Strok: Adakah Wanita Lebih Berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 mins read

Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada mana-mana peringkat umur. Namun lebih banyak kematian wanita akibat strok dan wanita juga mempunyai kesan yang lebih teruk selepas strok. Kebanyakan wanita yang hidup dengan kesan strok dan berdepan lebih banyak cabaran untuk pulih.

Menurut World Health Rankings, data terkini yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Dunia pada 2017, kematian akibat strok di Malaysia mencapai jumlah 15, 642 orang atau 11.3 peratus daripada jumlah kematian. Umur kematian yang diselaraskan adalah 71.5 setiap 100,000 jumlah penduduk Malaysia pada kedudukan 113 dalam dunia.

Kenapa wanita, bukannya lelaki?

Berita baik untuk wanita adalah bahawa mereka biasanya hidup lebih lama daripada lelaki. Berita kurang baiknya adalah ialah risiko strok meningkat dengan usia, yang bermaksud bahawa wanita biasanya mempunyai risiko strok yang lebih tinggi.

Ini kerana tubuh wanita tidak sama dengan lelaki dan strok mempengaruhi mereka secara berbeza-beza pada peringkat kehidupan yang berbeza. Bagi wanita, risiko strok lebih tinggi semasa kehamilan. Disebabkan oleh tubuh wanita juga perlu penyesuaian dengan menopaus, ia meningkatkan lagi risiko strok.

Wanita berusia khusunya sangat terdedah kepada strok, ia mungkin paling teruk, kesannya yang melemahkan dan strok menyebabkan mereka hilang keupayaan untuk berdikari.

Adakah simptom strok wanita dan lelaki berbeza?

Secara umumnya, wanita dan lelaki berdepan dengan simptom strok yang sama seperti:

  • Kekeliruan
  • Kesukaran berjalan, mengimbangkan, atau bercakap
  • Kebas atau lemah
  • Sakit kepala yang teruk tanpa sebab yang jelas
  • Masalah penglihatan

Bagaimanapun, wanita sering kali dilaporkan dengan simptom tambahan berikut:

  • Kesukaran bernafas
  • Pengsan atau tidak sedar
  • Rasa lemah secara keseluruhan
  • Berhalusinais
  • Tersedu (Hiccups)
  • Kejang
  • Perubahan tingkah laku atau pergerakan secara tiba-tiba
  • Muntah atau mual

Cara lelaki dan wanita cenderung bertindak balas terhadap simptom juga berbeza. Lelaki cenderung meminimumkan simptom mereka. Mereka tidak menetapkan tahap kecemasan atau kepentingan tinggi kepada mereka dan sering menyingkirkannya.

Sebaliknya, wanita mengakui simptom mereka tetapi cuba untuk memberi alasan lain seperti tekanan darahnya tinggi, pengambilan ubat yang baru, tidak mendapat tidur yang baik dan sebagainya.

Adakah faktor risiko wanita berbeza dengan lelaki?

Sesetengah faktor risiko strok adalah unik kepada wanita.

  • Kebanyakan kehidupan wanita meningkatkan risiko strok seperti semasa kehamilan, menopaus dan peningkatan usia.
  • Kontraseptif oral dan terapi penggantian hormon meningkatkan risiko strok.
  • Risiko Afib (fibrilasi atrium) akibat peningkatan usia. Afib adalah faktor risiko yang sihnifikan bagi strok. Oleh kerana jangka hayat wanita lebih lama daripada lelaki, terdapat lebih ramai wanita hidup dengan Afib. Strok disebabkan oleh Afib ini selalunya lebih teruk pada wanita dan lebih ramai kematian wanita akibat strok berkait dengan Afib atau mempunyai lebih banyak kekurangan dan kualiti hidup yang lebih buruk berbanding lelaki.
  • Tekanan darah tinggi dan diabetes juga faktor risiko bagi strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 mins read

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 mins read

    Ini 5 Punca Sebenar Tekanan Darah Tinggi! Ia Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang?

    Darah tinggi berlaku disebabkan pelbagai faktor dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia. Tetapi apakah punca darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 28/01/2020 . 3 mins read

    Jom Ketahui Simptom Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan sering dialami kebanyakan individu di Malaysia. Adakah cara membantu mengenal pasti simptom darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 13/01/2020 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 mins read
    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 mins read

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 mins read
    manfaat-tidur-malam-wajib-anda-tahu

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 3 mins read