Kegagalan Buah Pinggang: Adakah Anda Berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 4 minit bacaan

Di Malaysia, bilangan kes baru (insidens) kegagalan buah pinggang sehingga memerlukan dialisis, telah meningkat daripada 18 kes per sejuta penduduk pada tahun 1993, ke 231 kes per sejuta penduduk pada tahun 2013. Tambahan lagi, anggaran insidens pesakit yang memerlukan dialisis di masa hadapan adalah sebanyak 10,208 kes pada tahun 2020, dan 19,418 kes pada tahun 2040. Tidak dapat dinafikan, penyakit buah pinggang adalah salah satu punca kematian yang utama dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menduduki tangga ke-7 dalam senarai punca-punca kematian di Malaysia pada tahun 2017.

Justeru, langkah-langkah pencegahan adalah perlu bagi mengurangkan risiko anda untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang yang berupaya untuk progres kepada kegagalan buah pinggang. Berikut adalah faktor-faktor risiko penyakit kronik buah pinggang yang perlu anda ketahui.

Peranan Genetik & Etnik

Terdapat beberapa mutasi genetik yang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kegagalan buah pinggang. Misalnya, mutasi pada gen APOL1 meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kegagalan buah pinggang dan apa yang menarik, mutasi gen APOL1 hanya ditemui dalam mereka yang berketurunan Afrika. Ini selari dengan beberapa kajian penduduk di Amerika Syarikat yang mendapati warganya yang berkulit hitam (keturunan Afrika-Amerika), mempunyai risiko untuk mendapat kegagalan buah pinggang yang lebih tinggi berbanding ras berkulit putih (kaukasia). Di Malaysia, trend menunjukan peningkatan kes penyakit kronik buah pinggang dalam kesemua etnik utama (Melayu, Cina dan India) namun, kaum Melayu mencatatkan peningkatan kes tertinggi.

Sejarah Kegagalan Buah Pinggang Dalam Keluarga 

Ahli keluarga kepada pesakit kegagalan buah pinggang mempunyai prevalens yang lebih tinggi untuk penyakit kronik buah pinggang dan faktor-faktor risikonya. Menurut kajian, hampir 23% daripada pesakit baru yang memerlukan dialisis, mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap atau pernah menghidap kegagalan buah pinggang. Justeru, amatlah digalakkan untuk anda mendapatkan nasihat doktor serta menjalani saringan berkaitan fungsi buah pinggang sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang kuat untuk penyakit ini.

Usia

Fungsi buah pinggang seseorang, baik lelaki mahupun wanita, akan merosot dengan peningkatan usia. Ini boleh disebabkan oleh hasil kecederaan buah pinggang kumulatif yang terkumpul sepanjang tempoh seseorang itu menua yang akhirnya menyebabkan mereka lebih senang untuk mendapat penyakit buah pinggang. Menurut kajian penduduk di Turki, kadar kemungkinan seseorang untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang adalah sekitar 1.45 hingga 2.18 kali ganda dengan setiap peningkatan usia sebanyak 10 tahun selepas usia 30 tahun.

Obesiti

Obesiti adalah salah satu faktor risiko untuk kegagalan buah pinggang yang boleh dikawal dan diubahsuai. Menurut kajian epidemiologi berskala besar di Sweden, berat badan yang berlebihan (mengikut pengkelasan BMI) walaupun pada usia 20 tahun, didapati mempunyai kaitan risiko sebanyak 3 kali ganda untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang. Peranan obesiti dalam mengakibatkan penyakit kronik buah pinggang dikatakan disebabkan oleh proses keradangan, stres oksidatif, kecederaan endotelial, dan juga peningkatan isipadu cecair badan (hypervolemia). Selain BMI yang tinggi, membawa berat berlebihan pada bahagian perut/abdomen turut dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang.

Status Sosioekonomi

Status sosioekonomi dapat ditentukan berdasarkan pendapatan, pekerjaan, pendidikan, aset dan juga keadaan perumahan seseorang. Mereka yang mempunyai pendapatan bawah USD 16,000 setahun berbanding mereka yang mempunyai pendapatan lebih USD 35,000 setahun, dikaitkan dengan 2.4 kali ganda peningkatan penyakit buah pinggang. Dalam kajian lain, mereka yang menghidap penyakit buah pinggang adalah lazimnya mereka yang berasal daripada keluarga pekerja yang tidak berkemahiran.

Merokok

Merokok dikatakan ibu segala penyakit kerana keupayaannya untuk mengakibatkan kecederaan sistemik kepada tubuh badan, termasuklah organ dan struktur-struktur lain. Ianya meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan meletakkan tubuh badan dalam keadaan yang cenderung untuk keradangan, kecederaan endotelial dan juga stres oksidatif.

Bahan Toksik Terhadap Buah Pinggang (Nefrotoksik)

Alkohol, dadah rekreasi, sesetengah ubat tahan sakit dan pendedahan kepada logam berat telah dikaitkan dengan penyakit kronik buah pinggang. Penggunaan pil yang mengandungi Acetaminophen dengan kerap dikaitkan dengan risiko penyakit buah pinggang yang lebih tinggi.

Kencing Manis (Diabetes)

Kencing manis adalah salah satu punca utama penyakit kronik buah pinggang dan juga kegagalan buah pinggang bukan sahaja dalam negara maju, bahkan dalam negara membangun. Menurut senarai pendaftar Badan Nefrologi Turki, 37.3% daripada mereka yang menggunakan khidmat dialisis adalah pesakit kencing manis. Di Amerika Syarikat, separuh daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah penghidap penyakit diabetik nefropati (kecederaan buah pinggang akibat kencing manis).

Darah Tinggi (Hipertensi)

Tekanan darah tinggi atau Hipertensi telah lama dikenal pasti sebagai punca utama kepada berlakunya proses penyakit kronik buah pinggang dan juga kegagalan buah pinggang, dan ianya mewakili 27% daripada kesemua kes kegagalan buah pinggang dalam pesakit di Amerika Syarikat. Tekanan darah tinggi sistemik, dalam tempoh yang lama, menyebabkan berlakunya kecederaan dan pembentukan parut pada struktur glomerulus yang akhirnya membawa kepada terjejasnya fungsi buah pinggang. Justeru, adalah sangat penting untuk anda lakukan saringan kesihatan untuk memeriksa tekanan darah anda dan juga meneruskan pengambilan ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi (sekiranya anda telah didiagnos dengan Hipertensi). Antara faktor risiko Hipertensi di Malaysia adalah merokok dan juga pengambilan garam yang berlebihan.

Pada peringkat awal, penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak mempunyai apa-apa simptom atau tanda yang jelas dan nyata. Lazimnya, apabila penyakit ini telah menjadi lebih teruk dan kerosakan sudah mula berlaku, barulah simptom-simptom mula muncul. Justeru, sekiranya anda berisiko untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang berdasarkan faktor-faktor yang disebut dalam artikel ini, pastikan anda berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan, ujian saringan dan juga konsultasi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Keputusan tamatkan perintah berkurung, bawa padah apabila Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan angka kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 04/05/2020 . 2 minit bacaan

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Prosedur pemindahan organ boleh menyelamatkan nyawa. Namun, hanya sekitar 1% rakyat Malaysia yang baru mendaftar untuk derma organ.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 20/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    contoh menu makanan untuk diabetes

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    kencing terlalu kerap

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan