Hipertensi Malignan Akibat Tekanan Darah Terlalu Tinggi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hipertensi malignan (Hypertensive Emergency) adalah tekanan darah yang sangat tinggi yang naik mendadak dan menyebabkan beberapa jenis kerosakan organ. Tekanan darah normal adalah di bawah 120/80. Tetepi bgai seseorang yang mempunyai hipertensi malignan ini mempunyai tekanan darah yang biasanya melebihi 180/120. Hipertensi melignan perlu dirawat sebagai perubatan kecemasan.

Punca

Tekanan darah tinggi adalah punca utama bagi hipertensi malignan. Selain itu melangkau pengambilan ubat tekadan darah juga boleh menjadi puncanya. Di samping itu, terdapat beberapa keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkannya.

Antaranya:

  • Penyakit vaskular kolagen, seperti scleroderma
  • Penyakit buah pinggang
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Tumor kelenjar adrenal
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu, termasuk pil kawalan kelahiran

Simptom

Faktor utama hipertensi malignan adalah kenaikan tekanan darah secara mendadak iaitu 180/120 atau lebih dan tanda kerosakan organ seperti buah pinggang dan mata.

Gejala-gejala lain bergantung kepada bagaimana kenaikan tekanan darah mempengaruhi organ anda. Antaranya:

  • Penglihatan kabur
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Pening
  • Kebas lengan, kaki dan muka
  • Sakit kepala yang teruk
  • Pernafasan pendek

Diagnosis

Diagnosis hipertensi malignan adalah berdasarkan bacaan tekanan darah dan tanda-tanda kerosakan organ akut.

Sekiranya anda mempunyai simptom hipertensi malignan, doktor akan:

  1. Pemeriksaan semula tekanan darah dan dengar ketidaknormalan jantung ddan paru-paru
  2. Memeriksa mata untuk mengetahui kerosakan saluran darah di retina dan bengkak pada saraf optik
  3. Ujian darah dan air kencing yang mungkin termasuk:
  • Kadar urea nitrogen darah (BUN) dan kreatinin, yang meningkat jika anda        mengalami kerosakan buah pinggang
  • Ujian pembekuan darah
  • Tahap gula darah (glukosa)
  • Kira jumlah darah lengkap
  • Tahap natrium dan kalium
  • Urinalisis untuk memeriksa darah, protein, atau kadar hormon abnormal yang berkaitan dengan masalah buah pinggang

Selain itu, doktor juga akan melakukan:

  • Echocardiogram untuk memeriksa fungsi jantung dan aliran darah melalui jantung
  • Electrocardiogram (ECG) untuk memeriksa fungsi elektrik jantung
  • X-ray dada untuk melihat bentuk dan saiz struktur jantung dan mengesan cecair di dalam paru-paru
  • Ujian pengimejan lain untuk menilai buah pinggang dan arteri

Rawatan

Hipertensi malignan boleh mengancam nyawa dan memerlukan perhatian perubatan segera. Anda perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan tekanan darah anda dengan selamat dan mengelakkan komplikasi yang berbahaya.

Anda akan menerima ubat tekanan darah melalui IV, yang merupakan cara paling cepat untuk merawat tekanan darah yang sangat tinggi. Sebaik sahaja tekanan darah berada di tahap yang selamat, ubat-ubatan boleh dialihkan ke bentuk oral.

Sekiranya anda mengalami kegagalan buah pinggang, anda mungkin memerlukan dialisis buah pinggang. Rawatan lain bergantung kepada simptom tertentu dan kemungkinan penyebab hipertensi malignan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut