Demam Skarlatina Kanak-Kanak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Ketahui asasnya

Apakah itu demam Skarlatina kanak-kanak?

Erythema, juga dikenali sebagai demam Skarlatina kanak-kanak, merupakan penyakit bakteria yang terjadi kepada pesakit angina. Bakteria ini merembeskan toksin dan menyebabkan tindak balas di dalam badan yang mengakibatkan ruam berwarna merah. Demam Skarlatina kanak-kanak mengakibatkan ruam di seluruh badan dan selalunya disertai dengan demam panas dan sakit tekak. Tidak semua orang yang mempunyai sakit tekak mempunyai demam Skarlatina kanak-kanak.

Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, ruam akan membawa kepada keadaan yang lebih berbahaya seperti menjejaskan jantung, buah pinggang dan bahagian tubuh badan yang lain.

Apakah kebarangkalian demam Skarlatina kanak-kanak?

Ia selalunya terjadi kepada kanak-kanak. Ia boleh terjadi kepada pesakit yang berumur dari 5-15 tahun. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom demam Skarlatina kanak-kanak?

Simptom pertama demam Skarlatina selalunya adalah sakit tekak yang teruk, demam (lebih 38 ֯ C), kelenjar di leher bengkak, batuk, sakit kepala, dan hilang selera. Tonsil dan bahagian belakang tekak mungkin terdapat lapisan putih atau merah dan membengkak.

Ruam merah adalah simptom yang paling ketara. Ruam selalunya mula kelihatan selepas kanak-kanak mempunyai sakit tekak selama beberapa hari. Ruam tersebut muncul di muka dan leher pada awalnya dan kemudian muncul di dada dan belakang badan. Lidah akan berwarna merah (strawberi atau rasberi). Apabila ruam ditekan, ia menjadi putih. Pada hari keenam, ruam akan mula menjadi pudar dan kulit akan menggelupas. Proses pengelupasan mengambil masa satu ke dua minggu sebelum pulih.

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Anda harus menghubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai perkara yang berikut:

  • Demam lebih daripada 38.9 ֯C
  • Keradangan pada leher
  • Ruam merah

Ketahui puncanya

Apakah punca berlakunya demam Skarlatina kanak-kanak?

Bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus (strep) adalah punca utama ruam tersebut. Bakteria menjangkiti melalui sentuhan, bermula daripada tarikh mula sakit tekak sehingga 24-48 jam selepas mengambil antibiotik. Bakteria boleh merebak apabila pesakit yang dijangkiti bersin atau batuk. Tempoh inkubasi boleh menjadi selama 2-4 hari.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap demam Skarlatina kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 5 ke 15 tahun cenderung kepada penyakit ini berbanding golongan daripada umur lain. Kuman yang menyebabkan penyakit ini merebak dengan mudah di kalangan individu yang mempunyai hubungan atau sentuhan dengan kanak-kanak, seperti ahli keluarga atau rakan sekelas.

Tiada faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan sakit. Tanda-tanda ini hanyalah untuk rujukan sahaja. Anda harus berhubung dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah demam Skarlatina kanak-kanak didiagnosis?

Doktor mendiagnosis penyakit ini berdasarkan pemeriksaan klinikal. Doktor akan mengambil swab daripada tekak untuk menentukan jenis bakteria di dalam tekak kanak-kanak.

Bagaimanakah demam Skarlatina kanak-kanak dirawat?

Kanak-kanak akan diberikan antibiotik erythematosus, seperti penicillin atau erythromycin. Anak anda haruslah diasingkan untuk menghalang penyakit daripada merebak. Anak anda tidak perlu berpantang kepada sebarang jenis makanan dan dia haruslah minum air dengan banyak. Gunakan semburan yang menyejukkan atau berkumur dengan air garam yang suam untuk membantu anak anda mengurangkan sakit tekak.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani demam Skarlatina kanak-kanak?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin membantu anda menangani penyakit ini:

  • Gunakan ubat yang dipreskripsikan
  • Pastikan anak anda selesa. Berikan makanan yang lembut dan mudah ditelan dan biarkan anak anda minum air dengan banyak. Gunakan pelembap udara untuk menyejukkan udara
  • Asingkan anak anda daripada ahli keluarga dan kanak-kanak yang lain, bermula daripada permulaan sakit tekak sehingga dua hari selepas mengambil antibiotik. Anak anda boleh kembali bersekolah selepas dua minggu
  • Gunakan cawan dan alatan makanan yang asing, basuh peralatan dengan air panas dan sabun
  • Basuh tangan anda selalu
  • Potong kuku anak anda bagi menghalang mereka daripada melukakan ruam yang gatal
  • Beritahu doktor anda jika demam (lebih 38 ֯C) yang berulang selepas beberapa hari anak sembuh atau kulit yang menggelupas dan tanda-tanda jangkitan berlaku
  • Beritahu doktor jika anda mempunyai loya atau muntah, sakit kepala yang melampau, sakit telinga, sakit dada atau batuk keluar kahak

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut