Apa itu Virus Zika?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Virus Zika?

Virus Zika ialah jangkitan virus yang biasanya disebarkan melalui nyamuk. Kondisi ini biasa terjadi di negara tropikal dan subtropikal. Nyamuk menyebarkan virus ini dengan menyedut virus dari orang yang dijangkiti kepada orang normal.

Apakah kebarangkalian Virus Zika?

Zika virus adalah penyakit yang biasa terjadi. Ia boleh dikawal dengan menurunkan faktor risiko, bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Virus Zika?

Kebanyakan orang mampu mengalami kesembuhan sepenuhnya dan simptom-simptom akan berkurangan dan hilang dalam tempoh seminggu. Kebanyakan kes tidak menunjukkan simptom penyakit virus Zika.

Kebanyakan orang boleh pulih sepenuhnya dan simptomnya termasuklah:

  • Demam;
  • Ruam;
  • Sakit sendi;
  • Sakit kepala;
  • Kemerahan pada bahagian putih mata.

Penyakit virus Zika adalah terutamanya berbahaya sekiranya ia dibawa oleh ibu kepada anak. Anak yang lahir bersama penyakit virus Zika boleh mengalami kecacatan ketika lahir.

  • Kecacatan mata;
  • Hilang pendengaran;
  • Tumbesaran yang tidak seimbang;
  • Mikrosefali (kepala kecil)
  • Kerosakan otak bayi.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda ada sebarang tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau ada soalan lain, sila berbincang dengan doktor anda mengenai perkara terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah Punca Virus Zika?

Virus zika adalah penyakit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk. Pada tahun 1947, Uganda, virus Zika adalah pertama kali dijumpai pada nyamuk spesis sama dengan nyamuk yang menyebarkan virus denggi, demam kuning, dan virus chikungunya. Nyamuk menyebarkan penyakit tersebut dengan menyedut darah yang dijangkiti virus dari pesakit yang dijangkiti, kemudian menyuntiknya pada salur darah orang normal.

Telah terbukti bahawa virus Zika boleh disebar menerusi hubungan seksual dan pemindahan darah. Virus zika juga boleh disebar dari ibu ke anak melalui kehamilan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Virus Zika?

Ada banyak faktor risiko bagi virus zika, umpamanya:

  • Tinggal atau melancong ke negara di mana pernah terjadi serangan penyakit tersebut. Berada di kawasan tropikal dan subtropical meningkatkan risiko anda terdedah kepada virus yang mengakibatkan penyakit virus Zika. Terutamanya kawasan berisiko tinggi termasuklah beberapa pulau-pulau di bahagian pasifik, sejumlah negara di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Amerika Utara, dan pulau-pulau berdekatan Afrika Barat.
  • Melakukan seks tidak selamat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Virus Zika didiagnosis?

Langkah pertama bagi diagnosis virus Zika adalah dengan membekalkan doktor keadaan kesihatan semasa serta sejarah lawatan anda ke luar, termasuklah beberapa informasi personal, seperti informasi mengenai pasangan seksual anda.

Ujian darah digunakan bagi diagnosis virus Zika.

Selepas mendapat hasil positif, tidak konklusif atau negatif dari ujian, pengamal kesihatan boleh:

  • Mengesan mikrosefali dan ketidaknormalan otak bayi kandungan menggunakan ultrasound.
  • Mengambil sampel air ketuban dan pengesanan tapisan pada rahim menggunakan jarum berlubang.

Bagaimana pesakit Virus Zika dirawat?

Tidak ada rawatan bagi penyakit; bagaimanapun mengambil ubatan yang mudah didapati di kaunter bagi sakit-sakit dan kesakitan boleh membantu melegakan simptom. Penyakit secara umumnya akan sembuh dalam seminggu.

  • Dapatkan rehat secukupnya
  • Kekalkan berhidrasi
  • Mengambil ubatan seperti acetaminophen (Tylenol®) atau paracetamol bagi mengurangkan demam dan kesakitan.
  • Jangan mengambil aspirin dan lain-lain “ubatan bukan steroid anti-keradangan (NSAIDS)” sehingga denggi dapat dikeluarkan dari diagnosis bagi mengurangkan risiko pendarahan.
  • Bincangkan dengan doktor anda atau pengamal perubatan sebelum menggunakan ubatan tambahan.

Zika virus ridak dapat dihalang melalui vaksin. Sekiranya anda dijangkiti virus zika, berusaha untuk elakkan gigitan nyamuk pada minggu pertama diserang penyakit bagi meminimakan peluang penyebaran penyakit kepada orang lain. Minggu pertama infeksi adalah tempoh kritikal di mana virus Zika masih aktif dalam salur darah dan boleh disebarkan secara mudah melalui nyamuk. Hanya satu gigitan nyamuk boleh menjangkiti ramai orang lain yang normal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Virus Zika?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi virus Zika:

  • Tinggal di rumah yang dilindungi sempurna dan menggunakan penghawa dingin bagi mengurangkan faktor risiko kerana nyamuk pembawa Zika adaah aktif sepanjang hari.
  • Menggunakan pakaian yang boleh menjaga anda dari gigitan nyamuk seperti baju berlengan panjang, seluar panjang, stoking, dan kasut.
  • Menggunakan penghalau nyamuk dan aatan tidur yang disapu dengan permethrin.
  • Mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk akan membantu mengurangkan populasi nyamuk. Mengumpul apa-apa barang yang boleh mengumpul air sekeliling rumah seperti bekas haiwan, pasu bunga, tayar kenderaan dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.