Apa itu Keracunan Aspirin ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Keracunan Aspirin?

Aspirin adalah nama lain untuk  Acetylsalicylic Acid, penahan sakit yang biasa (juga dikenali sebagai Analgesik). Keracunan Aspirin boleh berlaku dengan cepat selepas mengambil dos yang tinggi atau berlaku secara beransur-ansur selepas mengambil dos yang rendah berulang kali.

Apakah kebarangkalian Keracunan Aspirin?

Keracunan Aspirin adalah perkara biasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keracunan Aspirin?

Gejala terawal keracunan Aspirin yang akut termasuklah deringan di telinga (tinnitus) dan pendengaran yang merosot. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang signifikan secara klinikal mungkin termasuk pernafasan laju (hiperventilasi), muntah, dehidrasi, demam, penglihatan berganda, dan rasa pengsan.

Tanda-tanda keracunan Aspirin, atau tanda-tanda keracunan yang lebih penting, boleh merangkumi rasa mengantuk atau kekeliruan, kelakuan aneh, berjalan tidak betul, dan koma.

Pernafasan tidak normal yang disebabkan oleh keracunan Aspirin biasanya cepat dan dalam. Muntah-muntah boleh berlaku 3-8 jam selepas pengambilan terlalu banyak Aspirin. Dehidrasi serius mungkin berlaku akibat hiperventilasi, muntah, dan demam.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika ada gejala yang berikut:

  • Anda telah mengambil Aspirin dan mula mendengar deringan di telinga anda.
  • Agitasi, demam, sawan, pengsan, kekeliruan, koma.
  • Tekanan darah rendah.
  • Kadar denyutan jantung laju.
  • Pernafasan laju.
  • Nafas berbunyi.
  • Pening dan muntah.
  • Pendarahan.
  • Halusinasi.
  • Mengantuk.

Punca

Apakah punca Keracunan Aspirin?

Untuk pelbagai sebab, sesetengah orang dengan sengaja menelan racun atau meracun orang lain. Beberapa sebab termasuk:

  • Bunuh diri.
  • Mendapat perhatian.
  • Penderaan kanak-kanak.

Keracunan Aspirin juga boleh terjadi secara tidak sengaja dan merupakan penyebab keracunan kanak-kanak yang paling biasa. Langkah keselamatan dan berjaga-jaga seperti pembungkusan kalis kanak-kanak telah membantu menjadikannya kurang biasa.

Dos yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua adalah salah satu sebab keracunan Aspirin yang tidak sengaja terus berlaku. Beratus-ratus ubatan – kedua-dua ubat di farmasi dan preskripsi – mengandungi Aspirin atau bahan seperti Aspirin. Keracunan tidak sengaja boleh berlaku jika ubat-ubatan ini diambil secara kombinasi, dalam dos yang tidak sesuai, atau dalam tempoh yang lama. Hal ini terutamanya berlaku pada orang tua dengan masalah kesihatan kronik.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada keracunan Aspirin?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keracunan Aspirin didiagnosis?

Sampel darah diambil untuk mengukur tahap Aspirin yang tepat dalam darah. Pengukuran pH darah (jumlah asid dalam darah) dan tahap karbon dioksida atau bikarbonat dalam darah juga boleh membantu doktor menentukan tahap keracunan. Ujian biasanya diulang beberapa kali semasa rawatan untuk menentukan sama ada pesakit sedang pulih.

Bagaimana pesakit Keracunan Aspirin dirawat?

  • Arang yang aktif.
  • Sodium bikarbonat dengan potassium, diberikan melalui urat.
  • Kadang-kadang hemodialisis.

Arang aktif diberikan secepat mungkin untuk mengurangkan penyerapan Aspirin. Untuk keracunan sederhana atau teruk, cecair yang mengandungi sodium bikarbonat diberikan melalui urat. Kecuali jika terdapat kerosakan buah pinggang, potassium akan ditambah kepada cecair tersebut. Campuran ini menyerap Aspirin dari aliran darah ke dalam air kencing. Sekiranya keadaan seseorang menjadi semakin teruk walaupun menggunakan rawatan lain, hemodialisis (yang menggunakan buah pinggang buatan [dialyzer] untuk menapis racun) boleh membuang Aspirin, salicylate lain, dan asid daripada darah. Gejala lain seperti demam atau sawan akan dirawat mengikut keperluan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keracunan Aspirin?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengelakkan keracunan Aspirin:

  • Ubat-ubatan preskripsi perlu digunakan mengikut arahan doktor dan ahli farmasi anda.
  • Jangan mengambil ubat yang diberi untuk orang lain.
  • Untuk melindungi kanak-kanak dari pengambilan ubat yang berlebihan dan tidak disengajakan, semua ubat harus disimpan dalam bekas bertutup yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak. Semua ubat-ubatan patut disimpan diluar jangkauan kanak-kanak, sebaiknya dalam kabinet yang berkunci.
  • Ambil ancaman bunuh diri dengan serius.
  • Jangan sekali-kali memberi atau mengambil ubat-ubatan dalam gelap.
  • Sentiasa beritahu doktor tentang apa-apa kesan sampingan atau reaksi buruk terhadap ubat-ubatan serta apa-apa gejala baru atau luar biasa yang berlaku.
  • Jangan mengambil lebih daripada dos ubat yang disyorkan atau ditetapkan.
  • Beritahu doktor anda tentang semua ubat yang anda ambil. Pastikan anda menyebut ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 29, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.