    Menurut kajian, dalam setiap jam yang berlalu akan ada seorang yang meninggal akibat kanser kulit. Penyakit berbahaya ini dapat disembuhkan jika dijumpai pada peringkat awal. Bagaimanapun, ramai yang hanya mengetahui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Disember 26, 2019
    Krim Pelindung Matahari Bantu Atasi Risiko Kanser Kulit

    Krim Pelindung Matahari Bantu Atasi Risiko Kanser Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada November 18, 2019
    Tahi Lalat: Benarkah Ia Petanda Kanser Kulit?

    Tahi Lalat: Benarkah Ia Petanda Kanser Kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Oktober 6, 2019
    Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti

    Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Disember 27, 2018