Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sinus paranasal anda adalah ruang berongga kecil di sekeliling hidung. Ia dipenuhi sel-sel yang membuat lendir (mukus), yang mengekalkan kelembapan hidung anda. Rongga hidung adalah laluan di belakang hidung anda. Udara akan melewatinya dan kerongkong sewaktu anda bernafas.
Kanser sinus adalah pertumbuhan sel tidak normal yang bermula di dalam dan sekitar laluan di dalam hidung anda (rongga hidung).
Kanser sinus sangat jarang berlaku. Ia boleh berlaku di semua peringkat usia dan boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom kanser sinus adalah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Terdapat banyak jenis ketumbuhan yang boleh terbentuk di dalam hidung atau sinus. Sebahagiannya disenaraikan di bawah:
Kadangkala, orang yang mempunyai kanser dalam rongga hidung atau kanser sinus paranasal tidak menunjukkan tanda-tanda ini. Malah, kanser jenis ini biasanya didiagnosis pada peringkat akhir kerana peringkat awalnya biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom. Kanser sinus sering dijumpai pada orang yang sedang dirawat kerana penyakit sinus yang kerap berlaku, seperti sinusitis.
Terdapat 2 faktor risiko utama yang dapat meningkatkan risiko kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal:
Faktor lain yang dapat meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser rongga hidung atau kanser sinus paranasal.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis bermula dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Ujian pengimejan seperti imbasan CT dan MRI biasanya dilakukan untuk mengesan peringkat tumor dan untuk memeriksa kehadiran penyebaran atau metastasis. Imbasan CT lebih baik bagi memeriksa struktur tulang sinus dan pangkal tengkorak. MRI pula lebih baik bagi menentukan butiran tisu lembut, seperti keadaan dura (lapisan otak), atau otak itu sendiri. Biopsi tumor adalah perlu untuk membuat diagnosis muktamad. Ini sering dilakukan di klinik dengan anestetik topikal. Kadangkala biopsi perlu dilakukan dalam suasana yang lebih terkawal seperti bilik operasi, terutamanya jika terdapat risiko pendarahan.
Terapi pembedahan adalah rawatan utama untuk kebanyakan tumor sinonasal. Sinaran radiasi juga boleh digunakan. Sinaran ini boleh digunakan bersendirian jika tumor tidak dapat dikeluarkan secara pembedahan atau bagi pesakit yang tidak boleh menerima pembedahan. Terapi gabungan pembedahan dan radioterapi bersama atau tanpa kemoterapi akan diberikan dalam keadaan tertentu.
Selain itu, jenis pembedahan akan bergantung kepada saiz dan penyebaran tumor serta keutamaan pakar bedah. Pendekatan pembedahan boleh jadi secara luaran atau endoskopik. Pembuangan tumor sinonasal boleh meninggalkan pesakit dengan kecacatan wajah yang kekal dan kesukaran untuk bercakap serta menelan. Pembedahan rekonstruktif sering dilakukan untuk membantu masalah ini, biasanya menggunakan tisu dari tempat lain di dalam tubuh.
Menghadapi kesan sampingan fizikal
Kesan sampingan fizikal yang biasa dari setiap pilihan rawatan untuk kanser rongga hidung dan kanser sinus paranasal diterangkan dalam bahagian Rawatan Pilihan. Ketahui lebih lanjut mengenai kesan sampingan kanser dan rawatannya, termasuklah cara untuk mencegah atau mengawalnya. Perubahan kepada kesihatan fizikal anda bergantung kepada beberapa faktor, termasuk peringkat kanser, tempoh dan dos rawatan, serta kesihatan umum anda.
Kadangkala, kesan sampingan fizikal boleh berlaku walaupun selepas rawatan selesai. Doktor menggelarl ini sebagai kesan sampingan jangka panjang. Mereka juga menggelarl kesan sampingan yang berlaku berbulan-bulan atau bertahun selepas rawatan sebagai kesan-kesan sampingan lewat. Merawat kesan sampingan jangka panjang dan kesan lewat merupakan bahagian penting dalam penjagaan kelangsungan hidup pesakit. Ketahui lebih lanjut dengan membaca bahagian Penjagaan Susulan panduan ini atau berbincang dengan doktor anda.
Menghadapi kesan emosi dan sosial
Anda boleh mempunyai kesan emosi dan sosial serta kesan fizikal selepas mendapat tahu diagnosis kanser. Hal ini termasuk merawat emosi, seperti bimbang, marah, atau menguruskan tahap tekanan anda. Kadang-kadang, pesakit mempunyai masalah dalam meluahkan perasaan mereka kepada orang yang mereka sayangi, atau ahli keluarga tidak tahu apa yang harus dikatakan sebagai balasannya.Pesakit dan keluarga mereka digalakkan untuk berkongsi perasaan mereka dengan ahli pasukan penjagaan kesihatan mereka. Anda juga boleh mencari strategi mengatasi kesan emosi dan sosial di bahagian yang berasingan dalam laman web ini. Bahagian ini merangkumi banyak sumber untuk mencari sokongan dan maklumat bagi memenuhi keperluan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen