Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Afasia adalah keadaan yang merosakkan kemampuan anda untuk berkomunikasi. Ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bercakap, menulis dan memahami bahasa, sama ada secara lisan mahupun bertulis.
Afasia biasanya berlaku dengan tiba-tiba selepas strok atau kecederaan di kepala. Tetapi ia juga boleh bermula secara beransur-ansur dari tumor otak yang semakin berkembang atau penyakit yang menyebabkan kerosakan kekal (degeneratif) yang progresif. Darjah kecacatan adalah ditentukan oleh tahap kerosakan otak dan apa penyebab yang menjadi punca keadaan ini.
Setelah penyebabnya ditangani, rawatan utama untuk afasia adalah terapi ucapan dan bahasa. Orang yang mempunyai afasia mempelajari dan melatih semula kemahiran bahasa, serta mempelajari cara lain untuk berkomunikasi. Ahli keluarga biasanya turut mengambil bahagian dalam proses itu, membantu pesakit untuk berkomunikasi semula.
Institut Gangguan Neurologi dan Strok Kebangsaan Amerika Syarikat menganggarkan bahawa kira-kira satu juta individu mengalami afasia di Amerika Syarikat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum bagi afasia adalah:
Sesetengah orang dengan afasia mempunyai masalah memahami apa yang orang lain katakan. Masalah ini berlaku terutamanya apabila orang itu letih atau berada dalam persekitaran yang sesak atau bising. Afasia tidak menjejaskan kemahiran berfikir. Tetapi orang itu mungkin mempunyai masalah dalam memahami bahan bertulis dan mengalami kesulitan untuk menulis dengan tangan. Sesetengah orang mempunyai masalah menggunakan angka atau bahkan untuk membuat pengiraan mudah.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami yang berikut:
Penyebab afasia yang paling biasa adalah kerosakan otak akibat strok – sama ada penyumbatan atau pemecahan salur darah di dalam otak. Kehilangan darah ke otak membawa kepada kematian sel otak serta kerosakan di bahagian yang mengawal bahasa.
Kerosakan otak yang disebabkan oleh kecederaan kepala yang teruk, tumor, jangkitan atau proses degeneratif juga boleh menyebabkan afasia. Dalam kes ini, afasia biasanya berlaku dengan masalah kognitif yang lain, seperti masalah ingatan atau kekeliruan.
Afasia progresif primer adalah istilah yang digunakan untuk kesukaran bahasa yang berkembang secara beransur-ansur. Ini disebabkan oleh kemerosotan secara beransur-ansur sel-sel otak yang terletak dalam rangkaian bahasa. Kadangkala jenis afasia ini akan berkembang kepada bentuk demensia yang lebih umum..
Kadang-kadang episod sementara afasia boleh berlaku. Ini boleh jadi disebabkan oleh migrain, sawan atau serangan iskemia sementara (TIA). TIA berlaku apabila aliran darah disekat buat sementara ke kawasan otak. Orang-orang yang mempunyai TIA berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami strok dalam masa terdekat.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut ion.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Biasanya, kali pertama doktor mendiagnosis afasia adalah apabila merawat pesakit untuk strok, kecederaan otak, atau tumor. Menggunakan beberapa siri ujian neurologi, doktor boleh bertanyakan soalan kepada pesakit. Doktor juga boleh mengeluarkan arahan tertentu dan minta pesakit itu menamakan beberapa item atau benda yang berbeza. Keputusan ujian ini akan membantu doktor dalam menentukan apakah orang itu mempunyai afasia atau tidak. Ia juga membantu untuk menentukan tahap keseriusan afasia.
Sekiranya kerosakan otak adalah ringan, kemahiran berbahasa seseorang boleh pulih tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang menjalani terapi ucapan dan bahasa untuk memulihkan kemahiran bahasa mereka dan menambahkan pengalaman komunikasi mereka. Para pengkaji kini sedang menyelidik kesan penggunaan ubat-ubatan, sama ada bersendirian atau bersama dengan terapi pertuturan, untuk membantu orang dengan afasia.
Ucapan dan pemulihan bahasa
Pemulihan kemahiran bahasa biasanya merupakan proses yang agak perlahan. Walaupun kebanyakan orang mengalami kemajuan yang ketara, tidak ramai orang mendapat semula tahap komunikasi pra-kecederaan yang penuh.
Untuk afasia, terapi ucapan dan bahasa berpotensi meningkatkan keupayaan seseorang untuk berkomunikasi, dengan mengembalikan maklumat bahasa sebanyak mungkin, mengajar cara mengimbangi kemahiran bahasa yang hilang dan mencari cara lain untuk berkomunikasi.
Terapi ini:
Ubat-ubatan
Ubatan tertentu sedang dikaji untuk rawatan afasia. Ini termasuk ubat yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan keupayaan pemulihan otak atau membantu menggantikan bahan kimia yang susut di otak (neurotransmitter). Beberapa ubat, seperti memantine (Namenda) dan piracetam, telah menunjukkan harapan dalam kajian-kajian kecil. Tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum rawatan ini dapat disyorkan secara meluas.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani afasia:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen