Diabetes: 7 Tip Mengawal Gula dalam Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019

Diabetes adalah keadaan kronik yang dikaitkan dengan paras gula dalam darah yang tidak normal. Gula tinggi dalam darah berlaku apabila tubuh tidak dapat mengangkut gula dari darah ke dalam sel. Apabila ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit diabetes. Jadi, bagaimana untuk mengawal gula dalam darah?

7 tip mengawal gula dalam darah

1. Ketahui bacaan gula dalam darah

Sentiasa periksa paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sehari sekali menggunakan meter glukosa dan simpan rekod bacaan tersebut. Ini bertujuan supaya anda boleh mengawasi sama ada paras gula dalam darah normal, tinggi atau rendah.

Bacaan ini membantu doktor anda merancangan keperluan rawatan dan sebagai persediaan jika berlaku perkara di luar jangkaan.

2. Lakukan senaman rutin

Senaman yang kerap boleh membantu anda menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekaan insulin. Apabila kepekaan insulin meningkat, ini bermakna sel anda menggunakan gula yang ada di dalam aliran darah anda dengan lebih baik.

Senaman juga membantu otot anda menggunakan gula dalam darah untuk penguncupan tenaga dan otot. Antara senaman yang baik termasuk mengangkat berat, berjalan cepat, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan banyak lagi.

3. Tingkatkan pengambilan serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Oleh itu, ia meningkatkan kenaikan paras gula dalam darah. Selain itu, jenis serat yang anda makan mungkin memainkan peranan.

Terdapat dua jenis serat iaitu tidak larut dan larut. Walaupun kedua-duanya adalah penting, serat larut secara khusus membantu menurunkan tahap gula darah. Buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit pada, biji-bijian, dan kekacang adalah sumber yang baik.

4. Kawal pengambilan karbohidrat

Badan memecah karbohidrat ke dalam gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila terlalu banyak pengambilan karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini gagal dan tahap glukosa darah meningkat.

Apabila anda memilih karbohidrat, dapatkan juga makanan baik seperti buah-buahan, sayuran, biji-bijian dan kekacang.

5. Minum air secukupnya

Air yang secukupnya boleh membantu anda mengawal paras gula dalam darah di samping mengelakkan dehidrasi. Ia membantu buah pinggang mengeluarkan gula dalam darah melalui air kecil. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang minum air dala kuantiti yang banyak dapat mengurangkan risiko paras gula dalam darah yang tinggi.

6. Mengawal stres

Stres atau tekanan boleh memberi kesan kepada paras gula dalam darah anda. Hormon seperti glukagon dan kortisol dirembeskan semasa anda tertekan. Hormon ini menyebabkan paras gula dalam darah naik.

7. Dapatkan tidur yang berkualiti

Tidur yang secukupnya adalah baik untuk kesihatan. Tabiat tidur yang kurang baik dan kekurangan rehat juga mempengaruhi paras gula dalam darah dan kepekaan insulin. Malah, ia boleh meningkatkan selera makan dan berat badan.

Tidur yang tidak mencukupi mengurangkan pembebasan hormon pertumbuhan dan meningkatkan tahap kortisol. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kawalan gula dalam darah. Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

    Selain kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Tahukah anda bahawa orang Asia mempunyai BMI yang berlainan dengan orang Eropah memandangkan risiko untuk mendapat kencing manis berbeza? Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jangan Ambil Mudah Jika Bacaan Gula Dalam Darah Terlalu Tinggi Atau Terlalu Rendah

    Bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi sering didengar, bagaimana pula dengan bacaan gula yang terlalu rendah? Adakah ia mempunyai kesan yang sama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    memberus gigi

    Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020
    daun ketum

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis Dan Darah Tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020